Sunday, October 12, 2008

Hujung Minggu Yg Penuh Karenah 2

Tak habis dengan masalah Rumah Tamu, dtg pula masalah yg lain...tetamu saya terkunci dari luar. Grill tak bole buka. Terpaksalah saya telefon pihak Tanah Kemas untuk settlekan masalah tersebut. Kesian gak kat tetamu saya, hampir 1 jam di luar. Pada mulanya, mereka mahu menyelesaikan masalah mereka sendiri, tetapi apabila keadaan sudah menjadi semakin rumit, terpaksalah minta tolong saya. Saya pun bukannya boleh buat apa pun...hehehehheh. Jadi saya minta tolong dengan pihak Tanah Kemas. Alhamdulillah, setelah lebih 20 minit digodeh-godeh dan akhirnya terpaksa dipecahkan lock grill tersebut. Barulah dapat membuka pintu grill tersebut.
Habis masalah grill, masalah lain pula yg timbul...Blok D dan Blok A pula tiada air. Ya Allah...banyaknya dugaan....sabar je la. Blok D kerana ada paip yg pecah, manakala Blok A, tak tahu puncanya dari mana. Setelah di check oleh pihak Tanah Kemas, paip di Blok D akan dipasang 'Belandar' buat sementara waktu sehingga dibetulkan esok. Blok A pula, entah mana punya manusia yg 'pandai sangat', sudah menutup pili utama. Bijak..bijak..Setelah dibuka semula, barulah ok semuanya. 'Bestnya' hujung minggu saya........

5 comments:

perjalanan said...

sabar kak...


salam perjalanan...

yazilahyazir said...

salam lan...
akak akan bersabar...thanks ye...

aboy said...

=)...
xpe kak...
kan kita dah biasa kan time ber"outdoor.."
=)

yazilahyazir said...

salam boy..
hehehh...tu la tu...
tp kekadang tu, student ni mcm amik kesempatan tau..padahal hotline untuk segala penyelenggaraan dah diberikan...diaorg ni nak disuapkan segala..kena ubah mentaliti budak2 kat sini...kalo student sportrec..senang je..RENDAM!!!!!! hahhahahhah..thanks aboy....

freehours... said...

SALAM KEPADA SEMUA AHLI PERLU, ALUMNI DAN SEMUA YANG DIHORMATI,
PERSATUAN PEMBIMBING REKREASI LUAR UITM AKAN MENGADAKAN KURSUS FIRST AID DAN C.P.R KEMUNGKINAN
PADA: 25 OKTOBER 2008 ATAU SELEPAS FINAL EXAM.
BAYARAN: RM60 SEORANG.
TEMPAT: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI.
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI:

ECAH : 017 248 4513
SOFWAN: 0176749900
SELEWAT2NYA: 19 OKTOBER 2008 / A.S.A.P

TQ..