Thursday, October 30, 2008

HAMPA.....

Saya hampa dengan keadaan di sini. Saya kesal dengan sikap mereka. Tidak boleh menerima pembaharuan. Tindakan student pula disokong oleh orang2 yg tertentu. Org2 tertentu yg sepatutnya membantu saya, tetapi seperti menikam saya dari belakang. Menjadi batu api dan duri dalam daging. Kesal betul saya dengan tindakan mereka. Walaupun saya tau anda kenal org atasan dan boleh buat tindakan sesuka hati, tetapi ingatlah, ALLAH s.w.t sentiasa membantu org yang menjadi mangsa khianat. Sampai bila anda boleh hidup dalam keadaan sedemikian? Selama-lamanya ke? Student jadi 'naik lemak' dan 'dimanjakan' dengan apa yg disediakan. Sejak akhir2 ni saya rasa sedikit tertekan tetapi masih boleh control lagi. Student tidak mahu menerima perubahan dan siap ugut saya lagi dengan memorandum2. Lantak pi la nak buat apa pun. Saya tak kisah kalau saya di SACAD atau di memo..Jgn sampai tindakan anda memakan diri sendiri. Saya akan akan tetap dengan pendirian saya. Ada student yg ckp dgn saya, "Cik tau kan suara kami mcm mana?", kami boleh buat memorandum"...Saya ckp balik kat mereka..."Awak tau kan suara budak UiTM macam mana?..." Student tersebut terus mendiamkan diri..
Nasihat saya di sini, kepada semua student...jgn campur urusan pentadbiran...obligation anda adalah kepada UTHM, pensyarah, fakulti dan pelajaran. Mana kala obligation kami di pentadbiran pula adalah pada UTHM dan HEP. Jgn rumitkan keadaan..ilmu yg anda dan saya ada tidaklah sebesar mana lagi..banyak yg perlu diperbaiki lagi dan perlu belajar lagi....
Saya minta maaf jika tetiba menjadi terlalu emotional dan sensitive...tp inilah yg saya rasa...HAMPA...

Wednesday, October 29, 2008

Terima Kasih PPT

TERIMA KASIH BANYAK2 PPT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Td, saya ada berbualkan sesuatu dengan PPT dan dia telah menyedarkan dan membuka mata saya tentang satu benda. ALLAH S.W.T itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. PPT telah sedarkan kepada saya mengenai satu benda. Akhirnya saya telah membuat satu keputusan yg tepat. Keputusan itu saya buat atas perbincangan dengan PPT. Walaupun PPT tidak memberi sebarang komen mengenainya dan hanya mendengar, tetapi saya faham maksudnya. Saya tidak mahu jeopardize career, kawan dan minat saya di dalam rekreasi. Keputusan adalah muktamad dan saya tidak akan berpatah balik.
Di sini saya lihat, peranan 'orang2 terdahulu' mmg penting bagi saya. Dari segi keputusan, ilmu dan sebagainya. Kalau tiada senior, maka tiada junior. Kalau tiada guru, maka tiada anak muridnya. Apa2 pun...TERIMA KASIH BANYAK2 PPT....I really owe u one.... Thanks a lot...heheh

