Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

3 rumah, 3 cerita..

Sepanjang saya kerja di UTHM ini, saya da berpindah sebanyak 3 kali. 3 rumah yg berbeza dan mempunyai cerita tersendiri.

Rumah pertama (KKP) Sept 2008- Okt 2011
Rumah ini jenis pangsapuri dan berada di tingkat 4, ianya mempunyai 5 bilik, 4 bilik air dan 1 stor. Untuk pengetahuan semua juga, hanya saya seorang sahaja yang mendiami blok tersebut selama 1 1/2 tahun sebelum pengetua saya berpindah masuk di tingkat 3. Mmg sgt besar, sampaikan boleh main bola ditengah-tengah rumah. Sahabat2 saya dari shah alam pernah bermalam di rumah saya ini. Pada awalnya saya duduk seorang diri, selang sebulan, ada seorg pembantu felo duduk bersama saya. Semasa saya duduk seorg, mmg agak menyeramkan kerana keluasan rumah tersebut dan banyak bilik yg kosong. Pernah sekali tu, pintu bilik dan pintu rumah saya cuba dibuka pada pukul 3 pagi sedangkan saya tahu hanya saya seorg sahaja ketika itu. Pernah la juga ada "org tumpang" duduk di kerusi hall saya, ketika itu saya hendak ke dapur. Bila dah terserempak, saya terus patah balik masuk bilik, tak jd saya nak minum air. Apabila pembantu felo, Dayah, mula tinggal dengan saya, rasa lega sedikit kerana ada teman tetapi kejap je. Kami berdua juga teruk dikacau. Pintu bilik diketuk, masa tidur kena tarik selimut, nama dipanggil, ada org nyanyi2, menangis tengah malam dan sebagainya.. sehingga kami mengambil keputusan untuk tidur diluar. Pernah juga guard yg jaga dipost bawah rumah saya, kata ada perempuan berdiri di hadapan pintu rumah saya. Jika kami pasang kaset ayat2 ruqyah or baca yassin, pasti malam tersebut akan menjadi-jadi gangguannya. Mmg seram.. saya duduk di sana selama 3 tahun kemudiannya saya berpindah ke rumah seterusnya setelah ditukarkan ke KKTF.

Rumah kedua (KKTSN) Okt 2011 - Jan 2012
Setelah ditukarkan ke KKTF, saya duduk sementara di rumah felo KKTSN. Blok tersebut merupakan blok lama yg wujud sejak zaman PLSP. Jd bayangkan la "org2" yg tinggal kat umah tu. Blok rumah tersebut hanya 2 tingkat dan hanya ada 8 buah rumah sahaja. Tetapi hanya 4 buah rumah sahaja yang dihuni. Kawasan sekitarnya dipenuhi dengan pokok ara, pokok pisang, mangga, nangka dan beberapa pokok besar lagi. Sejujurnya, saya suka kawasan rumah tersebut kerana sejuk dan redup, tetapi tidak pada waktu malam. Sgt menyeramkan. Rumah yg saya huni tu, ada 3 bilik dan 2 bilik air. Keadaan rumah tersebut sememangnya konsep rumah jepun yg lama, lantainya menggunakan "parquet" dan mmg mcm bau rumah yg da lama tinggal. Sepanjang saya duduk dirumah tersebut, saya tidak pernah tidur dibilik kerana mcm tak selesa dan rasa seperti diperhatikan. Rumah ni lagi horror.. bukan stakat pintu diketuk, tetapi barang dilemparkan, "dia" siap bole duduk di rak kasut, lalu lalang dihadapan saya. Kalau di dapur pula, bole nampak ke luar, selalu saya nampak perempuan sedang berdiri dibawah pokok nangka.. mungkin student, tetapi logik ka? pukul 2 pg time tu.. Ada beberapa malam yang saya tidak bole nak tido, bila subuh, terus siap2 ke tempat kerja. Pernah skali tu, mak busu saya dan anak2 dia dtg tido rumah saya. Saya sediakan satu bilik utk dia tidur dan saya temankan dia skali, anaknya baring sebelah saya. Dlm pkl 3.00 pg, anaknya mengejutkan saya dan suruh saya peluk dia, katanya dia takut, ada org tarik2 kakinya. Saya tenangkan dia, saya baca ayatul Kursi dan terus tutup mata. Tak sampai 5 minit, kaki saya pula yang ditariknya. Kalau suara org mengilai atau ketawa tu mmg da biasala saya dengar tengah2 malam. Selalunya saya akan tutup telinga je. Pernah skali saya terserempak dengan salah seorg isteri staf, jiran saya. Dia kata "Shila, aritu awak takde kan seminggu, saya nampak awak keluar dengan beg besar.." Saya pun mengiyakannya. Pastu dia kata lagi.." tp kat rumah awak mcm ada org, saya dengar org bercakap, gelak, tolak kerusi meja dan ketuk2 dinding..saya tau umah kat sini semuanya ada "penghuninya" yg tersendiri..Berani eh awak duk sorang2, takpe, kalau awak takut, lari je umah saya".. Saya sengih je bila puan tu ckp mcm tu..Dlm hati, hanya ALLAH swt je yg tahu.. hehe.. Saya duduk di rumah KKTSN ni selama 4  bulan sebelum dipindahkan ke rumah felo KKTF. 

Rumah ketiga (KKTF) Jan 2012 - till now
Ini rumah yang paling latest saya.. saya dah duduk sini hampir setahun. Masih duduk seorang diri lagi. Tetapi kekadang, mama dan ayah saya akan dtg temankan. Tp ayah suka takut2kan saya. hehe.. Alhamdulillah, rumah kali ini, rumah semi D, 2 biji je tengah2 padang yg lapang. haha.. ada 3 bilik, 3 bilik air, 1 stor.. Setakat ini, gangguan hanya datang dari luar sahaja.. bunyi org nangis, ketawa, mengilai, diri kat pokok blakang, cakar tingkap saya.. hanya berlaku diluar sahaja. Masih ok lagi.. Saya berharap hanya gangguan seperti itu sahaja yg saya kena dan saya masih boleh bertahan lg.. jgn la lebih2.. saya da tak tahu nak duk mana kalau asyik kena kacau ja.. 

Kekadang saya terpikir, adakah rumah2 ini ada "penghuninya" yg tersendiri or "dia" yg mengikut saya?..  Eee.. seram rasanya kalo dipikirkan.. Ntah la.. 

Thursday, October 22, 2009

Haruskah kami berhenti?......

