Thursday, September 3, 2009

Setahun dengan pelbagai dugaan

Tak sangka saya, hari ini 3 September 2009, genaplah setahun saya kerja di UTHM. Saya mula bertugas di UTHM sejak 3 September 2008. Sepanjang satu tahun saya di sini, berbagai cabaran, dugaan dan pengalaman yang saya dapat. Mmg banyak rintangan yang saya hadapi. Saya seperti buat aktiviti Survival, tetapi lokasinya berlainan. Bukannya dihutan, tetapi di pekan kecil (Parit Raja). Saya pernah give up dan rasa mcm nak balik semula ke MSN. Saya selalu bercerita dengan Yasir, Mus, Shawn, PPT dan Che Sue. Merekalah pendengar setia saya. Hehehe. Tp bila difikirkan balik, ianya harus dijadikan sebagai cabaran dan bukannya halangan. Jadi, saya kekal di sana. Selepas melalui beberapa fasa, i started to develop a leather skin, thick skin or whatever u want to called it. Saya mula belajar defend diri saya, defend staff dan tegakkan isu yg mmg sepatutnya diketengahkan. Saya mahukan perubahan. Ini kerana sistem yg diamalkan selama ini adalah sgt lemah dan sudah dipraktikkan bertahun-tahun. Saya mempunyai barisan staff yg kuat dan berpengalaman tetapi tidak pernah diberi peluang untuk mengutarakan pendapat. Kolej saya juga dipandang rendah oleh kolej2 yg lain. Bias, pilih bulu, pilih kasih, berat sebelah dan kipas mengipas menjadi amalan kerja. Tp semua tanggapan, saya ketepikan. Saya cuba ubah dan buat yang terbaik. Dugaan paling besar saya ialah bila saya dituduh menyalah gunakan van kolej kediaman, tidak layak duduk di kolej kediaman dan hanya layak duduk di pusat sukan, just to name a few.... But luckily for me, i still stand till now n i corrected all the incorrected things bout me.
Alhamdulillah, sebagai balasan dan bukti saya dan staff saya buat perubahan dikolej kami, keputusan Audit Kualiti Dalaman 2009 : Tiada NCR. Kolej saya sudah 2 tahun berturut-turut dikenakan NCR kerana sistem fail dan pentadbiran yang lemah. Malah juruaudit juga mengatakan bahawa sistem pentadbiran kolej saya sudah banyak berubah dan banyak peningkatan yg baik. Saya dan staff saya mmg bersyukur dan merasa amat puas hati. Akan tetapi yang menyedihkan bila ketua saya kata, "U tak kena NCR? Tak buat keje ke?.... La, bukan ke bila tak kena NCR tu, maknanya kita telah menjalankan tugas dengan sebaiknya. Pelikkan? That's why, when u asked a clown to run the department, u will get a circus as a result. I scraped all the stupid works n mistake that u have been done for all this time and this is what i get?..huh.. nevermind, ALLAH swt knows all the things that i do n i wish u all the best...
Bak kata En. Hisyam, TAKPA...biarlah org nak kata dan buat apa, yg penting kita jalankan tugas kita. Ada hikmahnya saya dapat kerja disini. Mungkin rezeki saya sudah ditetapkan disini dan mungkin ia akan menjadikan saya lebih tabah dan kuat menghadapi sebarang dugaan dan cabaran. Saya berdoa agar saya diberikan kekuatan untuk meneruskan kerja saya disini. Terima kasih juga kepada mama n ayah, sahabat2 dan guru2 yang banyak memberi sokongan kepada saya.

6 comments:

Mohd Hazriq Abu Zarin said...

salam..
saya tetap sokong kak shila..kuatkan semangat..percaya pada diri sendiri..hidup ini mesti diteruskan walaupun banyak ujian yg menduga..semoga kak shila berjaya dlm hidup..

yazilahyazir said...

salam john..
terima kasih..insyallah..amin..
hehehhe

hisyamchemat said...

"BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL". Memang susah kan nak betulkan 'benda' yang memang menjadi tradisi atau 'darah daging'. Dah melekat. Dah empuk. Berkat kesabaran Yazilah... saya yakin hang mampu lakukan.


Janganlah Yazilah cepat berputus asa dan berhenti di pertengahan jalan hanya kerana kurangnya sifat sabar dan kebergantungan kita terhadap Allah subhanahu wata'ala. Alangkah seronok dan beruntungnya kalau kita semua menjadi orang yang bersabar kerana kita akan merasai manisnya iman. Alahai saya sendiri pun nak jadi orang beruntung sebegini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Carilah kamu pertolongan dengan sabar dan mendirikan solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"(Al-Baqarah 2: ayat 153)

Sabar ya... kalau dirujuk kepada terjemahan ayat Al-Quran di atas, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Saya mendoakan kejayaan di dunia dan akhirat Yazilah dan semua pelajar dan bekas-bekas pelajar saya. Ameen.

yazilahyazir said...

Salam En. Hisyam..
Amin...
Terima kasih banyak2 diatas segala nasihat dan sokongan yg diberikan selama ini. En. Hisyam banyak mengajar saya tentang hidup, ilmu dan pengalaman En. Hisyam banyak saya jdkan sebagai panduan. Hanya ALLAH SWT sahaja yg dapat membalas jasa En. Hisyam kepada kami semua. Saya akan ingat kata2 ini dan jadikan ia sebagai panduan hidup. Thanks again En. Hisyam

_F.@.R.@.H.@.L.!.N.@_ said...

sala..akak...kentalkan mental mu seperti mna kentalnya isi mu...hehehe..ops..acah jer..tol la akk..frh pon nk kna kuatkn dr siapkan thesis ha..marilah kita sama2 mengentalkan mental kita ntok menempoh dugaan dan cabaran yg dtg...hehe..insya4JJ1..mis ya..

wegreentheearth said...

tahniah kerana masih di landasan yg betul dan terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi...
teruskan perjuangan...