Friday, October 24, 2008

Best & Tak best

Minggu ni, perasaan saya bercampuk aduk...mood nak marah dan malas menguasai diri tp dapat dineutralkan balik bila ke Shah Alam, jumpa sahabat2 saya (cuma tak jumpe PPT je, mesti dia marah punyer)...
Yang Best
Saya ke Shah Alam untuk bawa staff ke Bukit Cerakah. Jumpa Shawn, Mus & Yasir untuk bincang mengenai program yg akan kami jalankan. Seronok pasal dapat jumpa sahabat2. Sebelum jumpa mereka, saya sempat ke office lama, USPTN Selangor, Majlis Sukan Negara. Jumpa sahabat2 di sana. Tak lama, cuma 15 minit sahaja. Mmg terubat rindu saya bila jumpa sahabat2 saya, banyak juga cerita yg keluar. Seronok je rasa berbual, sembang dengan diaorg. Cuma saya tak sempat jumpa Boss dan PPT. Boss pasal ada meeting di fakulti manakala PPT pula, saya mmg tak sempat nak jumpa. Saya minta maaf sgt2. Kekangan masa. I wish i could stay there a bit longer, but i can't. Sedih gak, kalo ikutkan hati, saya nak stay sana 1 malam, tp tak boleh pasal staff saya perlu balik. Minta maaf ye...
Yang Tak Best..
  1. Minggu ni, pelajar2 di sini mmg menguji kesabaran saya. Minggu ni adalah tarikh akhir hantar borang permohonan kolej, tp mereka buat mcm tak endah dan lengah2. Siap 'sound' staff saya lagi, dengan mengatakan yg mereka pelajar WAJIB dan tak perlu isi borang. Sebenarnya, wajib atau tak, saya ada hak buang mereka dari kolej. End of the conversation.
  2. Pelajar hilangkan P.A system pejabat. Boleh ke mcm tu? Mana tanggungjawab anda? Bila nak pakai, merayula, buat suratla, hari2 datang office tunjuk muka, tp bila dah dapat apa yg diminta, batang hidung pun tak nampak. Siap hilangkan barang lagi. Tension betul.
  3. Ada jamuan raya di pejabat HEPA, kami satu ofis mmg tak dapat hadir, tp cuba jugalah untuk datang. Yang tak sedapnya, bila saya call untuk confirmation, saya kena herdik dan sound lagi. Mcm2 dikatanya. Last2, dtg je la. Nak buat mcm mana. Siap tutup office lagi. Mana la peginya budi bahasa. Pelik manusia ni.

Ya ALLAH, Ya Tuhan ku, aku mohon Kau permudahkanlah segala urusan dan pekerjaan kedua ibu bapaku, adik2 ku, aku, guru2 ku dan sahabat2 ku untuk hari ini, esok dan selama-lamanya. Amin

Tuesday, October 21, 2008

Shah Alam

Esok, saya dan staff saya akan ke Shah Alam, Insyallah. Kami bertolak pada awal pagi esok. Ada urusan kerja dengan Teamtact. Tak sabar rasanya. heheheh. Tapi saya tak stay, hanya 1 hari je di sana. Malam, kena gerak balik semula ke Batu Pahat. Kalau ikutkan hati, mmg nak stay sangat2 tp pasal keesokkan harinya ada Jamuan Hari Raya HEP dan kami antara yg terlibat (tukang makan & jaga stall) heheh. Semoga Allah s.w.t akan melindungi perjalanan saya dan rakan2, pergi dan balik.

Thursday, October 16, 2008

PPT, PKU, PPAS

Sepanjang saya di sini, banyak perkataan atau pangkat yg di 'short form' kan. Contohnya PKU untuk Pusat Kesihatan Universiti, PPAS untuk Penolong Pengurus Asrama, PA untuk Penyelia Akademik, TF untuk KK Tun Fatimah, PPH untuk Pusat Harta Bina dan mcm2 lagi. Orang2 kat sini mmg gunakan shortform sepanjang masa. Ketika mula2 masuk dulu, saya selalu tercengang bila diaorg gunakan singkatan2 yg memeningkan. Tp yg buat saya gelak dan selalu ingat ialah PPT. Kalau dikalangan bloggers, PPT tu untuk Penjengok2 Tegar kan? tapi kalau di sini, PPT tu adalah singkatan untuk Penolong Pegawai Tadbir. hehehehehhe...Bilik yang saya duduk di pejabat saya skrg ni, dulu di duduki oleh PPT Kolej Perwira. So, bila saya nak on air cond, kat suis dia ada tanda 'Bilik PPT'...hehehheh. Sebab tu, setiap hari saya teringat kat PPT (Bro Malin) ahaks...

