Tuesday, May 28, 2013

Mama..

Mama saya seorang yg ceria dari dulu lagi. Mmg dia garang tetapi dia sgt penyayang, suka belai2 anak2 dia dan mcm2 lagi la. Saya pasti semua ibu mcm tu. Mama saya ni sgt menjaga pemakanannya, jd bila saya makan mcm terlebih sikit je, dia pasti menegur saya. Saya selalu sengih2, tp ayah saya selalu back up saya, kata tak pela.. dia nak makan..  hehe.. Mama saya akan jeling saya dan saya akan sengih je.. 

Tahun 2007, Mama mengadu dengan ayah.. kata mama, ada ketulan kecil di breast sebelah kiri.. Tanpa lengah, Ayah bawa Mama pergi specialist, buat mammogram.. Hasilnya, hanya ketulan susu, terpulang kepada  Mama untuk nak buang atau tidak.. Mama takut.. Mama kata tak payah la.. 

Tahun 2010, ketulan tu semakin membesar... tp Mama tak mahu ke hospital, takut jika jd apa atau kena bedah. Puas pujuk Mama.. tp Mama nak buat rawatan alternatif.. jd kami sekeluarga ikhtiar ke sana ke mari  utk cari rawatan yang terbaik utk Mama.. duit bole cari, tp kalo hilang Mama.. mmg takde ganti.. 

Tahun 2011, Mama da tak tahan da.. Kami paksa Mama ke hospital.. Mama masih lagi tak mahu ke hospital. Dia kata, kalo dia mati di hospital mcm mana? Kalau tetiba dia tidak bole bercakap dengan anak2, mcm mana? Macam2 alasan yg Mama bagi.. Kami bawa juga Mama dalam keadaan dia marah.. Setelah jalani pemeriksaan, Mama admitted ke dalam wad. Doctor pakar panggil kami sekeluarga.. Doctor sahkan.. Mama mengidap Breast Cancer Stage 3.. Kami terduduk mendengarnya.. tp langsung tak menitiskan air mata depan Mama.. Doctor kata, Mama boleh dirawat berdasarkan pemerhatian beliau.. Balik ke rumah.. saya masuk ke dalam bilik.. saya nangis sepuasnya.. 

Tahun 2012, Mama start jalani chemotherapy yg pertama.. Doctor kata, side effect nya ialah, Mama akan kerap muntah, emosinya akan terganggu, rambutnya akan gugur, kukunya akan ada hitam kehitaman sedikit, badannya akan kurus.. Tp Mama handle it very well... Tasha sgt menjaga pemakanan Mama... dalam fridge sentiasa ada minuman sejuk, jus buah-buahan, buah buahan potong, puding dan sebagainya.. Mama juga dapat support dari adik beradiknya.. Cik Boy, Aunt Maria, Aisyah, Azlin, Mummy, Cik Unid, Abg, Adik n Irfan selalu dtg jenguk Mama...Ketika chemo pun Mama dpt ramai kawan yg senasib dengannya.. Malah ada yg lebih teruk lagi.. Mama jd kuat sedikit pasal ada org lagi teruk dari Mama. Rambut Mama start gugur.. Mama ckp kat Ayah, "Abg, botakkan je la kita bang, biar sama mcm awak.. hehe".. Ayah akur.. Badan Mama pun mula kurus, kakinya selalu sakit dan selalu minta diurut.. Tp kena pegang pelahan lahan.. sakit katanya..

Tahun 2013, Mama da jalani chemotherapy nya yang ke 9.. dengan higher dosage.. muntah semakin kerap tetapi Mama tetap cuba makan.. hasilnya, ketulan semakin mengecut dan ada positive feedback dari Doctor.. Kami sekeluarga tidak henti berdoa untuk kesihatan Mama..Kami nak Mama panjang umur dan  sihat mcm biasa balik. Kami rindu masakan Mama, da 3 tahun kami tak rasa masakan Mama. Da 3 tahun kami tidak beraya. Kami selalu support Mama dan stay positive je. Kami adik beradik akan gilir2 tidur di bilik Mama tetapi penghuni tetap adalah Tasha.. Kalau Mama tidak beberapa larat, kami akan mandikan dia, suapkan makan dan melayan dia. Apa yang diinginkan, pasti akan kami cari. Kekadang, Mama akan nangis, dia kata dia banyak susahkan anak2 dan Ayah. Tetapi kami selalu ckp, kalau nak balas jasa Mama besarkan kami, sampai mati pun tak mampu kami nak balas.. 

Ya ALLAH ya Tuhanku.. Kau peliharalah kesejahteraan, kesihatan, rezeki dan jodoh ibu bapa kami sehingga ke akhir hayat.. Amin.. 

4 comments:

hisyamchemat said...

Semoga Allah memberikan kesembuhan yg secepatnya untuk mama Yazilah dengan kesembuhan yg tiada sakit lagi selepasnya. Amin

ir said...

Mungkin boleh cuba makan buah durian belanda. amalkan setiap hari sama ada makan mcm tu atau buat jus tanpa gula. ada kenalan dapat cancer ni. dia dah pada stage 4, dah tak boleh bangun dari katil. dia dah give up dengan ubat hospital & beralih ke hanya makan makanan yg berkhasiat termasuk makan buah belanda. sekarang cancer dah hilang & boleh berjalan kembali guna tongkat. just my sharing

yazilahyazir said...

Salam En. Hisyam,

Amin.. terima kasih Boss.. InsyALLAH, selagi ada nyawa di badan, selagi tu tidak putus doa saya buat mak ayah saya.. Sampaikan salam saya buat kak liza dan anak2 boss..

yazilahyazir said...

Salam Saudara Ir,

InsyALLAH, akan diusahakan.. terima kasih diatas nasihat/cadangan yg diberikan..