Diam tak diam, sudah 9 tahun saya berpersatuan kan PERLU dan sekaligus mengenali En. Hisyam B. Che Mat aka Boss. Banyak benda yg saya sudah tempuhi bersama PERLU. Saya sempat kenal siapa yg tubuhkan PERLU, siapa yg buat logo PERLU dan sebagainya. Selepas Magnificent 9 terajui PERLU, mereka mula mengambil ahli baru. Nak tahu bagaimana caranya?...Sesiapa yg perform ketika final camp akan diperhatikan dan diteliti. Mereka di observed sebelum, ketika dan selepas final camp dijalankan. Pada zaman saya diploma, camp dijalankan selama 9 hari, selepas paper akhir final exam. Kemudian, nama yg terpilih akan dipanggil untuk TOT. Selepas TOT, jika kita terpilih untuk menjadi Instructor ke final camp semester berikutnya, kami akan diberikan aktiviti apa yg akan dijalankan dan kena present depan senior PERLU yg lain. Presentation merangkumi penerangan jelas tentang aktiviti, perancangan dan perjalanan aktiviti. Jika salah, kami akan ditegur dan jika ianya betul, mereka akan murnikan lagi dengan idea. Kami terima semuanya walaupun dimarah dan ditegur agak keras oleh mereka. Buku-buku rujukan sentiasa diberikan apabila diminta. Dengan En. Hisyam pun saya pernah pinjam buku rekreasi darinya. Kami tak malu dan segan kerana kami mahukan ilmu. Kelas En. Hisyam selalu kami ikut. Duduk dibelakang, tulis nota semula, bawa tali untuk refreshkan balik ikatan dan macam-macam lagi. Jika En. Hisyam maklumkan kelasnya di mana, kami pasti dtg membantu dan dalam masa yg sama, kami belajar semula. Kami tahu, ilmu-ilmu yg dipelajari ambil masa bertahun untuk betul-betul memahaminya dan cuba masterkannya. Bukannya hanya setakat lepas TOT dan ikut sekali je final camp.
Semasa kami belajar dulu, kami tidak pernah memakai t-shirt PERLU ke kelas. Jika aktiviti kelas yg melibatkan outdoor, kami ikut saja. Ada juga rakan sekelas yang lagi hebat dari kami, tetapi kami hormat dengan kemahiran mereka. Kita sama-sama belajar. Sebab itu, tidak pernah saya dengar org lain benci PERLU pada masa itu. Pensyarah-pensyarah yg 'berkenaan' pun tak kenal kami. Sampai satu ketika, mereka kutuk PERLU di dalam program yg kami ikut, walhalnya, ahli PERLU lah yg menjayakan program tersebut. Kami amalkan sikap low profile, mahu belajar dan dapatkan ilmu-ilmu baru. Pesan En. Hisyam selalu kami ingat, "Don't Be Jack Of All Trade, But Master Of None, Be Jack Of All Trade But Master Of One, Two Or Three Things".... "Jika Ilmu Yang Kamu Tahu Itu Sebesar Buku, Bermakna Sebesar Lautan Lagi Ilmu Yang Kamu Tidak Tahu"..Oleh itu, sentiasalah belajar belajar belajar...
PERLU bermula dengan tiada duit di dalam akaun. Kami cari lubuk-lubuk program untuk tambah duit PERLU. Duit yg diterima dari program, akan disumbangkan sedikit di dalam akaun PERLU. Nak bagi semangat sikit... Kami pernah ikut En. Hisyam buat survey di hutan-hutan lipur Melaka dan Johor. Tambah ilmu dan duit sikit-sikit. Kami pernah membantu PPT buat program untuk anak-anak staf PETRONAS seramai 700 org. Kami potong sedikit elaun kami untuk masukkan ke dalam akaun PERLU.
Saya pernah 'rehatkan' diri dari PERLU, tp saya kembali aktif balik setelah kerja di Shah Alam. Sehingga sekarang, saya masih aktif lagi. Alhamdulillah, setelah bertukar ke UTHM, makin senang nak bantu dan ikut program kerana polisi Universiti harus menolong Universiti yg lain jika perlu. Walaupun dah bergelar ALUMNI PERLU, tetapi tanggungjawab dan rasa terhutang budi dengan En. Hisyam masih menebal. Dia tak pernah lupakan kami. Jika 'jauh', dia akan dekatkan kembali. Kami para ALUMNI PERLU mmg rasa terhutang budi sangat dengan En. Hisyam. Rasanya tak terbalas segala ilmu dan doa yg diberikannya selama ini. Sebab itu jika En. Hisyam minta bantuan, kami segera datang. Kami tidak pernah meminta sebarang bayaran, hanya doakan kami agar berjaya di dalam hidup dan sentiasa ajar kami dengan ilmu-ilmunya. Alhamdulillah, berkat doa dan ilmu yg diberikan oleh En. Hisyam, kami semua berjaya di dalam career masing-masing. Kami membantu En. Hisyam kerana kami faham kekangan yg dihadapi oleh junior-junior PERLU. Tetapi, adakah anda faham dengan kekangan kami? Rasanya tidak..... Hubungan dengan super duper senior PERLU yang lain pun masih terjalin. Walaupun tidak bergiat aktif lagi, dah tak sehaluan lagi dan mempunyai komitmen masing-masing, kami tetap berhubung.
Tetapi sekarang, PERLU senarionya sudah lain.....macam-macam jadinya....Sampai ada yg sanggup cakap baik bubarkan saja PERLU ni.... Saya serta sahabat2 lihat dan rasa betapa payahnya nak bina, kukuhkan PERLU. Senang-senang saja mereka cakap mahu bubarkan PERLU.... Sedih..mmg sedih. Anda tak layak cakap begitu... Takpa, saya berharap sangat MT yg baru ini, akan buat pembaharuan terhadap PERLU, belajar menerima dan memberi, belajar bertanya, dan belajar belajar belajar....
Cuma dalam keadaan sekarang, haruskah kami ALUMNI-ALUMNI PERLU ini berhenti membantu?....MUNGKIN TIDAK....kerana kami semua telah berjanji dengan diri kami sendiri ketika kami masuk PERLU dulu. Selagi daya dan kudrat kami mampu untuk membantu En. Hisyam dan PERLU, kami TIDAK AKAN BERHENTI......
PERLU AKAN DITERUSKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 29, 2009

Raya Raya Raya 2009


Alhamdulillah, kita masih di bulan Syawal yg mulia ini. Rasanya masih banyak lagi rumah saudara-mara yg masih belum sempat dikunjungi. Rumah saya, dari raya pertama sehinggalah org mula bekerja, asyik dikunjungi oleh saudara mara. Ada yg datang dari Kuala Lumpur, Segamat dan juga dari Kota Singa, Singapura. Seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita. Seperti kata En. Din, setiap tetamu itu adalah rahmat dan rezeki. Saya juga masih menunggu kunjungan sahabat2 blogger yg lain. Jika sahabat2 saya ada berkunjung ke Johor Bahru, singgahlah ke rumah....heheh

Friday, September 18, 2009

28 tahun...