Wednesday, October 15, 2008

Semakin menjadi-jadi

Semalam, saya turun ke bawah untuk ambil air di mesin. Malas jugak sebenarnyer tp pasal dah haus sgt, terpaksala juga. Kemudian guard tanya saya, tak masuk ofis ke malam ni? saya jawab tidak pasal saya letih sgt, lagipun kerja banyak yg dah beres. Dia kata bagusla, pasal tak elok sgt kalau selalu stay lewat di ofis. Saya senyum sahaja. Kemudian, dia mula buka cerita. Katanya, lampu bilik air ofis, selalu terbuka sendiri. Dia berkata lagi, selalunyer pukul 9 mlm, dia akan buat rondaan, tp lampunyer tutup. Bila rondaan pkl 12 mlm, lampu akan terbuka dan bunyi air akan kedengaran. Biasanya, dia akan masuk ke dlm ofis dan tutup lampu tersebut. Benda ni selalu terjadi. TV di ofis pernah terbuka sendiri, termasuk air cond dan kipas. Kemudian, 2 atau 3 hari yg lepas, felo kolej saya ada mengadu ke guard tersebut yg selepas dia menghantar pelajar sakit pulang ke kolej, dia terserempak dengan seorg perempuan sedang duduk dengan anaknya diatas sebuah motor...pd pukul 2 pg. Saya hanya diam. Guard tersebut juga pernah dibaling dengan botol, kertas dan pen ketika membuat rondaan di bilik aktiviti pelajar pada pukul 2 pagi. Bilik tersebut kosong dan luas, tiada tempat untuk pelajar bersembunyi. Saya seram juga mendengarnya. Ketika guard sedang bercerita kpd saya, saya memandang ke arah rumah saya. Saya agak terkejut dan cepat2 mengalihkan pandangan ke arah lain kerana.....ada 'perempuan' sedang berdiri di depan rumah saya...Aduh...mcm mana ni...jap lagi saya nak naik ke atas...Saya terpaksa duduk di post guard dulu, tunggu keadaan reda...susahnyer....Untuk makluman, di dalam rumah saya, saya dah terserempak beberapa kali 'dengannya'. Dia duduk di kerusi tamu saya. Tidak bercakap. Hanya melihat. Rambut dan pakaiannya putih. Sebenarnya, saya dah tak sanggup nak duduk seorang kat rumah saya. Saya baca Ayatul Kursi dan Surah Yassin untuk kuatkan semangat. Rumah saya pernah diketuk kuat. Bila diintai, tiada org diluar. Selepas 'perempuan' tersebut beredar, saya cepat2 naik ke rumah saya.
Keesokkan paginya, apabila sampai di ofis, cleaner maklumkan kepada saya yg bilik pantry ofis, banjir...air di mesin r.o terbuka. Saya jd pelik, kerana sebelum balik semalam, saya dan rakan ofis sudah check disetiap sudut sehingga di pantry, tiada apa yg berlaku. Staff saya pun jd pelik dan mereka kata, "Kak, kita tabur garam kasar yg Ustaz Baha dah 'tawarkan' lah kak....saya pun risau kalau benda ni berlarutan"..katanya. Staff saya semuanya pernah dikacau oleh 'benda' tersebut di ofis...
Dan saya terpaksa akhiri blog saya kerana 'ada yang memandang' saya dari kaunter ofis saya dan kedengaran seperti meja ditolak......
p/s: Boss, saya dah cari kaset tersebut di Parit Raja, tp tak jumpe....Minggu ni saya balik, saya akan cari lagi kerana saya dah tak tahan dan kalau boleh nak pasang kat P.A system kolej terus..

