Showing posts with label UTHM. Show all posts
Showing posts with label UTHM. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

3 rumah, 3 cerita..

Sepanjang saya kerja di UTHM ini, saya da berpindah sebanyak 3 kali. 3 rumah yg berbeza dan mempunyai cerita tersendiri.

Rumah pertama (KKP) Sept 2008- Okt 2011
Rumah ini jenis pangsapuri dan berada di tingkat 4, ianya mempunyai 5 bilik, 4 bilik air dan 1 stor. Untuk pengetahuan semua juga, hanya saya seorang sahaja yang mendiami blok tersebut selama 1 1/2 tahun sebelum pengetua saya berpindah masuk di tingkat 3. Mmg sgt besar, sampaikan boleh main bola ditengah-tengah rumah. Sahabat2 saya dari shah alam pernah bermalam di rumah saya ini. Pada awalnya saya duduk seorang diri, selang sebulan, ada seorg pembantu felo duduk bersama saya. Semasa saya duduk seorg, mmg agak menyeramkan kerana keluasan rumah tersebut dan banyak bilik yg kosong. Pernah sekali tu, pintu bilik dan pintu rumah saya cuba dibuka pada pukul 3 pagi sedangkan saya tahu hanya saya seorg sahaja ketika itu. Pernah la juga ada "org tumpang" duduk di kerusi hall saya, ketika itu saya hendak ke dapur. Bila dah terserempak, saya terus patah balik masuk bilik, tak jd saya nak minum air. Apabila pembantu felo, Dayah, mula tinggal dengan saya, rasa lega sedikit kerana ada teman tetapi kejap je. Kami berdua juga teruk dikacau. Pintu bilik diketuk, masa tidur kena tarik selimut, nama dipanggil, ada org nyanyi2, menangis tengah malam dan sebagainya.. sehingga kami mengambil keputusan untuk tidur diluar. Pernah juga guard yg jaga dipost bawah rumah saya, kata ada perempuan berdiri di hadapan pintu rumah saya. Jika kami pasang kaset ayat2 ruqyah or baca yassin, pasti malam tersebut akan menjadi-jadi gangguannya. Mmg seram.. saya duduk di sana selama 3 tahun kemudiannya saya berpindah ke rumah seterusnya setelah ditukarkan ke KKTF.

Rumah kedua (KKTSN) Okt 2011 - Jan 2012
Setelah ditukarkan ke KKTF, saya duduk sementara di rumah felo KKTSN. Blok tersebut merupakan blok lama yg wujud sejak zaman PLSP. Jd bayangkan la "org2" yg tinggal kat umah tu. Blok rumah tersebut hanya 2 tingkat dan hanya ada 8 buah rumah sahaja. Tetapi hanya 4 buah rumah sahaja yang dihuni. Kawasan sekitarnya dipenuhi dengan pokok ara, pokok pisang, mangga, nangka dan beberapa pokok besar lagi. Sejujurnya, saya suka kawasan rumah tersebut kerana sejuk dan redup, tetapi tidak pada waktu malam. Sgt menyeramkan. Rumah yg saya huni tu, ada 3 bilik dan 2 bilik air. Keadaan rumah tersebut sememangnya konsep rumah jepun yg lama, lantainya menggunakan "parquet" dan mmg mcm bau rumah yg da lama tinggal. Sepanjang saya duduk dirumah tersebut, saya tidak pernah tidur dibilik kerana mcm tak selesa dan rasa seperti diperhatikan. Rumah ni lagi horror.. bukan stakat pintu diketuk, tetapi barang dilemparkan, "dia" siap bole duduk di rak kasut, lalu lalang dihadapan saya. Kalau di dapur pula, bole nampak ke luar, selalu saya nampak perempuan sedang berdiri dibawah pokok nangka.. mungkin student, tetapi logik ka? pukul 2 pg time tu.. Ada beberapa malam yang saya tidak bole nak tido, bila subuh, terus siap2 ke tempat kerja. Pernah skali tu, mak busu saya dan anak2 dia dtg tido rumah saya. Saya sediakan satu bilik utk dia tidur dan saya temankan dia skali, anaknya baring sebelah saya. Dlm pkl 3.00 pg, anaknya mengejutkan saya dan suruh saya peluk dia, katanya dia takut, ada org tarik2 kakinya. Saya tenangkan dia, saya baca ayatul Kursi dan terus tutup mata. Tak sampai 5 minit, kaki saya pula yang ditariknya. Kalau suara org mengilai atau ketawa tu mmg da biasala saya dengar tengah2 malam. Selalunya saya akan tutup telinga je. Pernah skali saya terserempak dengan salah seorg isteri staf, jiran saya. Dia kata "Shila, aritu awak takde kan seminggu, saya nampak awak keluar dengan beg besar.." Saya pun mengiyakannya. Pastu dia kata lagi.." tp kat rumah awak mcm ada org, saya dengar org bercakap, gelak, tolak kerusi meja dan ketuk2 dinding..saya tau umah kat sini semuanya ada "penghuninya" yg tersendiri..Berani eh awak duk sorang2, takpe, kalau awak takut, lari je umah saya".. Saya sengih je bila puan tu ckp mcm tu..Dlm hati, hanya ALLAH swt je yg tahu.. hehe.. Saya duduk di rumah KKTSN ni selama 4  bulan sebelum dipindahkan ke rumah felo KKTF. 