Hari ini, umur saya genap 28 tahun. Alhamdulillah, ALLAH swt masih sayangkan saya. Beri saya setahun lagi untuk bernafas...syukur..syukur. Ini merupakan kali kedua birthday saya jatuh pada bulan Ramadhan. Dalam 28 tahun hidup saya, apa yang telah saya lalui? Sepanjang hidup ini, saya berpeluang mengembara ke sana sini, mempunyai keluarga yang memahami dan menyayangi saya, guru-guru yang hebat, sahabat-sahabat dunia akhirat dan kerja yang bagus setakat ini. Mungkin jodoh je la yang masih samar2..heehheh. Tapi saya mmg bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. There's a few things in my life that I regret but i used it as my path to step forward and never looked back. Birthday wish saya cuma, saya berharap saya akan menjadi orang yang lebih baik, anak yang solehah, mempunyai lebih ramai rakan dan dapat mempelajari lebih banyak ilmu. So far, what I can say is, for the past 28 years, my life is great and totally awesome.
Ya ALLAH, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, adik beradik ku, aku, guru-guru ku, sahabat-sahabat ku dan saudara mara ku. Kau tempatkanlah kami disyurga Mu yang indah. Jauhkanlah kami semua dari segala malapetaka dan bencana. Kau berkatilah segala rezeki, ilmu dan akal fikiran yang telah dan akan Kau berikan kepada kami. Kau peliharalah kesihatan, keselamatan dan jodoh kami. Ya ALLAH Ya Tuhan ku, Kau perkenankanlah doa kami ini...

Wednesday, September 16, 2009

Berbuka dengan Wegreentheearth


Hari ini, saya berbuka dengan Mus @ wegreentheearth. Kebetulan, dia berada di Semerah, Batu Pahat untuk pulang bercuti raya. Semalam, staff saya, Fariz, menyampaikan salam yg dikirim oleh Mus. Mereka terserempak di bazar. Fariz tinggal di kampung berdekatan dengan rumah Mus. Apa lagi, saya terus call Mus dan set up masa untuk berbuka sama. Mus dtg ke ofis saya dalam pukul 4.15 ptg dan lepak di sana sekejap bersama staff saya. Staff di ofis saya kebanyakkannya kenal dengan Mus. Ini kerana, semasa bekerja dengan Teamtact, Mus pernah handle program dari kolej saya. Kami berbuka di Batu Pahat Mall. Banyak yg kami bualkan kerana lama dah tak jumpa. Seronok rasanya bila dapat berjumpa dengan sahabat kita...

Breakfasting Ceremony : Tighten The Bond





Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Ramai org berlumba-lumba nak buat majlis buka puasa. Sana sini ada jemputan. Pilih saja mana satu yg kita nak pergi. Makanan jangan cakaplah, berlambak-lambak dengan bermacam-macam menu. Pada Ramadhan kali ini, saya sempat jugalah pergi ke beberapa majlis yg dijemput. Ada juga dijemput, tetapi saya tak pergi. Mana la larat kalau nak pergi hari-hari. Menu yg dihidangkan pun agak sama. Biasalah kalau di Batu Pahat ni, nasi beriyani dan sate mmg makanan wajib. Muak juga kalau makan benda yang sama hari2.
Pada minggu lepas, saya berkesempatan mengikuti 3 majlis berbuka puasa. Pada hari khamis 10 September 2009, majlis berbuka Kolej Kediaman bersama Dato' NC dan pegawai-pegawai kanan universiti. Ramai juga student yg turun nak dekat dalam 1000 org. Menunya pula lauk pauk kampung. Mmg selera la semua yg hadir. Syukur Alhamdulillah kerana majlis tersebut berjalan dengan baik.
Pada keesokkan harinya pula, Jumaat 11 September 2009, saya dan semua staff saya berbuka di Danga Bay. Majlis ni hanya untuk kami2 sahaja. Lepas habis kerja pukul 4.30 ptg, kami terus rushing ke J.B. Kami hijacked van kolej kediaman. Hahahahha. Kami berbuka di Buffet Ramadhan Terpanjang dari LC Catering. Tp sebenarnya tak panjang pun. Pilihan makanan pun tak banyak, tp alhamdulillah, kenyang. Lepas dari berbuka, kami terus gerak ke Jusco Bukit Indah. Saja window shopping sambil lihat2 apa barang yg boleh dibeli nanti. Selepas itu, staff saya singgah di kedai makan ayah untuk minum2 dan makan ringan2 skit. Diaorg gerak balik ke Batu Pahat lepas pukul 12.00 tgh malam. Saya pula, stay, kerana keesokkannya saya nak bertolak ke Shah Alam.
Pada hari Sabtu 12 September 2009, saya gerak ke Shah Alam pada awal pagi. Hati saya dah berbunga-bunga sejak minggu lalu. Tak sabar rasanya. Ini kerana Teamtact jemput saya ke majlis buka puasa mereka. Mmg saya tunggu peluang ini. Pasal masa majlis berbuka PERLU a.k.a majlis birthday Boss, saya tak dapat hadir kerana kekangan kerja. Mmg frust. Bukan apa, masa inilah saja yg kita boleh jumpa rakan2, tanya khabar berita dan lain-lain. Sampai saja di Shah Alam, saya terus ke ofis Teamtact. Lepak dkt sana sekejap, tolong arrange skit2 kemudian gerak ke rumah Dilla untuk bersiap. Pada majlis tersebut, menu yg disediakan amat menyelerakan. Ayam masak merah, daging masak hitam, kuah dalca, pecuk darat, nasi kerabu dan berbagai kuih serta puding. Tp yg penting, dapat jumpa sahabat2 dan guru2 saya. Piyun, Boy, Abe, Yasir, Yus, Anis, Atiq, Angah, Dilla, Lenny, Bro PPT, Kak Nurul, Kak Ina, just to name a few. En. Hisyam dan Doc Anuar serta isteri pun sanggup luangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut. Memang meriah bila sekali sekala dapat berkumpul.
Apa yang saya dapat lihat di sini, majlis seperti ini mmg dapat mengikat tali persahabatan dan persaudaraan. Bila berkumpul, mcm2 cerita yg keluar, khabar berita dan sebagainya. Persahabatan akan menjadi lagi kuat dan kita akan lebih menghargai setiap minit bila kita bersama sahabat2 kita.

