Semasa saya bekerja di MSN dahulu, saya pernah mengikuti satu kursus motivasi ketika di bulan puasa. Ia adalah kursus pertama saya ketika mula-mula bertugas di MSN. Segmen-segmen di dalam kursus motivasi tersebut amat menarik. Ia dikendalikan oleh sekumpulan pakar motivasi dan mereka merupakan bekas graduan dari UPM. Masing-masing mempunyai Phd di dalam bidang yg berkaitan. Antara segmen yg menarik minat saya ialah segmen 'I don't know u, but i'll..'. Di dalam segmen ini, kami digandingkan dengan orang yg kami mmg tidak kenal. Pasangan saya ialah Anuar. Beliau adalah pegawai dari MSN Perak. Saya mmg tidak mengenalinya dan beliau juga tidak mengenali saya. Task kami ialah, didalam masa 10 minit, kami perlu senaraikan seberapa banyak doa untuk pasangan kita. Contohnya, saya doakan awak panjang umur, murah rezeki, dan lain-lain. Walaupun tidak mengenali dia, saya tetap mendoakan supaya dia panjang umur, murah rezeki dan seterusnya. Saya berjaya menyenaraikan sebanyak 20 doa untuk dia. Tetapi si Anuar ni, dia mcm terkebil-kebil nak doakan saya apa. Saya lihat kertasnya, dia hanya doakan saya sebanyak 5 perkara sahaja. Saya hanya sengih sahaja. Apabila masa yg diberikan sudah tamat, kami disuruh pula berpandangan dan membacakan apa yg kita doakan untuk kawan kita. Apabila tiba di group kami, Anuar pun membacakan doanya kepada saya. Doa dia ialah semoga panjang umur, murah rezeki, cepat jodoh, kesihatan terjaga dan selamat sepanjang hidup. Tiba part saya pula, saya doakan dia berjaya di dalam hidup, dipelihara kesihatannya, semoga jd anak yg soleh, dpt isteri solehah, dan seterusnya. Ye la, 20 doa untuk dia. Kemudian, perkara yg tidak disangka terjadi. Si Anuar ni, tunduk sambil mengalirkan air mata. Saya pun terperanjat juga. Apabila penceramah tanya kenapa dia menangis, dia kata dia terharu kerana saya tidak mengenali beliau tetapi mendoakanya dengan perkara yg baik-baik. Dia hanya dapat menyenaraikan 5 doa sahaja kepada saya. Di akhir segmen tersebut, penceramah pun mengulas tentang aktiviti yg telah kami lakukan td. Kata beliau, selain ibu bapa dan sahabat kita, kita juga boleh mendoakan org lain walaupun kita tidak kenal mereka. Kadang-kadang org yg kita kenal pun kita tidak mendoakan perkara yg baik-baik mengenai mereka. Katanya lagi, ALLAH pasti makbulkan doa kita samaada cepat atau lambat. God never forget, but we are. Yang lebih menarik lagi, penceramah tersebut bukannya Muslim....
Ya ALLAH ya Tuhan ku, kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, aku, adik-adikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan saudara-saudara ku. Kau peliharakan lah rezeki, umur, kesejahteraan, jodoh, kesihatan dan keselamatan mereka. Jauhkanlah kami dari segala azab siksa kubur serta malapetaka dan bencana. Kau masukkanlah kami semua ke syurga Mu yg indah. Ya ALLAH ya tuhanku, terimalah doa kami ini sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. Amin....
Ya ALLAH ya Tuhan ku, kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, aku, adik-adikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan saudara-saudara ku. Kau peliharakan lah rezeki, umur, kesejahteraan, jodoh, kesihatan dan keselamatan mereka. Jauhkanlah kami dari segala azab siksa kubur serta malapetaka dan bencana. Kau masukkanlah kami semua ke syurga Mu yg indah. Ya ALLAH ya tuhanku, terimalah doa kami ini sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. Amin....
9 comments:
Ya Allah, Ya tuhan kami, Engkau berkatilah dan rahmatilah kehidupan pemilik blog ini. Kurniakanlah akannya kawan-kawan dari golongan yang soleh dan solehah. Ya Allah, aku bermohon kepada Engkau agar dirinya, keluarganya dan sahabat-sahabat pemilik blog ini dikurniakan ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala rupa penyakit. Amin ya rabbal'alamin.
Semoga Allah memberi kerahmatan dan keredhaan kepada umat nabi Muhamamad S.A.W
amin...
jumpa ari jumaat...
amin...
salam perjalanan...
Salam En. Hisyam dan sahabat2 saya..
Amin..amin ya rabbal'alamin
Terima kasih
Syukur pada ALLAH S.W.T,
Yazilah dah insaf dan kembali ke pangkal jalan.....
PPT
Ya Allah,
Percepatkan lah jodoh Cik Yazilah ......
amin ya rabbal alamin....
ya Allah, Kau berilah kekuatan kpd sahabatku ini dmana dia sering mnjadi bahan kpd sahabat yang lain...lindungilah dia walau dmana sahaja dia berada..amin..ya rabbal a'lamin..
Post a Comment