Rumah ketiga (KKTF) Jan 2012 - till now
Ini rumah yang paling latest saya.. saya dah duduk sini hampir setahun. Masih duduk seorang diri lagi. Tetapi kekadang, mama dan ayah saya akan dtg temankan. Tp ayah suka takut2kan saya. hehe.. Alhamdulillah, rumah kali ini, rumah semi D, 2 biji je tengah2 padang yg lapang. haha.. ada 3 bilik, 3 bilik air, 1 stor.. Setakat ini, gangguan hanya datang dari luar sahaja.. bunyi org nangis, ketawa, mengilai, diri kat pokok blakang, cakar tingkap saya.. hanya berlaku diluar sahaja. Masih ok lagi.. Saya berharap hanya gangguan seperti itu sahaja yg saya kena dan saya masih boleh bertahan lg.. jgn la lebih2.. saya da tak tahu nak duk mana kalau asyik kena kacau ja.. 

Kekadang saya terpikir, adakah rumah2 ini ada "penghuninya" yg tersendiri or "dia" yg mengikut saya?..  Eee.. seram rasanya kalo dipikirkan.. Ntah la.. 

Monday, December 13, 2010

Trekking Section 3


Pada semester yang lepas, saya telah diberi peluang untuk mengajar subjek Kokurikulum yang wajib diambil pelajar sepanjang pengajian. Subjek yang diajar ialah Trekking. Saya dipanggil untuk menjalani sesi TOT dan setelah melihat silibus yang diberi, saya jd pelik sebentar kerana silibus yang diberi agak tidak sesuai dengan tajuk besarnya. Tapi saya serahkan kepada penyelaras yang diberi tanggungjawab untuk menghantar fail pengajarannya. Bila diselidik, rupa-rupanya, orang yang membuat silibus tersebut 'ikut suka dan minatnya' sahaja semasa merangka silibus tersebut. Dia tidak mempunyai sijil rekreasi, tiada asas pengetahuan rekreasi yang lain dan hanya 'pengalaman' yang hebat yang selalu diceritakan sepanjang bengkel TOT tersebut. Saya ditempatkan bersama 4 orang yg lain dari subjek yang sama. Saya seorang sahaja perempuan. Penyelarasnya juga mula menyindir saya secara sinis dan seloroh. Apa yang saya buat? Saya sengih ja. Selepas penerangan diberi oleh Ketua Jabatan, penyelaras saya dan rakan-rakannya tercenggang dan mula berasa tidak selesa. Mereka mula merungut dan menyatakan sistem baru ini leceh dan menyusahkan saja. Sebelum ini, pengajar subjek Ko-ku hanya mengajar sahaja, tanpa fail pengajaran dan rubrik permarkatan. Apabila ketua jabatan baru mengambil alih, beliau telah membuat perubahan yang lebih akademik dan ianya menimbulkan masalah bagi pengajar yang sudah berumur dan tidak beberapa biasa dengan teknologi masa kini. Tapi yang bagusnya, mereka mahu belajar dan cuba untuk membiasakan diri. Sistem yang digunakan telah diselaraskan oleh KPT dan dipersetujui oleh semua IPTA. Ianya menyenangkan pengajar untuk menilai Kemahiran Insaniah dan sekaligus markah untuk subjek tersebut. Itu lah perkara yang menyebabkan penyelaras saya tidak senang duduk. Heheheh...nampaknya kehebatannya telah tercalar...hehheheh.. Jadi sayalah yang bantu mereka untuk membuat fail pengajaran, rubrik dan pembentangan. Barulah mereka mula 'menerima' saya...
Kelas saya diadakan setiap hari Rabu 4.00 - 7.00 petang. Seramai 38 orang pelajar termasuk 1 org pelajar antarabangsa ditempatkan di seksyen saya iaitu Seksyen 3. Jenuh saya kena mengajar dalam bahasa Inggeris..haha.. nasib baik juga pelajar tersebut faham bahasa Melayu kerana beliau mengambilnya sebagai subjek bahasa ketiga. Saya ajar apa yang diajar oleh Boss aka En. Hisyam ketika saya belajar dahulu. Alhamdulillah, mereka dapat menerima ilmu yang diberi dan memberikan komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang kelas. Mereka jarang ponteng kelas dan hanya tidak dtg jika mereka sakit. Ilmu yang diberikan oleh saya tidaklah banyak kerana saya juga masih belajar dan bamyak lagi benda yang saya tidak tahu. Mereka juga ada final camp, tetapi saya akan postkan ceritanya lain kali.