Monday, September 14, 2009

Sahsiah atau Salahsiah?

Salah siapa kalau individu atau pelajar itu biadap dengan org lain? Tak kira la dengan pensyarah, pentadbir atau yg lain-lain... Salah siapa? Baru-baru ini, pengetua saya diherdik oleh seorang pelajar. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 3 lebih pagi. Ketika itu, pengetua saya membuat rondaan disekitar cafe di kolej saya. Sedang dia meronda-ronda, dia bertanya kepada beberapa pelajar ttg apa pendapat mereka mengenai cafe, makanan dan harga. Tetiba, dia di approach oleh seorang student lelaki dan pelajar tersebut menanyakan kenapa mereka dilarang keluar bersahur diluar kolej. Pengetua saya menjawab yg kan lebih baik bersahur di cafe sahaja dari bersahur di luar kerana khuatirkan keselamatan dan semestinya jika ada apa2 yg berlaku ke atas pelajar, pengetua yg akan bertanggungjawab. Pelajar tersebut rasa sgt tidak puas hati dan mula menyoalkan pelbagai hal. Suaranya pun sudah mulai tinggi dan melawan kata2 pengetua saya. (Untuk makluman, pengetua saya seorang perempuan dan kebetulan pula pensyarah fakulti pelajar tersebut.) Banyak benda yg diluar topik yg dipersoalkan oleh pelajar tersebut. Setelah dibalas dan ditepis oleh pengetua saya, pelajar tersebut terdiam dan berlalu pergi tanpa meminta maaf kepadanya. Keesokkan harinya, ada dengar desas-desus pelajar2 ingin buat memoramdum kepada pengetua saya kerana tidak berpuas hati dengan insiden malam tersebut.
Senario begini adalah perkara biasa yang selalu diamalkan di sini. Segelintir pelajar berkelakuan biadap apabila berhadapan dengan pensyarah atau berurusan dikaunter pejabat. Apabila ada benda yg tidak memuaskan hati mereka, pasti mereka akan mengugut untuk membuat memorandum, SACAD dan sebagainya. Silap siapa sebenarnya atau di manakah silapnya? Terus terang saya katakan, peraturan yg dibuat oleh universiti ini, tersangat longgar. Pelajar boleh berlengan pendek ke kelas, berambut panjang, kaler rambut tu jgn ceritalah, berlambak...dan banyak lagi. Saya pelik, pensyarah tak tegur ke? Rupa-rupanya, ada segelintir pensyarah yg buat tidak tahu saja dengan apa yg terjadi. Mereka tidak pernah menegur atau membuat tindakan keatas pelajar2 tersebut. Rasa hormat pelajar2 kepada pensyarah2 juga kurang. Pensyarah2 mcm dibuat main2 saja. Sebab tu pelajar naik lemak, buat sesuka hati mereka. Hmmmm..kalau nak diluahkan apa yg tidak baik, berjela-jelalah panjangnya. Tetapi ada juga yg baik dan mengikut peraturan.
Sepatutnya, pelajar2 ini harus belajar beradab sejak dari rumah dan dipraktikkan sepanjang mereka hidup. Di peringkat sekolah dan universitilah mereka harus praktikkan budi bahasa dan adab. Bila dah keluar bekerja nanti, tidaklah janggal dan boleh diterima oleh orang lain. Jgnlah pula kita nak marah jika org lain tidak menghormati kita, pasal kita pun tidak beradab ketika di universiti dulu. Lagi satu, bila kita susah nak dpt kerja, cari di sana sini, tapi tidak diterima, cuba ingat balik, mungkin kita kurang ajar dengan guru kita semasa belajar. Sebab itu ilmu yg dapat tidak mendapat berkat dan tidak didoakan oleh guru kita. Pesanan kepada para pelajar, beradablah sikit bila berurusan dengan orang, hormatlah guru2 kita dan banyaklah berkawan dengan orang. Anda masih belajar lagi, banyak benda yang kita tak tahu lagi. Dunia diluar amat luas untuk diterokai dan banyak benda yg perlu ditempuhi. Buka sikit minda anda. Kita boleh suarakan apa sahaja yg kita rasa, tetapi biarlah disaluran yg betul dan gunakanlah kepandaian kita untuk bercakap. Jangan ikut suka je....

Friday, September 11, 2009

Majlis Berbuka Kolej Kediaman Perwira

Pada petang semalam, satu majlis berbuka puasa peringkat Kolej Kediaman telah diadakan di kolej saya. Alhamdulillah, semuanya selamat dan telah berjalan dengan lancar. Mmg tradisi setiap tahun, apabila tiba bulan Ramadhan, pasti ada majlis buka puasa untuk setiap kolej kediaman. Bajet yg diberikan adalah untuk semua penghuni kolej kediaman, tidak mengira bangsa. Jumlah pelajar di kolej saya pula seramai 2000 org. Pelajar yg hadir unuk berbuka duduk bersila diatas tikar dan mereka semua makan di dalam dulang. Bagi org Johor, makan di dalam dulang sememangnya perkara biasa dan selalu dilakukan ketika kenduri. Menu yg menjadi hidangan kepada pelajar pada kali ini ialah kuah labu dan kacang panjang masak lemak, ayam masak kicap, timun, sambal belacan, ikan kering bulu ayam dan serunding. Manakala karipap, pisang dan kurma pula dijadikan sebagai pembuka selera.
Antara tetamu yg datang pula ialah Dato' Naib Canselor, TNC Hepa, Pengetua2 kolej kediaman, pegawai2 kanan Universiti, dan felo2 kolej kediaman Perwira. Saya bersyukur kerana telah berjaya melaksanakan majlis tersebut. Staf2 saya sememangnya banyak membantu sepanjang proses pelaksanaannya. Masa yg diberikan kepada kami pula tidak sampai seminggu dan banyak yg perlu dibuat. Tetapi, Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan amat baik sekali. Terima kasih sekali lagi kepada staf2 saya dan semua individu yg banyak membantu sebelum, sepanjang dan selepas majlis dijalankan.

