Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Terima kasih Mama...

Kali terakhir saya update blog saya, saya doakan Mama saya supaya panjang umur, kembali sihat dan sebagainya.. Tapi, Allah Maha Mengetahui.. Mama saya dijemput ILahi pada awal subuh Ahad, 2 Jun 2013.. 
Pada hujung minggu tersebut, saya tak dpt pulang ke rumah kerana ada kerja yg perlu diselesaikan di kolej. Ptg sabtu tu, ayah saya call minta saya balik segera kerana dia telah signed satu paper dari Dr. yg merawat mama.. Saya tergesa-gesa balik ke JB. Sepanjang perjalanan, saya berdoa kpd ALLAH.. saya tak nak tempuh perkara yg tidak diingini.. semoga Mama saya bertahan seperti biasa.. Sampai di JB,  Ayah saya call..dengan suara tersekat-sekat.. "Akak, mama da tak sedar.." Saya tergamam.. air mata da meleleh.. selang 5 minit.. ayah call semula.. "Akak.. sabar eh.. Mama da takde..., nanti ayah suruh org amik akak eh.." Saya terdiam, saya terus menangis.. 
Sampai di hospital, Ayah terus peluk saya.. dia kata heartbeat Mama ada semula.. diaorg tengah masukkan antibiotik kat Mama.. Bila nurse tolak keluar katil Mama, saya tgk mata Mama tak rapat.. Mama tak sedar.. Dr., jumpa Ayah, dia kata condition mama da worse.. keluarga kena prepare sebarang kemungkinan.. Saya tak sanggup dengar.. saya pergi tepi Mama.. saya bisik dkt telinga dia.. "Mama, akak minta maaf.. akak minta halal makan minum, susu yg Mama bg akak.. Akak sayang Mama.. Mama ckp la ngan akak.. " Tapi Mama saya tak bg response pun.. Org dtg silih ganti.. Bacakan surah Yassin.. Saya pegang tangan Mama saya.. saya minta dia pegang balik tangan saya.. saya seorang je anak Mama yg tak sempat nak ckp ngan mama masa mama sedar... saya tahu takde response.. 
Subuh... saya rasa tangan Mama mcm ada arus yg lalu.. Sayup2, saya dengar Mama saya panggil.."Akak.." spontan saya jawab, 'Ya Mama".. saya terus toleh kearah Mama saya.. Bila saya tengok muka Mama, matanya tertutup rapat... tiada lagi heartbeat.. Saya dan tasha panggil Doc, mereka terus buat CPR.. saya lihat mereka cuba sedaya upaya...  7.00 pg.. Doc declared time of death.... 
Mama...
Terima kasih kerana lahirkan akak dan adik2...
Terima kasih kerana besarkan akak dan adik2..
Terima kasih kerana jaga Ayah dan kami adik beradik..
Terima kasih kerana bg kami didikkan yg baik..
Terima kasih kerana bg kami kasih sayang yg tak dapat kami rasai lg...
Terima kasih kerana bg kami kesempatan jaga Mama masa Mama sakit..
Terima kasih Mama.. 

Kami tahu ALLAH swt lebih menyayangi Mama.. Nanti kami jumpa Mama di sana..

Al-Fatihah for Mama Jamilah Bt. Chik

Tuesday, May 28, 2013

Mama..

Mama saya seorang yg ceria dari dulu lagi. Mmg dia garang tetapi dia sgt penyayang, suka belai2 anak2 dia dan mcm2 lagi la. Saya pasti semua ibu mcm tu. Mama saya ni sgt menjaga pemakanannya, jd bila saya makan mcm terlebih sikit je, dia pasti menegur saya. Saya selalu sengih2, tp ayah saya selalu back up saya, kata tak pela.. dia nak makan..  hehe.. Mama saya akan jeling saya dan saya akan sengih je.. 