Sunday, December 12, 2010

Yok Cuti...


Salam kepada semua,
Iskh, lama betul saya tak update blog. Tak bole nak bagi reason apa dah, hehe... Sekarang ni, student UTHM sedang mula bercuti dan pulang ke kampung masing-masing. Ada juga student yang tidak akan balik ke Kolej saya semula kerana sudah menghabiskan pengajian. Cuti yang diberikan amat singkat tp saya rasa cukuplah sekadar dapat melepaskan rindu bersama keluarga tercinta. Ada student yang ckp dgn saya, "Mama saya dah tunggu saya dah Puan, siap masak lagi untuk saya"... saya senyum ja tgk keterujaan student tersebut. Ada juga pelajar yang tak teruja, katanya boring pasal takde kawan bila balik kampung. Dkt sini dia banyak kawan. Hehehe.. mcm-mcm karenah. Bagi International Student pula, bila time semester break, mereka akan ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Kesempatan ini digunakan untuk bersama rakan-rakan dari Universiti yang lain. Ada juga yg mengadu kpd saya yang mereka Homesick tp tak boleh nak balik pasal cuti sangat singkat dan tambang kapal terbang pula mahal. Sian pulak kat student international ni.
Apa pun, cuti yang singkat ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh pelajar. Sama ada untuk rehatkan minda setelah bergelut dengan final exam ataupun meluangkan masa bersama keluarga. Kesihatan dan keselamatan diri juga harus dijaga kerana bermacam-macam benda boleh terjadi jika kita ambil sambil lewa mengenainya. Pernah student saya meninggal dunia setelah pulang ke kampung kerana sakit. Naik cuti ja, saya terus dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh ahli keluarga beliau. Innallillah... Ada juga pelajar yang kemalangan ketika di dalam perjalanan ke Kolej setelah habis cuti study week. Akibat kecuaian pemandu teksi tersebut, pelajar itu terpaksa extend satu semester kerana mengalami gegaran otak akibat perlanggaran teksi tersebut dengan lori. Kita mmg merancang tp ALLAH swt yang akan menentukannya. Tetapi tidak salah jika kita ambil sedikit langkah berjaga-jaga.
Kepada semua pelajar Kolej Kediaman Perwira, selamat bercuti dan selamat sampai ke kampung masing-masing. Tidak lupa juga, selamat mendaftar semula pada 1 Januari 2011 nanti. Be Good and always remember, SAFETY FIRST in whatever things that you do.