Tuesday, September 8, 2009

Monday, September 7, 2009

Lantai 16, Flat Larkin..

Semasa saya berumur 6 hingga 8 tahun, saya dan keluarga tinggal di Flat Larkin, JB. Kami tinggal di rumah bernombor 278, Blok A, di tingkat 16, tingkat yg paling atas. Flat itu mempunyai 2 bilik dan memadai untuk keluarga saya pada masa itu. Kami hanya 2 beradik saja pada masa itu dan saya berkongsi bilik dengannya. Saya suka duduk rumah tersebut walaupun ianya kecil dan sangat tinggi. Banyak 'benda' yang saya dapat lihat sepanjang saya duduk di rumah tersebut. Walaupun rumah tersebut mempunyai 2 bilik, tetapi saya dan adik kerap tidur dibilik ayah dan mama. Ini kerana, bilik saya 'panas', tidak boleh tidur di dalamnya. Saya kerap mengadu kepada mama saya, saya nampak ada orang masuk bilik pada waktu malam, saya ingatkan ayah, tetapi bila mata dibuka, ianya 'orang lain', bukan ayah ataupun mama, kadang2 dia 'hilang' mcm tu saja. Orangnya tinggi, tangan dan jarinya panjang dan kepalanya botak. Kadang2, saya nampak 'perempuan' berdiri dibelakang pintu bilik saya. Mama hanya diam saja. Perkara itu diadukan kepada ayah saya. Untuk elakkan saya dan adik jadi penakut, ayah cuba tidur satu malam dibilik saya. Pada malam tersebut, ayah 'nampak' semuanya. Apa yg saya ceritakan pada mama, semuanya ayah nampak. Keesokan harinya, ayah pindahkan katil kami ke dalam biliknya. Ayah kata takpa, jgn takut, nanti ayah halau 'dia'. Solat, bacaan Yaasin, semua sudah dibuat tetapi 'dia' tetap di dalam bilik saya. Akhirnya, bilik tersebut jd bilik permainan dan stor.
Berhadapan dengan blok saya pula, ada padang sekolah. Padang sekolah tersebut kepunyaan Sek. Men. Lelaki St. Joseph. Berbagai aktiviti yg dilakukan dipadang tersebut. Setiap kali apabila tiba akhir tahun, sekolah tersebut akan menganjurkan 'Camp fire' dipadang sekolahnya. Saya, didi dan ayah akan menjengok dari atas. Seronok bila mendengar lagu2 yg dinyanyikan. Bermacam-macam jenis dan rentak. Tetapi, jika tiada apa2 aktiviti yg dilakukan, padang tersebut sgt gelap dan sunyi. Kadang2 di waktu tengahmalam, kami dengar suara budak2 bermain dipadang tersebut. Ada juga kami nampak perempuan berdiri ditengah padang pada waktu malam. Ketika emak saya masih dalam pantang selepas melahirkan Tasha, kami pernah mendengar suara perempuan menangis di ampaian baju. Tempat ampaian baju betul2 bersebelahan dengan bilik mama saya. Apabila kami jengah, kami lihat ada 'perempuan' sedang bertenggek di ampaian tersebut sambil menangis.
Mmg banyak pengalaman saya semasa tinggal dirumah tersebut. Kami pernah lihat org bunuh diri di blok bersebelahan, ayah saya pernah memujuk seorang wanita daripada membunuh diri. Akhirnya dia tak jadi nak terjun. Dia turun ke bawah blok dan terus menaiki teksi. Tak tahula pulak kalau dia pergi cari tempat lain untuk terjun. Heheheh. Mama saya pernah nampak org buang bayi ditepi hutan berhadapan dengan padang sekolah. Kes tersebut masuk dalam paper ketika itu. Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan dan risaukan keselamatan mama saya, ayah saya mengambil keputusan untuk berpindah dan akhirnya ayah jual rumah tersebut. Kami hanya sempat duduk dirumah tersebut selama 2 tahun sahaja.
Tapi sekarang, kawasan flat tersebut sudah banyak berubah. Kalau dahulunya ia penuh dengan hutan, sekarang sudah ada Terminal Bas Larkin, Plaza Larkin, Hotel Sri Malaysia dan banyak lagi. Sekolah St. Joseph tersebut juga sudah ditutup. Manakala rumah saya pula, sampai sekarang, masih kosong. Dengar cerita, selepas ayah jual rumah tersebut, ada org beli dan sewakan kpd org lain. Penyewa asyik bertukar ganti. Tiada yg kekal lama. Tak pastilah kami pula jika 'orang' yang duduk di dalam rumah itu, mahu 'kekal' selama-lamanya di sana.

Thursday, September 3, 2009

Setahun dengan pelbagai dugaan

Tak sangka saya, hari ini 3 September 2009, genaplah setahun saya kerja di UTHM. Saya mula bertugas di UTHM sejak 3 September 2008. Sepanjang satu tahun saya di sini, berbagai cabaran, dugaan dan pengalaman yang saya dapat. Mmg banyak rintangan yang saya hadapi. Saya seperti buat aktiviti Survival, tetapi lokasinya berlainan. Bukannya dihutan, tetapi di pekan kecil (Parit Raja). Saya pernah give up dan rasa mcm nak balik semula ke MSN. Saya selalu bercerita dengan Yasir, Mus, Shawn, PPT dan Che Sue. Merekalah pendengar setia saya. Hehehe. Tp bila difikirkan balik, ianya harus dijadikan sebagai cabaran dan bukannya halangan. Jadi, saya kekal di sana. Selepas melalui beberapa fasa, i started to develop a leather skin, thick skin or whatever u want to called it. Saya mula belajar defend diri saya, defend staff dan tegakkan isu yg mmg sepatutnya diketengahkan. Saya mahukan perubahan. Ini kerana sistem yg diamalkan selama ini adalah sgt lemah dan sudah dipraktikkan bertahun-tahun. Saya mempunyai barisan staff yg kuat dan berpengalaman tetapi tidak pernah diberi peluang untuk mengutarakan pendapat. Kolej saya juga dipandang rendah oleh kolej2 yg lain. Bias, pilih bulu, pilih kasih, berat sebelah dan kipas mengipas menjadi amalan kerja. Tp semua tanggapan, saya ketepikan. Saya cuba ubah dan buat yang terbaik. Dugaan paling besar saya ialah bila saya dituduh menyalah gunakan van kolej kediaman, tidak layak duduk di kolej kediaman dan hanya layak duduk di pusat sukan, just to name a few.... But luckily for me, i still stand till now n i corrected all the incorrected things bout me.
Alhamdulillah, sebagai balasan dan bukti saya dan staff saya buat perubahan dikolej kami, keputusan Audit Kualiti Dalaman 2009 : Tiada NCR. Kolej saya sudah 2 tahun berturut-turut dikenakan NCR kerana sistem fail dan pentadbiran yang lemah. Malah juruaudit juga mengatakan bahawa sistem pentadbiran kolej saya sudah banyak berubah dan banyak peningkatan yg baik. Saya dan staff saya mmg bersyukur dan merasa amat puas hati. Akan tetapi yang menyedihkan bila ketua saya kata, "U tak kena NCR? Tak buat keje ke?.... La, bukan ke bila tak kena NCR tu, maknanya kita telah menjalankan tugas dengan sebaiknya. Pelikkan? That's why, when u asked a clown to run the department, u will get a circus as a result. I scraped all the stupid works n mistake that u have been done for all this time and this is what i get?..huh.. nevermind, ALLAH swt knows all the things that i do n i wish u all the best...
Bak kata En. Hisyam, TAKPA...biarlah org nak kata dan buat apa, yg penting kita jalankan tugas kita. Ada hikmahnya saya dapat kerja disini. Mungkin rezeki saya sudah ditetapkan disini dan mungkin ia akan menjadikan saya lebih tabah dan kuat menghadapi sebarang dugaan dan cabaran. Saya berdoa agar saya diberikan kekuatan untuk meneruskan kerja saya disini. Terima kasih juga kepada mama n ayah, sahabat2 dan guru2 yang banyak memberi sokongan kepada saya.