Tahun 2007, Mama mengadu dengan ayah.. kata mama, ada ketulan kecil di breast sebelah kiri.. Tanpa lengah, Ayah bawa Mama pergi specialist, buat mammogram.. Hasilnya, hanya ketulan susu, terpulang kepada  Mama untuk nak buang atau tidak.. Mama takut.. Mama kata tak payah la.. 

Tahun 2010, ketulan tu semakin membesar... tp Mama tak mahu ke hospital, takut jika jd apa atau kena bedah. Puas pujuk Mama.. tp Mama nak buat rawatan alternatif.. jd kami sekeluarga ikhtiar ke sana ke mari  utk cari rawatan yang terbaik utk Mama.. duit bole cari, tp kalo hilang Mama.. mmg takde ganti.. 

Tahun 2011, Mama da tak tahan da.. Kami paksa Mama ke hospital.. Mama masih lagi tak mahu ke hospital. Dia kata, kalo dia mati di hospital mcm mana? Kalau tetiba dia tidak bole bercakap dengan anak2, mcm mana? Macam2 alasan yg Mama bagi.. Kami bawa juga Mama dalam keadaan dia marah.. Setelah jalani pemeriksaan, Mama admitted ke dalam wad. Doctor pakar panggil kami sekeluarga.. Doctor sahkan.. Mama mengidap Breast Cancer Stage 3.. Kami terduduk mendengarnya.. tp langsung tak menitiskan air mata depan Mama.. Doctor kata, Mama boleh dirawat berdasarkan pemerhatian beliau.. Balik ke rumah.. saya masuk ke dalam bilik.. saya nangis sepuasnya.. 

Tahun 2012, Mama start jalani chemotherapy yg pertama.. Doctor kata, side effect nya ialah, Mama akan kerap muntah, emosinya akan terganggu, rambutnya akan gugur, kukunya akan ada hitam kehitaman sedikit, badannya akan kurus.. Tp Mama handle it very well... Tasha sgt menjaga pemakanan Mama... dalam fridge sentiasa ada minuman sejuk, jus buah-buahan, buah buahan potong, puding dan sebagainya.. Mama juga dapat support dari adik beradiknya.. Cik Boy, Aunt Maria, Aisyah, Azlin, Mummy, Cik Unid, Abg, Adik n Irfan selalu dtg jenguk Mama...Ketika chemo pun Mama dpt ramai kawan yg senasib dengannya.. Malah ada yg lebih teruk lagi.. Mama jd kuat sedikit pasal ada org lagi teruk dari Mama. Rambut Mama start gugur.. Mama ckp kat Ayah, "Abg, botakkan je la kita bang, biar sama mcm awak.. hehe".. Ayah akur.. Badan Mama pun mula kurus, kakinya selalu sakit dan selalu minta diurut.. Tp kena pegang pelahan lahan.. sakit katanya..

Tahun 2013, Mama da jalani chemotherapy nya yang ke 9.. dengan higher dosage.. muntah semakin kerap tetapi Mama tetap cuba makan.. hasilnya, ketulan semakin mengecut dan ada positive feedback dari Doctor.. Kami sekeluarga tidak henti berdoa untuk kesihatan Mama..Kami nak Mama panjang umur dan  sihat mcm biasa balik. Kami rindu masakan Mama, da 3 tahun kami tak rasa masakan Mama. Da 3 tahun kami tidak beraya. Kami selalu support Mama dan stay positive je. Kami adik beradik akan gilir2 tidur di bilik Mama tetapi penghuni tetap adalah Tasha.. Kalau Mama tidak beberapa larat, kami akan mandikan dia, suapkan makan dan melayan dia. Apa yang diinginkan, pasti akan kami cari. Kekadang, Mama akan nangis, dia kata dia banyak susahkan anak2 dan Ayah. Tetapi kami selalu ckp, kalau nak balas jasa Mama besarkan kami, sampai mati pun tak mampu kami nak balas.. 