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Berbuka Bersama Dato' NC





Setiap kali tiba bulan Ramadhan, setiap kolej kediaman di UTHM akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Dato' NC. Tahun ini, adalah kali yg ketiga saya dan staf mengendalikan majlis berbuka puasa ini. Pastinya setiap kolej kediaman mahukan menu yg terbaik untuk para pelajar dan pegawai2 kanan UTHM yang akan bertandang ke kolej masing2. Bagi saya, apa yang penting, makanan tersebut takkan buat pelajar dan para tetamu sakit perut. hehehe... Menu untuk pelajar kali ini ialah ayam masak kurma, sayur kobis goreng, sambal belacan, buah oren, karipap, kuih tako dan air kotak. Pelajar juga diberikan sekotak buah kurma dan sebotol besar air mineral water. Manakala untuk VVIP pula, nasi beriani ayam dan kambing menjadi hidangan serta juadah yang lain. Kami juga memberikan 'berkat' kepada VVIP iaitu beg kecil berisi Yaasin dan muffin.
Tetapi kali ini, apa yang menjadi kerisauan saya ialah hujan. Sejak kebelakangan ini, cuaca di Parit Raja agak tidak menentu. Pada paginya panas terik, tetapi bila lewat petang saja, pasti hujan dan kadang kala dengan ributnya sekali. Saya berdoa agar tidak hujan pada hari majlis. Ini kerana, pelajar akan duduk ditikar kerana kami akan makan didalam dulang. Tapi apakan daya, kita hanya merancang, ALLAH swt yg menentukan. Pada pagi majlis tersebut, langit mendung sekali. Gelap je.. Hati saya dah risau dah.. betul, hujan turun mencurah-curah tetapi tidak lebat. Apabila tiba majlis, hujan hanya gerimis sahaja. Alhamdulillah... Lebih penting lagi ialah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan ada sedikit pujian diberikan kepada kolej kami.
Apa yang menariknya, pelajar Non-Muslim juga turut berbuka sama dan makan di dalam dulang bersama-sama pelajar Muslim yang lain.

Wednesday, June 16, 2010

Bukan seperti yang disangka



Selesai sudah kursus BTN saya selama 5 hari 4 malam. Bermula pada 10 - 14 Jun 2010 di Kem Integrasi Arca Warisan, (KIWA) di Sepang, Selangor. Pada kali ini, UTHM digabungkan dengan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh atau singkatannya KSKB. Sebelum ke kursus tersebut, banyak benda yang saya fikir. Apa yg bakal saya tempuh. Saya sememangnya tidak pernah ke kursus BTN. Ramai org ckp yg kita akan di 'brain wash' la, kena sokong kerajaan la, kalau salah cakap nanti pasti akan dibuang dari kursus la dan mcm-mcm lagi perkara negatif. Saya jd lagi takut. Tetapi, setelah menempuhnya selama 5 hari, ternyata apa yang dikata, tidak berlaku sama sekali.
Kursus BTN ini lebih kepada kita mengenali sejarah bangsa dan negara. Semangat yang dipupuk ialah semangat kecintaan kepada negara, tiada pun mereka suruh sokong parti mana2. Bila difikirkan, memanglah kita belajar sejarah ketika sekolah, tetapi bila ke BTN, kita dapat mengetahuinya dengan lebih mendalam. Kursus ini terbahagi kepada 4 sesi pembentangan kertas kerja, 9 sesi LDK dan ujian kecergasan. 4 sesi tersebut menerangkan mengenai Tanah Air, Rakyat, Kerajaan dan Kedaulatan. Manakala sesi LDK pula dibahagikan kepada 9 kumpulan kecil untuk 9 sesi LDK yang akan diketuai fasi. Fasi saya sangat menarik. Beliau ialah En. Khairul Azam B. Abdul Aziz. Mcm pernah dengar tak namanya? Kalau nak tahu lebih lanjut, sila google nama beliau. Anda pasti terkejut. Hehehe.. Input dan informasi yang diberikan adalah sangat menarik. Kemudian, semua peserta wajib mengikuti ujian kecergasan. Antaranya, larian 2 km, tekan tubi, imbangan jalan dan beberapa lagi ujian. Apa yang menarik sepanjang kursus ini ialah pemakaian kami sewaktu kursus. Kami hanya dibenarkan memakai baju kurung putih, kain hitan dan tudung hitam bagi wanita, manakala yang lelakinya pula berkemeja putih dan berseluar hitam. Sepanjang kursus, kami semua berasa muda je, ye la, mcm budak sekolah agama. Hehehehehe... Pakaian sukan hanya ketika riadah sahaja.
Sepanjang kursus ini, banyak kenangan manis yg saya dapat. Selain sahabat2 baru dari KSKB, saya juga berjumpa semula dengan kawan baik saya ketika diploma dulu. Namanya Norhaida Bt. Ariffin. Beliau juga merupakan Ketua Fasilitator kursus tersebut dan Pengetua Kem Meru. Hebatkan... Pertemuan yg tak disangka tu mmg buat saya sebak, beliau pun begitu juga. Kami berpelukan mcm jejak kasih...hehehehhe... Tp sepanjang kursus, professionalisme masih dikekalkan. Kami cuma duduk berbual bila ada masa terluang. Ketika kursus berjalan, saya menghormatinya sebagai Ketua Fasilitator.
Apa pun, kursus ini membuatkan saya bertambah sayang kepada negara. Semangat kenegaraan tu semakin menebal dijiwa. Tiada tempat yg lebih baik dari Malaysia.

