Semalam, saya turun ke bawah untuk ambil air di mesin. Malas jugak sebenarnyer tp pasal dah haus sgt, terpaksala juga. Kemudian guard tanya saya, tak masuk ofis ke malam ni? saya jawab tidak pasal saya letih sgt, lagipun kerja banyak yg dah beres. Dia kata bagusla, pasal tak elok sgt kalau selalu stay lewat di ofis. Saya senyum sahaja. Kemudian, dia mula buka cerita. Katanya, lampu bilik air ofis, selalu terbuka sendiri. Dia berkata lagi, selalunyer pukul 9 mlm, dia akan buat rondaan, tp lampunyer tutup. Bila rondaan pkl 12 mlm, lampu akan terbuka dan bunyi air akan kedengaran. Biasanya, dia akan masuk ke dlm ofis dan tutup lampu tersebut. Benda ni selalu terjadi. TV di ofis pernah terbuka sendiri, termasuk air cond dan kipas. Kemudian, 2 atau 3 hari yg lepas, felo kolej saya ada mengadu ke guard tersebut yg selepas dia menghantar pelajar sakit pulang ke kolej, dia terserempak dengan seorg perempuan sedang duduk dengan anaknya diatas sebuah motor...pd pukul 2 pg. Saya hanya diam. Guard tersebut juga pernah dibaling dengan botol, kertas dan pen ketika membuat rondaan di bilik aktiviti pelajar pada pukul 2 pagi. Bilik tersebut kosong dan luas, tiada tempat untuk pelajar bersembunyi. Saya seram juga mendengarnya. Ketika guard sedang bercerita kpd saya, saya memandang ke arah rumah saya. Saya agak terkejut dan cepat2 mengalihkan pandangan ke arah lain kerana.....ada 'perempuan' sedang berdiri di depan rumah saya...Aduh...mcm mana ni...jap lagi saya nak naik ke atas...Saya terpaksa duduk di post guard dulu, tunggu keadaan reda...susahnyer....Untuk makluman, di dalam rumah saya, saya dah terserempak beberapa kali 'dengannya'. Dia duduk di kerusi tamu saya. Tidak bercakap. Hanya melihat. Rambut dan pakaiannya putih. Sebenarnya, saya dah tak sanggup nak duduk seorang kat rumah saya. Saya baca Ayatul Kursi dan Surah Yassin untuk kuatkan semangat. Rumah saya pernah diketuk kuat. Bila diintai, tiada org diluar. Selepas 'perempuan' tersebut beredar, saya cepat2 naik ke rumah saya.
Keesokkan paginya, apabila sampai di ofis, cleaner maklumkan kepada saya yg bilik pantry ofis, banjir...air di mesin r.o terbuka. Saya jd pelik, kerana sebelum balik semalam, saya dan rakan ofis sudah check disetiap sudut sehingga di pantry, tiada apa yg berlaku. Staff saya pun jd pelik dan mereka kata, "Kak, kita tabur garam kasar yg Ustaz Baha dah 'tawarkan' lah kak....saya pun risau kalau benda ni berlarutan"..katanya. Staff saya semuanya pernah dikacau oleh 'benda' tersebut di ofis...
Dan saya terpaksa akhiri blog saya kerana 'ada yang memandang' saya dari kaunter ofis saya dan kedengaran seperti meja ditolak......
p/s: Boss, saya dah cari kaset tersebut di Parit Raja, tp tak jumpe....Minggu ni saya balik, saya akan cari lagi kerana saya dah tak tahan dan kalau boleh nak pasang kat P.A system kolej terus..
11 comments:
sream gak cite akak ni..takut pon ade..sib baik akak kuat..
salam...
akak seramnye...
akak kuatkan semangat tau...
Cari kaset ape kak?
subhanallah...
salam perjalanan...
salam guys..
ada satu kaset yg boss syorkan untuk halau jin n syaitan. Akak penah guna kaset tu , tp kawan akak punyer. Mmg bagus...ni nak cari balik la ni. Pelik la kat sini..sabar je la..Takut gak tp bile pikirkan yg kita ni lagi molek dari dia, so tabahkan hati je la...baca apa2 yang patut..thanks guys...
hehehehe...
sabar je la kak..
Huhuhu...Horror gak ek kak...
tapi,akak memang tabah la...rileks je boleh stay sesorang lagi...
Demi tugas kak...Semua tu pun ciptaan Allah gak...Kuatkan semangat k kak...
Salam Aboy n Abey (kembar) heheh...
Takdela tabah sgt pun, ketar ar lutut gak. Kat sini, 'dia' akan stay lama n tgk kita. Mcm semalam la, masa akak tgh post kat blog, 'dia' stay kat counter, tgk akak, siap belek2 kertas lagi. Akak buat keje cepat2, pastu terus blah. Kat ofis dan rumah la yg selalu kena. Kalo akak nampak sorang je, takpela gak pasal dah selalu, tp ni tak. Satu ofis dah tahu dan dah kena. Ada satu besen garam kasar kat pantry, selalu digunakan felo untuk tabur sekitar kolej kalo ada gangguan dan histeria. Rekod histeria kat sini..mmg tip top..hehehhe.
kak..
sabar..
jgn takut k..
kalu akak takut saya lagi takut..
hehee..
salam , dah tahap serius dah tu , saya nak bagi kak , satu kaedah untuk mendinding diri, lepas maghrib n subuh , kak baca ayat kursi 7 kali, seperti membentuk pagar sekeliling diri, satu lagi baca almathurat selepas subuh dah asar. insyaallah
wahhhh...
akak memang special cuz boleh tahan dgn semua ni...
saya dengar pun dah goyang...
Post a Comment