Sunday, October 12, 2008

Hujung Minggu Yg Penuh Karenah 2

Tak habis dengan masalah Rumah Tamu, dtg pula masalah yg lain...tetamu saya terkunci dari luar. Grill tak bole buka. Terpaksalah saya telefon pihak Tanah Kemas untuk settlekan masalah tersebut. Kesian gak kat tetamu saya, hampir 1 jam di luar. Pada mulanya, mereka mahu menyelesaikan masalah mereka sendiri, tetapi apabila keadaan sudah menjadi semakin rumit, terpaksalah minta tolong saya. Saya pun bukannya boleh buat apa pun...hehehehheh. Jadi saya minta tolong dengan pihak Tanah Kemas. Alhamdulillah, setelah lebih 20 minit digodeh-godeh dan akhirnya terpaksa dipecahkan lock grill tersebut. Barulah dapat membuka pintu grill tersebut.
Habis masalah grill, masalah lain pula yg timbul...Blok D dan Blok A pula tiada air. Ya Allah...banyaknya dugaan....sabar je la. Blok D kerana ada paip yg pecah, manakala Blok A, tak tahu puncanya dari mana. Setelah di check oleh pihak Tanah Kemas, paip di Blok D akan dipasang 'Belandar' buat sementara waktu sehingga dibetulkan esok. Blok A pula, entah mana punya manusia yg 'pandai sangat', sudah menutup pili utama. Bijak..bijak..Setelah dibuka semula, barulah ok semuanya. 'Bestnya' hujung minggu saya........

Hujung Minggu Yg Penuh Karenah 1


Hujung minggu ni, merupakan hujung minggu kali yg pertama saya tidak balik ke J.B. Ini kerana banyak tugasan yg perlu diselesaikan dan mesti dihantar pada minggu hadapan dan pagi Ahad saya ada meeting dengan Timb. Pengetua. Banyak dateline. Bila nak buat kerja, saya kena la duduk di office. Tetiba, pintu office saya diketuk. Apabila dijengah, ada seorg student dan dengan "bahasa yg bagus" berkata, 'Saya nak check surat, urgent ni, nak buat projek assignment'(dengan nada kasar)...Bila ditanya dokumennya dihantar bila, dia berkata 'semalam'..Kalau semalam, kami masih belum terima lagila dan surat tersebut akan dihantar ke Pejabat Pendaftar terlebih dahulu. Kemudian dia kata, takkan takde, urgent ni. Ketika kejadian, saya tgh berbincang dengan Timb. Pengetua. Apa lagi, TP saya terus sound, "Dik, ari ni ari ahad, office tutup, awak reti baca tak tanda 'TUTUP' kat depan pintu tu?' Kalo org nak runtuhkan bangunan, mmg semua benda dia ckp urgent'....Dengan muka bengang student tu, terus dia tinggalkan kami. Antara perangai student yg saya cukup tidak gemar ialah walaupun tanda di depan office menunjukkan "TUTUP" dan pintu depan berkunci, mereka tetap mengetuk dan mahu masuk walaupun tiada orang didalamnya. Saya pernah terserempak dengan student yg mengetuk pintu office ketika selepas Maghrib dan apabila ditanya kenapa berbuat demikian, dia mengatakan mahu melaporkan kerosakkan. Takkan la tak nampak dan tak tahu yg pejabat sudah ditutup. Mcm mana boleh masuk U kalau tak boleh nak membaca apa yg ditulis depan pintu tu.

Lagi satu kes ialah pasal Rumah Tamu. Rumah Tamu di kolej kami, mmg diuruskan oleh pihak kami dari segi pembersihan dan penyelenggaraan. Tetapi, untuk penempahan, ianya diuruskan oleh Unit Perumahan, HEP. Tetiba pada hujung minggu ni, banyak tetamu datang secara 'Ad-Hoc', semuanya gara2 pihak Pengawal UTHM yg menolak semua tetamu yg dtg untuk ke Perwira bagi mendapatkan penginapan. Mana bole mcm tu...Kami hanya mempunyai 4 Rumah Tamu sahaja. Kalo dah 10 keluarga yg dtg, mana nak disumbatkan semuanya. Hmmm....pening jadinya. Saya terpaksa block selebihnya dan menyuruh mereka mendapatkan rumah tetamu yg lain. F.Y.I, bukan di Perwira sahaja yg ada rumah tetamu, tetapi di kolej yg lain juga ada rumah tetamunya yg sendiri...tetapi, kenapalah semuanya disumbatkan ke sini.....

Kalau mcm gini lah gamaknya karenah setiap hujung minggu, takdenya saya akan stay di kolej....balik J.B teruslah tiap2 minggu..Sabar je la...