p/s : harap2, semangat tu kekal, bukan hanya setakat selepas habis BTN sahaja...heheheh

Saturday, June 5, 2010

Kursus Internal Auditing for UTHM


Lepas habis satu kursus, sambung ke kursus yg lain pulak.... penat rasanya. Semasa saya tengah berkursus induksi, saya dapat sms yg mengatakan bahawa saya perlu ke Kursus Internal Audit For UTHM. La, apa la pulak kursus ni. Kursus induksi saya habis pada 27 Mei 2010, kursus audit tu pula bermula pada 30 mei hingga 1 jun 2010 di Melaka pula. Hmmm.... saya berkata dalam hati, seksa yang induksi ni belum lepas, ada pulak seksa lain yg menanti. Penatnyer badan. Lepas tu saya pikir, hmm..pergi je la, boleh juga saya penuhkan jam berkursus saya untuk tahun ini. Di UTHM, semua staf harus memenuhi 40 jam masa berkursus untuk setahun. Jam kursus ini akan dimasukkan di dalam Sasaran Kerja Tahunan staf tersebut dan akan dinilai. Saya rasa semua jabatan awam pun sama juga rasanya.
Berbalik kepada kursus auditor td, saya mcm berat hati juga nak pergi. Arahan hanya kepada semua ketua di Pusat Tanggung Jawab masing-masing. Hanya yg terpilih sahaja. Kalau la bole digantikan dengan orang lain, pasti saya tolak. Ini kerana, kursus ini melibatkan klausa-klausa yg digunakan ketika audit dijalankan. Macam manala nak ingat klausa-klausa MS ISO 9001:2008 ni. Nak tak nak, pergilah juga saya ke Melaka untuk megikuti kursus tersebut. Tetapi setelah mengikuti sesi pertama kursus, rasa mcm best pula. Mungkin kerana penceramah dari SIRIM, En. Suhaimi Mohd Daud @ En. Jimi tu, sangat menarik dan menyeronokkan. hehehe...Berbagai cara digunakan beliau untuk mengingatkan kami tentang klausa-klausa yg digunakan. Pop up questions selalu diuji ketika di dalam kelas. Cara beliau cuba mengingatkan kami juga amat kelakar, berdekah je kami semua ketika di dalam kelas. Terdetik juga saya, bagus juga pergi ke kursus ini, bole tahu apa yang auditor buat dan cari ketika mereka menjalankan sesi audit jabatan kami. Ilmu baru ni...bagus juga.
Tetapi diakhir kursus, kejutan pula yg kami dapat. Rupa-rupanya, staf yg hadir ke kursus ini secara automatiknya akan menjadi Internal Auditor untuk UTHM. Kami semua ternganga, terkejut dan bingung. Alamak, tak pasal-pasal jadi Internal Auditor UTHM, bertambahla lagi tanggungjawab...Adusssssssssssss...

Friday, May 28, 2010

Kursus Induksi Umum 2010

Selesai sudah kursus Induksi Umum / Khusus untuk pegawai sokongan A&B. Bermula dari 17 hingga 27 Mei 2010. Kursus ini harus dilalui oleh semua kakitangan awam untuk disahkan jawatan, sekaligus akan diberikan pilihan sama ada kita mahu memilih skim pencen ataupun KWSP. Sepanjang 11 hari 10 malam tu, banyak benda yang saya belajar. Baru saya tahu benda itu dan ini. Dengar ceramah memang membosankan, tetapi sebenarnya, info yang yang diberikan amatlah berguna dan memang patut dipraktikkan oleh semua kakitangan awam. Kursus ini juga adalah mandatori kepada semua kakitangan awam. Setelah penat mendengar ceramah, diakhir kursus, kita akan diuji dengan peperiksaan. 40 soalan objektif dan 4 soalan esei yg perlu dijawab. Letih tangan saya menulis esei. Sebelum ke kursus, kami perlu menyiapkan 5 esei tentang sejarah malaysia, perintah am dan arahan perbendaharaan. Susahnyer...dah lama tak buat assignment. Semasa di dalam kursus, kami ingat seksa dah lepas, rupanya tidak, kami ada pembentangan kumpulan, persembahan kumpulan dan public speaking dalam bahasa inggeris. Huh....
Tapi, selain ilmu pengetahuan baru yang saya dapat, ada juga beberapa perkara yg saya dapat lihat sepanjang kursus ini, ia adalah sikap merendah diri dan meninggi diri sesetengah peserta. Nak diceritakan pun mcm tak beberapa elok, biarlah ia menjadi sebahagian dari kenangan saya.
Harapan saya, semoga saya dapat lulus kursus ini. Lepas ni, kena pergi BTN la pulak....heheheh