Wednesday, August 26, 2009

Saya Doakan Awak.....

Semasa saya bekerja di MSN dahulu, saya pernah mengikuti satu kursus motivasi ketika di bulan puasa. Ia adalah kursus pertama saya ketika mula-mula bertugas di MSN. Segmen-segmen di dalam kursus motivasi tersebut amat menarik. Ia dikendalikan oleh sekumpulan pakar motivasi dan mereka merupakan bekas graduan dari UPM. Masing-masing mempunyai Phd di dalam bidang yg berkaitan. Antara segmen yg menarik minat saya ialah segmen 'I don't know u, but i'll..'. Di dalam segmen ini, kami digandingkan dengan orang yg kami mmg tidak kenal. Pasangan saya ialah Anuar. Beliau adalah pegawai dari MSN Perak. Saya mmg tidak mengenalinya dan beliau juga tidak mengenali saya. Task kami ialah, didalam masa 10 minit, kami perlu senaraikan seberapa banyak doa untuk pasangan kita. Contohnya, saya doakan awak panjang umur, murah rezeki, dan lain-lain. Walaupun tidak mengenali dia, saya tetap mendoakan supaya dia panjang umur, murah rezeki dan seterusnya. Saya berjaya menyenaraikan sebanyak 20 doa untuk dia. Tetapi si Anuar ni, dia mcm terkebil-kebil nak doakan saya apa. Saya lihat kertasnya, dia hanya doakan saya sebanyak 5 perkara sahaja. Saya hanya sengih sahaja. Apabila masa yg diberikan sudah tamat, kami disuruh pula berpandangan dan membacakan apa yg kita doakan untuk kawan kita. Apabila tiba di group kami, Anuar pun membacakan doanya kepada saya. Doa dia ialah semoga panjang umur, murah rezeki, cepat jodoh, kesihatan terjaga dan selamat sepanjang hidup. Tiba part saya pula, saya doakan dia berjaya di dalam hidup, dipelihara kesihatannya, semoga jd anak yg soleh, dpt isteri solehah, dan seterusnya. Ye la, 20 doa untuk dia. Kemudian, perkara yg tidak disangka terjadi. Si Anuar ni, tunduk sambil mengalirkan air mata. Saya pun terperanjat juga. Apabila penceramah tanya kenapa dia menangis, dia kata dia terharu kerana saya tidak mengenali beliau tetapi mendoakanya dengan perkara yg baik-baik. Dia hanya dapat menyenaraikan 5 doa sahaja kepada saya. Di akhir segmen tersebut, penceramah pun mengulas tentang aktiviti yg telah kami lakukan td. Kata beliau, selain ibu bapa dan sahabat kita, kita juga boleh mendoakan org lain walaupun kita tidak kenal mereka. Kadang-kadang org yg kita kenal pun kita tidak mendoakan perkara yg baik-baik mengenai mereka. Katanya lagi, ALLAH pasti makbulkan doa kita samaada cepat atau lambat. God never forget, but we are. Yang lebih menarik lagi, penceramah tersebut bukannya Muslim....


Ya ALLAH ya Tuhan ku, kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, aku, adik-adikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan saudara-saudara ku. Kau peliharakan lah rezeki, umur, kesejahteraan, jodoh, kesihatan dan keselamatan mereka. Jauhkanlah kami dari segala azab siksa kubur serta malapetaka dan bencana. Kau masukkanlah kami semua ke syurga Mu yg indah. Ya ALLAH ya tuhanku, terimalah doa kami ini sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. Amin....

Tuesday, March 24, 2009

Mana yang lebih baik? Fikir2 kan lah....