Saturday, October 11, 2008

Ramai lagi ke pelajar yg mcm ni?


Saya percaya, ada hikmah disebalik perpindahan saya ke UTHM, Batu Pahat. Di sini, banyak benda yg berlaku kpd saya dan ada yg menyentuh hati saya. Semalam, saya hadir ke meeting Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan Kolej Perwira. Banyak yg mereka bincangkan untuk karnival sukan yg akan dtg dan saya ada memberi beberapa pendapat. Selepas meeting, saya stay lagi, just untuk duk sembang dengan 2 org MT dari JKP Perwira. Banyak benda yg kami bualkan. Mereka ni muda lagi tetapi kalau dari segi perwatakkan serta pemikiran, nak2 bab agama ni mmg amat bagus. Saya pula yg jatuh segan kat mereka. Mereka adalah antara penggerak surau di Perwira dan penggalak para pelajar untuk memeriahkan surau. Mereka tak jemu dan tak pernah penat mengajak rakan2 ke surau. Saya mmg kagum dengan mereka. Untung ibu bapa yg mendidik mereka berdua ni. Jika ada aktiviti surau, merekalah org pertama yg sampai ke sana walaupun mereka bukan biro yg bertanggungjawab. Mereka ni bukan sahaja aktif di Kolej, malah juga di kampung mereka. Mereka antara org muda yg menjadi ahli masjid dikampung mereka. Antara topik yg dibincangkan ialah, mereka risau dengan keadaan Perwira yg agak sosial, pergaulan yg tidak terbatas, pemakaian yg kurang elok dan mcm2 lagi. Saya terkejut bila ada salah seorang daripada mereka yg mengatakan bahawa dia tak pernah menonton wayang dan bermain bowling. Dia juga takut bila pergi ke shopping complex dan tgk budak2 skrg dengan rambut tercacak dan berwarna. Dia selalu berdoa agar dia tidak berada di dalam kelompok tersebut. Mereka bersyukur kerana dapat masuk universiti yg terletak di kampung dan bukan dibandar. Dalam hati saya, terdetik.."Ramai lagi ke budak2 muda yg mcm ni?" Akhlak yg cantik, bagus dan memang datang ke U untuk belajar. Tak ramai budak2 sekarang yg datang ke U untuk belajar tetapi hanya untuk berseronok, keluar dari kampung dan lepas dari konkongan ibu bapa. Itulah sebabnya, pelajaran yg diterima dan perjalanan hidup mereka tidak mendapat berkat. Menghabiskan duit ibu bapa sahaja. Saya mmg segan dengan mereka berdua ni. Opposite dengan cara saya tetapi mereka dapat menerima cara dan pemikiran saya. Alhamdulillah... Lain betul suasana di sini. Tetapi saya tetap bersyukur juga kerana dikurniakan guru2 dan sahabat2 yg baik2 semasa di Shah Alam. Walaupun kami rapat, tetapi tiada yg pernah cuba mengambil kesempatan, malah sedia membantu ketika susah dan sentiasa ada ketika senang. Rakan2 saya di Shah Alam adalah antara guru2 dan sahabat2 baik saya yg amat saya sayangi.