Thursday, November 19, 2009

Tahniah!!!!! tetapi....

Dah nak bersawang dah saya punya blog ni.....kena selamatkan ni...hehheh.. Bukan apa, kebelakangan ini, saya agak sibuk sedikit dengan kerja di kolej kediaman. Nak kena siapkan Sasaran Kerja Tahunan, kemasukan pelajar baru untuk semester hadapan, nak evaluate staff untuk prestasi kerja dan mcm2 lagi. Alhamdulillah, kebanyakkannya sudah diselesaikan, cuma ada tinggal sedikit lagi yg perlu di touch up. Dalam kelam kabut saya kena settlekan kerja, berita baik menyusul.. Staff saya, Izham @ Am, dinaikkan pangkat dari N17 ke N22, Alhamdulillah.... Tetapi, yg tak seronoknya, dia akan dipindahkan ke fakulti FKMP berkuatkuasa 16 November 2009. Sedih juga saya pasal beliau seorang pekerja yg sgt rajin dan bagus. Tp sudah rezeki dia. Saya terpaksalah juga lepaskan dia ke fakulti. Tak cukup dengan itu, tup tup.. Hari ini, Fairuz @ Apai pula ditukarkan ke Pusat Pengajian Akademik berkuatkuasa pada 1 Disember 2009.... Saya tersentak..terfikir saya, Ya ALLAH...mcm mana ni? kedua-dua PT saya 'dikebas' orang.... Saya luahkan di dalam meeting di HEP... saya amat memerlukan khidmat mereka di kolej kediaman Perwira, kalau ambil kedua-duanya sekali, mcm mana dengan pentadbiran saya? Timbalan Pendaftar HEP saya pun tidak pasti tempat mereka akan digantikan dengan siapa. Sedih..mmg sedih... Tetapi sudah rezeki mereka, mesti ada hikmahnya.
Tengahari td , Izham dtg ke office saya. Saya tanya mcm mana dengan tempat baru? Ok tak? Jawapannya amat sedih saya dengar. Dia kata suasana kerjanya tidak beberapa seronok. First time dia rasa tidak seronok dtg ke tempat kerja, selama dia berkhidmat 7 tahun di UTHM. Kerja banyak dia tidak kisah tetapi suasananya tidak friendly, katanya. Dia sampai kata, kalau boleh dia nak kembali ke Perwira. Sebelum ini, dia pernah juga ditukarkan beberapa kali di pejabat2 yg berlainan dan dia tidak beberapa kisah sgt. Tetapi kali ini, dia berasa amat lain sekali. Saya hanya mampu terdiam. Kalaulah kuasa ditangan saya, mmg saya akan kekalkan mereka di kolej saya. Saya berikan dia kata2 semangat sedikit. Mungkin terlalu awal lagi dan mungkin dia masih tak boleh adapt dengan suasana baru. Saya ckp lagi, kalau boring2, bolehlah dtg ke Perwira bila waktu rehat. Kami berjanji akan terus berhubung dengannya. Baru dia tersenyum, lega katanya.
Bila saya kenang balik, saya rasa amat sedih sekali. Kehilangan 2 org staff yang amat bagus sekali. Tetapi bila difikirkan semula, mereka layak terima pertukaran ini. Mereka diiktiraf dari segi kerja dan komitmen yg diberikan. Apa pun, GOOD LUCK kepada kedua-dua staf saya, semoga anda berjaya dan terus berjaya.....

p/s : En. Izham & En. Fairuz telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang bagi Tahun 2008. Agaknya pasal dapat anugerah ini kot, mereka ditukarkan...