Ya ALLAH ya Tuhanku.. Kau peliharalah kesejahteraan, kesihatan, rezeki dan jodoh ibu bapa kami sehingga ke akhir hayat.. Amin.. 

Wednesday, April 22, 2009

Johor Negeri Budaya




Zapin Pekajang


Zapin Bunga Hutan dari Kelab Soko Gakai ( Cina )
Sabtu yang lepas, adik saya selesai membuat persembahan keroncong Di Raja di hadapan Sultan Johor sempena hari keputeraannya. Selesai keroncong, adik saya menumpukan perhatian pula ke latihan bangsawan. Pementasan bangsawan tersebut akan dibuat di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Jabatan yg mengerakkan semua aktiviti ini ialah Yayasan Warisan Johor (YWJ). Adik saya sudah mengikuti YWJ sejak dia berumur 9 tahun lagi. Di sana dia belajar vokal lagu-lagu asli, keroncong, ghazal, bangsawan, teater dan zapin. Percaya atau tidak, semuanya percuma. Bukan hanya untuk adik saya, tetapi kepada semua anak2 Johor yang ingin belajar. Ada juga kelas bermain alat muzik seperti ghazal, violin dan sebagainya. Kelas zapin pula pada hujung minggu. Kelas zapin pula bermula dari tadika hinggalah ke dewasa. Jangan terperanjat jika melihat budak sekolah Cina dan India menari Zapin. Untuk daerah Segamat, sekolah rendah Cina juara untuk Festival Zapin Johor pada tahun lepas. Zapin ada 14 jenis. Setiap daerah ada zapinnya sendiri. Antaranya, Zapin Parit Mastar, Zapin Tenglu, Zapin Pulau, Zapin Putar Alam, Zapin Tanjung Labuh, Zapin Kores, Zapin Pekajang, Zapin Seri Bunian, Zapin Bunga Hutan, Zapin Lenga, Zapin Dayung, Zapin Melayu Moden dan banyak lagi. Setiap zapin itu, geraknya berbeza. Bermula dari taksim, kopak dan berakhir dengan wainab. Pakainya juga berbeza. Biasanya org yg menari zapin akan memakai baju melayu dan 'seluar potong cina'. Biasalah kita tgk kalau org Johor pakai songkok tinggi dan kain samping di dalam. Memang pakaiannya begitu. Manakala ghazal pula ialah antara nyanyian yg paling susah. Lenggok parsi dan sari gamanya tidak sama dan berbeza dari lagu asli yang biasa. Semua ini yg dibelajar oleh adik saya, saya hanya tgk sambil dengar saja. Heheheh.

Pada minggu lepas juga, saya berkesempatan melihat Festival Zapin Johor Bahru yang berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru. Seperti biasa, para penari yang bertanding mmg dari berbilang bangsa. Kalau ada kesempatan, saya akan bawa anda semua melihat keindahan tarian zapin. Insyallah, pada bulan Disember 2009 ini, akan ada 'Gema Zafana' yg akan dibuat di Istana Budaya. Adik saya juga terlibat sama.

Friday, April 17, 2009

Tasha


Esok, 18 April 2009, pada jam 8.45 mlm, adik saya Natasha akan membuat persembahan 'Keroncong Di Raja Johor 2009. Bertempat di Auditorium RTM Johor Bahru. Adik saya akan menyanyikan lagu 'Mahameru' dan sebagai pembuka acara (penyanyi pertama). Persembahan ini diadakan setiap tahun apabila hari keputeraan baginda menjelma. 8 April 2009 adalah hari keputeraan Sultan Johor dan pada hari tersebut juga, setiap daerah di Johor akan membuat majlis Yaasin untuk Baginda. Dalam bulan ini juga akan disusun pelbagai aktiviti untuk tontonan rakyat jelata, seperti 'Jazz di Raja Johor, Zapin dan Bangsawan. Untuk tahun ini, adik saya terlibat dengan keroncong dan bangsawan.