Alhamdulillah, selesai sudah Final Camp di Latta Charok, Janda Baik 13-20 Mac 2009 yang lalu. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar. Terima kasih kepada En. Hisyam B. Che Mat kerana masih memberi peluang kepada para Alumni Perlu untuk sama2 membantu aktiviti yg dijalankan. Walaupun kami dah jd Alumni, tetapi nasihat, sokongan dan tunjuk ajar, sentiasa diberikan demi untuk kebaikan kami dan hasilnya, kami para Alumni sentiasa bersatu di dalam apa jua keadaan. Terima kasih boss.. Tak lupa juga kepada ahli Perlu yg On and Off ketika kem berlangsung. Walaupun ada kelas, tetapi bila ada kelapangan, pasti terus ke Janda Baik untuk menolong. Diharap dapat mengekalkan attitude ini setelah menjadi Alumni seperti kami. Terima kasih juga kepada Che Sue, Che Din dan Miss Azlina yg datang singgah walaupun sibuk dengan tugasan masing2. Diharap para peserta yg mengikuti kem kali ini dapat memahami tindakan, tunjuk ajar dan pengajaran yg diberikan. Janganlah jadikan kem ini sebagai satu mimpi buruk, sebaliknya, jadikanlah ia sebagai kenangan yg tidak dapat dilupakan dan dibeli di mana-mana.
Sepanjang saya ikut Final Camp sejak tahun 2001, pendekatan yg diberikan oleh En. Hisyam, tidak pernah berubah dan mmg betul2 berkesan kepada peserta. Peserta yg berfikiran positif ataupun tidak, pasti akan terasa 'penangannya'. Aspek Safety dan elemen spritual pasti diterapkan oleh En. Hisyam dan outcomenya mmg terasa. Pernah sekali, En. Hisyam hampir tidak dapat handle program di atas sebab2 tertentu, final camp tersebut jadi kelam kabut dan haru biru. Saya taknak ckp final camp yg mana, pasal saya ada disitu dan mengalaminya sekali. Lately ni, saya terbaca blog seseorg dan dia komen dan membandingkan final camp yg dianjurkan oleh En. Hisyam. Saya jd marah dan muak. Ini kerana saya rasa, org tersebut tidak layak bercakap pasal benda tersebut. Dia baru setahun jagung ikut final camp tp sudah pandai membandingkan final camp mana yg 'user friendly' la, keras la, panas la...Saya mmg betul2 panas hati. Dia tak kenal individu tu siapa yg sebenarnya. Ingat, ilmu tu datang dari mana, kalau anda dari acuan yg lain, jgn komen pasal final camp En. Hisyam. Saya minta maaf kalau topik kali ini, saya agak emosi dan lepas ckp, tp saya rasa individu tu bercakap benda yang salah dan membandingkan benda yg tak patut. Saya nak ingatkan pada semua, akibat dari komen mcm ni lah yg menbuatkan individu yg tak tau apa2 pasal final camp, boleh simply ckp bukan2 pasal final camp. Final camp untuk dibuli la, ragging la, nightmare la..mcm2 lagi la. Kutuk guru dan org sampai sekarang. Dah berkerjaya tp perangai masih lagi teruk. Mungkin ilmu tu tak diberkati kot?, sebab tu 'panas' je. Ikut final camp dan kenal En. Hisyam...baru anda tahu konsep final camp yang sebenarnya. Nak saya cerita ke apa yg jd di Tioman (hasil buah tangan peserta ) dan Tasik Banding (hasil buah tangan *********) ? Tak payah la...kan final camp lain tu lebih baik dari Final camp yg sedia ada..'kurang panas dan keras'. Kalau rasa tak puas hati dengan apa yg saya postkan...takpa, boleh komen...saya terima.. saya pun bukannya bagus sangat dan masih lagi belajar dan tercari-cari...
Bak Motto Alumni:
'WHEN WE STOP LEARNING, WE STOP LEADING'

Tuesday, August 5, 2008

berpantang maut sebelum ajal

Sepanjang penglibatan saya di dalam bidang rekreasi dan Perlu, saya pernah terlibat di dalam situasi yg hampir2 meragut nyawa saya. 2 kejadian ini akan saya ingat sampai bila2 kerana ianya disebabkan oleh keceluparan kata2 dan perbuatan orang lain tetapi orang yang tidak bersalah yang menanggung akibatnya...

Kejadian pertama
Tioman Quest 2001 adalah final camp pertama saya. Saya ditugaskan untuk membuat aktiviti 'Survival'. Peserta survival masuk ke dalam hutan pd pukul 11.30 pg dan sebelum mereka masuk untuk menjalankan aktiviti, perjalanan mereka diiringi cuaca gelap dan 'Kuda Putih' yang kelihatan di tengah laut. Saya berdoa agar semuanya berjalan lancar kerana keselamatan mereka terletak di tangan para instruktur. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pada sebelah malamnya, saya, En. Hisyam, Abg Pojie, Abg Wan, Puteri dan seorg jurukamera yg saya tak ingat namanya kerana dialah punca segalanya (selepas ini akan disebut B), masuk ke dalam hutan untuk menuju ke semua survival spot. Tujuan kami adalah untuk memeriksa keadaan peserta dan nyalaan api di setiap spot. Apabila masuk ke spot yang keenam, En. Hisyam mengarahkan saya, Puteri dan 'B' untuk menunggu di bawah sementara mereka memeriksa spot group As'ad. Kami akur. Nak dijadikan cerita, si 'B' ni ckp dgn saya yg dia tak tahan panaslah, nyamuk lah, penatlah, bosanlah dan bertegas mahu balik ke khemah pusat. Tugas si 'B' adalah untuk mengambil gambar, sememangnya dia patut berada di situ setiap masa. Tetapi 'B' keep on insisting nak balik ke khemah pusat. Saya d Puteri hanya mendiamkan diri. Si 'B' berjumpa dengan En. Hisyam dan beliau kata ok cuma kalau nak berpatah balik, jumpa di 'meeting spot' iaitu di depan 'rumah tinggal'. Saya merasa amat bengang dengan si 'B' ni kerana sepanjang perjalanan balik ke khemah pusat, dia asyik membebel dan asyik merungut pasal panas dan nyamuk. Dia juga sibuk menunjukkan arah untuk ke kem. Padahal, dia tak tahu pun trek yang mana yg patut dia ikut. Saya dan Puteri hanya mendiamkan diri dan panas hati sepanjang perjalanan. Tiba2...saya dan Puteri matikan langkah kerana terdengar bunyi air laut masuk dan menghempas batu. Kami berdua mengucap panjang kerana jika kami bergerak satu langkah lagi kehadapan...pasti kami akan jatuh masuk ke dalam gaung. Si 'B' juga tersentak dan terdiam. Kami sesat... Saya toleh ke arah 'B' dan terus ckp "Awak puas hati sekarang? Kita dah sesat"... Saya dan Puteri mencari jalan keluar tetapi hampa...Selepas membaca Ayatul Kursi beberapa kali, kami jumpa trek asal dan berpatah balik ke meeting spot. Sepanjang perjalanan, si 'B' hanya mendiamkan diri, tidak merungut tentang panas dan nyamuk. Dia meminta maaf kepada kami dan kami memaafkan dia. Puteri ckp dkt saya, "Shila, kalo satu step je tadi, kita mesti jatuh ke dalam gaung td kan...matilah kita dua"... saya mengiakan.

