Monday, September 7, 2009

Lantai 16, Flat Larkin..

Semasa saya berumur 6 hingga 8 tahun, saya dan keluarga tinggal di Flat Larkin, JB. Kami tinggal di rumah bernombor 278, Blok A, di tingkat 16, tingkat yg paling atas. Flat itu mempunyai 2 bilik dan memadai untuk keluarga saya pada masa itu. Kami hanya 2 beradik saja pada masa itu dan saya berkongsi bilik dengannya. Saya suka duduk rumah tersebut walaupun ianya kecil dan sangat tinggi. Banyak 'benda' yang saya dapat lihat sepanjang saya duduk di rumah tersebut. Walaupun rumah tersebut mempunyai 2 bilik, tetapi saya dan adik kerap tidur dibilik ayah dan mama. Ini kerana, bilik saya 'panas', tidak boleh tidur di dalamnya. Saya kerap mengadu kepada mama saya, saya nampak ada orang masuk bilik pada waktu malam, saya ingatkan ayah, tetapi bila mata dibuka, ianya 'orang lain', bukan ayah ataupun mama, kadang2 dia 'hilang' mcm tu saja. Orangnya tinggi, tangan dan jarinya panjang dan kepalanya botak. Kadang2, saya nampak 'perempuan' berdiri dibelakang pintu bilik saya. Mama hanya diam saja. Perkara itu diadukan kepada ayah saya. Untuk elakkan saya dan adik jadi penakut, ayah cuba tidur satu malam dibilik saya. Pada malam tersebut, ayah 'nampak' semuanya. Apa yg saya ceritakan pada mama, semuanya ayah nampak. Keesokan harinya, ayah pindahkan katil kami ke dalam biliknya. Ayah kata takpa, jgn takut, nanti ayah halau 'dia'. Solat, bacaan Yaasin, semua sudah dibuat tetapi 'dia' tetap di dalam bilik saya. Akhirnya, bilik tersebut jd bilik permainan dan stor.
Berhadapan dengan blok saya pula, ada padang sekolah. Padang sekolah tersebut kepunyaan Sek. Men. Lelaki St. Joseph. Berbagai aktiviti yg dilakukan dipadang tersebut. Setiap kali apabila tiba akhir tahun, sekolah tersebut akan menganjurkan 'Camp fire' dipadang sekolahnya. Saya, didi dan ayah akan menjengok dari atas. Seronok bila mendengar lagu2 yg dinyanyikan. Bermacam-macam jenis dan rentak. Tetapi, jika tiada apa2 aktiviti yg dilakukan, padang tersebut sgt gelap dan sunyi. Kadang2 di waktu tengahmalam, kami dengar suara budak2 bermain dipadang tersebut. Ada juga kami nampak perempuan berdiri ditengah padang pada waktu malam. Ketika emak saya masih dalam pantang selepas melahirkan Tasha, kami pernah mendengar suara perempuan menangis di ampaian baju. Tempat ampaian baju betul2 bersebelahan dengan bilik mama saya. Apabila kami jengah, kami lihat ada 'perempuan' sedang bertenggek di ampaian tersebut sambil menangis.
Mmg banyak pengalaman saya semasa tinggal dirumah tersebut. Kami pernah lihat org bunuh diri di blok bersebelahan, ayah saya pernah memujuk seorang wanita daripada membunuh diri. Akhirnya dia tak jadi nak terjun. Dia turun ke bawah blok dan terus menaiki teksi. Tak tahula pulak kalau dia pergi cari tempat lain untuk terjun. Heheheh. Mama saya pernah nampak org buang bayi ditepi hutan berhadapan dengan padang sekolah. Kes tersebut masuk dalam paper ketika itu. Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan dan risaukan keselamatan mama saya, ayah saya mengambil keputusan untuk berpindah dan akhirnya ayah jual rumah tersebut. Kami hanya sempat duduk dirumah tersebut selama 2 tahun sahaja.
Tapi sekarang, kawasan flat tersebut sudah banyak berubah. Kalau dahulunya ia penuh dengan hutan, sekarang sudah ada Terminal Bas Larkin, Plaza Larkin, Hotel Sri Malaysia dan banyak lagi. Sekolah St. Joseph tersebut juga sudah ditutup. Manakala rumah saya pula, sampai sekarang, masih kosong. Dengar cerita, selepas ayah jual rumah tersebut, ada org beli dan sewakan kpd org lain. Penyewa asyik bertukar ganti. Tiada yg kekal lama. Tak pastilah kami pula jika 'orang' yang duduk di dalam rumah itu, mahu 'kekal' selama-lamanya di sana.

8 comments:

ajoy87NF said...

Cerita seram akak ni bleyh bwat buku la...
Mcm2 criter ader...
klau akak bwat buku, sy org pertama minx free nnt!!!
hehehe...

yazilahyazir said...

haahhahaha..
ada2 je ajoy ni..
hehehhe
nantila, akak citer lagi..heheh

ajoy87NF said...

hehehe...
nnt nak tidurkan anak2 senang byk koleksi buku criter!
hehehe...
Good luck for Ramadhan!
Ckit lagi nak Ghayer... hahaha

hijau bumi Tuhan... said...

ish ko ni ajoy, nak tidokan anak baca crite antu...x tido le jwbnye budak tu, haha...


salam perjalanan...

yazilahyazir said...

hahhahahahha...
ada ke nak baca buku antu untuk suruh anak tido..hahah
makin mimpi buruk la anaknya..
hahhahah

Apize said...

Menarik kak...next story please! hehehe

Unknown said...

Meremang bulu roma walaupun saya pun prnh merasai semua itu...Wallahuaklam...

Unknown said...

Meremang bulu roma walaupun saya pun prnh merasai semua itu...Wallahuaklam...