Friday, October 10, 2008

Tetamu dari Politeknik Kota Kuala Terengganu



Semalam, kolej saya dikunjungi oleh pelajar dari Politeknik Kota Kuala Terengganu. Mereka semua dari Persatuan Pembimbing Rakan Siswa. Mereka semua seramai 35 org. Tujuan kedatangannya adalah untuk lawatan sambil belajar. Sepanjang lawatan, mereka semua menginap di Rumah Tamu kolej kami. Pada sebelah malamnya, unit PRO minta JKP buat sedikit aktiviti untuk mereka ni semua. Saya pun turut serta membantu. Bantu dalam aktiviti ice breaking je. Masa saya sampai ke dewan aktiviti (surau lama yg telah dihijacked menjadi dewan sementara), terkejut juga saya kerana kesemua pelajar perempuan berbaju kurung. Aik!! macamana nak buat aktiviti ni? Saya sudah memaklumkan kepada pihak poli tentang aktiviti yg akan dijalankan dan memerlukan pelajar berbaju sukan. Setelah dimaklumkan oleh pensyarah mereka, pelajar2 tersebut balik ke bilik dan tukar ke pakaian sukan. Aktiviti yg dijalankan hanya sedikit aktiviti ice breaking dan pelajar JKP juga ada membuat ice breaking mereka sendiri. Pelajar2 nampak seronok dan enjoy sepanjang aktiviti walaupun penat travel ke Batu Pahat dari Terengganu masih tak hilang lagi. Saya hanya buat ice breaking yg ringan2 je, saya tak buat "Hands up"...takut tak boleh diterima...kena gelek2..hehehheheh. Di akhir aktiviti, nampak pelajar2 tersebut puas hati dan enjoy walaupun kekangan masa dan pada keesokkannya mereka akan ke UTM, Skudai pada awal pagi. Harap2 ada lagi kunjungan dari pelajar lagi, boleh la saya buat aktiviti sikit dan praktikkan apa yg saya tahu sikit2 supaya tidak berkarat otak saya. Hehehehhe

Tuesday, October 7, 2008

Bermulalah cerita....

Pagi tadi, saya adakan meeting bersama staff saya. Kami membincangkan beberapa perkara, mengenai sasaran kerja tahunan, budget dan sebagainya. Kami juga membincangkan isu-isu tentang student di kolej kami. Diakhir mesyuarat, biasalah, mesti ada makan2...heheh. Semasa kami sedang sibuk makan2, salah seorang staff saya bertanya kepada saya, "Cik Shila tak takut ke duduk seorang je kat blok C tu?"...Saya menjawab, tak lah pasal rumah saya depan post guard. Pastu, diaorg kata, diaorg nak cerita sedikit pasal blok saya dan office kami. Mereka kata saya perlu tahu supaya boleh lebih berhati-hati dan jgn panik bila 'terkena'. Saya terdiam, dalam hati saya berkata "Alamak...betul la dan nape la ada gak kat sini....." Saya dah perasan sejak saya masuk ke sini, tetapi hati ni kuat mengatakan yg 'everything is going to be fine', it's just a little distraction, no harm done...Tapi nampak gayanya...kena berdepan gak la... Staff saya mula bercerita dan saya dengar je. Takut pun ada gak, tp kalau saya cerita pasal Tioman, lagi takut kot...hehehhe. Rupa-rupanya, blok saya dahulunya mmg penempatan pelajar perempuan, tetapi akibat dari 'gangguan' yg teruk, blok tersebut terpaksa dikosongkan dan dijadikan rumah tamu. Bilik tersebut berada betul2 di bawah rumah saya. Boleh la kan, saya pula yang duduk kat blok tersebut?...Sorang pulak tu...sabar je la...Tapi takpela, ayatul Kursi sentiasa saya baca dan Alhamdulillah, sepanjang saya duduk di blok ni, tiada apa yang berlaku lagi. Setakat 'tumpang lalu' tu, biasalah. Iskh...sabar jela..

Monday, October 6, 2008

Mana pergi staff?

Setiap pagi, sayalah org yg paling awal masuk ofis selain daripada cleaner. hehehe. Cleaner akan masuk ofis dulu untuk kerja-kerja pembersihan. Pagi ni, seperti biasa, saya masuk ofis..masih kosong lagi. Tetapi selepas kul 8.30 pg, kelibat staff saya masih tiada..Saya mula pelik...mana diaorg ni pegi? Pelajar mula masuk ke pejabat untuk berurusan dan kerana tiada staff yg lain, saya yg membantu mereka. Sehinggalah sekarang, tiada staff saya yg datang. Masih bercuti lagi rasanya mereka ni. Takpe la, rayakan setahun sekali. Bagi peluang dan ruang sedikit buat mereka. Yang penting, esok mereka mesti KERJA, KERJA, KERJA....hehhe. Nampak gayanya, hari ini, sayalah par, pembantu tadbir dan yg sewaktu dengannya. hehehehhe.