Kejadian kedua

Banding Nature Camp adalah final camp kedua saya. Final camp tersebut berlansung di Tasik Banding @ Lembah Di Raja Belum. Sepanjang camp, tiada apa yang berlaku tetapi ia terjadi ketika perjalanan pulang. Ketika balik, separuh instruktur dan pensyarah menaiki speed boat manakala separuh lagi menaiki house boat bersama peserta. Saya, En. Hisyam, Kak Liza, Doc Anuar, Kak Shilawati, Che Su menaiki satu speed boat. Cuaca ketika itu biasa saja, panas tetapi sedikit mendung. Setelah melawat kg. pak long, kami meneruskan perjalanan pulang. Ada 2 lagi speed boat di belakang kami. Sepanjang perjalanan pulang, kami perasan yg boatman kami agak berlagak dan show off skill dia dgn speedboat yang lain. Kami hanya memandang satu sama lain. Speedboat kami amat laju dan ianya agak mengerunkan juga. 'B.A' milik boat yang dipakai oleh kami juga tidak beberapa elok. Tiba2, hujan turun dengan lebat sekali dan kami tidak nampak laluan dihadapan. Hujan terlalu lebat dan apa yang kami nampak hanya putih sahaja. Boat kami hampir terlanggar tunggul kayu dan hampir terbalik. Saya dan Kak Shilawati duduk dihadapan sekali. Kami berdua dah nangis dah pada ketika itu kerana amat takut. Mulut ni tak henti2 membaca Ayatul Kursi dan berdoa agar Allah s.w.t menyelamatkan kami. Pada masa itu, Kak Liza sedang hamilkan Kamilia. En. Hisyam menepuk belakang saya dan meminta saya membaca Ayatul Kursi berkali kali. En. Hisyam hampir melaungkan azan dan dengan tiba2, hujan di hadapan kami mula reda dan kami nampak jeti Tasik Banding....Allah s.w.t masih sayangkan kami dan mengasihani Kak Liza yg sedang mengandung pada tika itu. Tika sampai di jeti, kami hanya mendiamkan diri dan berpandangan antara satu sama yg lain. Air mata saya dan kak Shilawati masih meleleh dan kami masih lagi di dalam ketakutan. Baju dibadan, jgn ckplah...habis lencun...

Pada sebelah petangnya, En. Hisyam berjumpa dengan saya dan menanyakan tentang kejadian td. Inilah antara penyebabnya....Sepanjang final camp berlangsung, ada satu aktiviti menjerat burung yg dilakukan oleh ***********. Burung ini dijerat untuk tujuan pendidikan. Tetapi kebanyakkannya mati kerana kurang air, makanan dan lewat dilepaskan. Jumlah semua burung yg mati adalah 24 ekor....jumlah instruktur & pensyarah yg menaiki 3 speedboat tadi ialah 24 org................

Apa yang saya tekankan di sini ialah, kepada semua pengemar rekreasi, jurulatih dan peserta, jagalah adab anda dengan alam. Alam ini milik ALLAH s.w.t dan kita berkongsi alam ini dengan makhluk yg lain. Kita akan selalu terdedah dengan bahaya apabila kita menggiatkan diri di dalam bidang rekreasi ini, tetapi ia boleh dielakkan dengan cara jaga adab, tutur kata dan hormat kepada alam. Walaupun 2 kejadian ini hampir meragut nyawa saya dan rakan2, namun ianya tetap tidak mematikan semangat saya untuk terus berekreasi.


Determination

'There is no trying, only doing or not doing it'



Monday, August 4, 2008

caught on camera


Pernahkah anda ambil gambar, kemudian, setelah dicuci, imej lain yg keluar di dalam foto anda? saya pernah kena sekali. Masa tu kami ada program di Kg. Bantal, Kuala Tahan. Gambar yg diambil, semuanya ok, tetapi bila diteliti, ada objek lain yg timbul di belakang kami. Gambar itu diambil ketika di dalam bot panjang menuju ke Kg. Bantal. Imej itu juga dirakam pada siang hari dan masih ada di dalam simpanan saya. Saya pernah menunjukkan gambar tersebut kpd PPT dan En. Hisyam. Akan saya post gambar tersebut dilain masa.


Pada hari Rabu, 30 julai 08 yg lalu, saya tertarik dgn 1 artikel di dalam akhbar Harian Metro. Tajuknya "Imej berwajah reput dirakam di resort". Dalam artikel itu menyebut, ada seorang peserta konvoi ni, berhenti rehat disebuah resort di Kuantan, tanpa sengaja telah merakam imej 'hantu' di dalam kamera handphonenya yg baru dibeli. Imej hantu tersebut reflek dari cermin meja solek chalet tersebut. Imej tersebut ditunjukkan sekali di dalam artikel tersebut. Agak ngeri jugaklah bagi sesiapa yg tidak pernah melihat hantu sebelum ini. Tetapi kebenaran foto tersebut masih tidak dapat dipastikan lagi. Hanya pemiliknya sahaja yg mengatakan foto itu benar dan asli. Pakcik saya pernah berkunjung ke resort yg terletak di Kuantan, tetapi tidak merakam imej yg pelik2 cuma, dia kena 'kacau' live punya. 'Benda' tu duduk didepan bilik pakcik saya sambil menyanyi. Mungkin tempat yg dirakam imej tersebut, sama dengan tempat yg pakcik saya kunjungi. Sampai sekarang pakcik saya tak mahu pergi lagi ke tempat tersebut. Tempat tu dkt 'T****** ****, Kuantan....


Kadang2, 'benda2' ni masuk ke dalam foto kamera kita secara tidak sengaja. Mungkin nak tumpang glamor kot. Hehehe. Saya masih ingat lagi, dulu di J.B, kecoh tentang foto 'Hantu Lilin' yg dirakam di Dataran Bandaraya J.B. Imej tersebut menunjukkan hantu tu memegang lilin sambil tersenyum. Katanya org yg ambil gambar tu meninggallah, kena penyakit misterilah selepas gambar itu dirakam. Sebenarnya kita pun tak tahu apa jadi kat org tersebut. Ntah2 hidup sihat wal afiat lagi. Tapi ketika itu, ramai juga org yg tidak mahu berkunjung ke dataran tersebut kerana khuatir akan terserempak dgn 'Hantu Lilin' dan tidak kurang ramai juga yg datang ke sana untuk cuba merakamkan balik gambar dengan hantu tersebut. Saya selalu juga ke sana dengan family bila ada kesempatan. Pernahlah juga nampak 'benda2' tu, tp taklah sampai bergambar dengan mereka. Hehehe. Kepada rakan2 sekelian, boleh la datang berkunjung ke Dataran Bandaraya, J.B dan tempat sekitarnya. Manalah tau, boleh berjumpa dengan 'Hantu Lilin'....lama dah org tak ambil gambar dengan dia.....