Salah siapa kalau individu atau pelajar itu biadap dengan org lain? Tak kira la dengan pensyarah, pentadbir atau yg lain-lain... Salah siapa? Baru-baru ini, pengetua saya diherdik oleh seorang pelajar. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 3 lebih pagi. Ketika itu, pengetua saya membuat rondaan disekitar cafe di kolej saya. Sedang dia meronda-ronda, dia bertanya kepada beberapa pelajar ttg apa pendapat mereka mengenai cafe, makanan dan harga. Tetiba, dia di approach oleh seorang student lelaki dan pelajar tersebut menanyakan kenapa mereka dilarang keluar bersahur diluar kolej. Pengetua saya menjawab yg kan lebih baik bersahur di cafe sahaja dari bersahur di luar kerana khuatirkan keselamatan dan semestinya jika ada apa2 yg berlaku ke atas pelajar, pengetua yg akan bertanggungjawab. Pelajar tersebut rasa sgt tidak puas hati dan mula menyoalkan pelbagai hal. Suaranya pun sudah mulai tinggi dan melawan kata2 pengetua saya. (Untuk makluman, pengetua saya seorang perempuan dan kebetulan pula pensyarah fakulti pelajar tersebut.) Banyak benda yg diluar topik yg dipersoalkan oleh pelajar tersebut. Setelah dibalas dan ditepis oleh pengetua saya, pelajar tersebut terdiam dan berlalu pergi tanpa meminta maaf kepadanya. Keesokkan harinya, ada dengar desas-desus pelajar2 ingin buat memoramdum kepada pengetua saya kerana tidak berpuas hati dengan insiden malam tersebut.
Senario begini adalah perkara biasa yang selalu diamalkan di sini. Segelintir pelajar berkelakuan biadap apabila berhadapan dengan pensyarah atau berurusan dikaunter pejabat. Apabila ada benda yg tidak memuaskan hati mereka, pasti mereka akan mengugut untuk membuat memorandum, SACAD dan sebagainya. Silap siapa sebenarnya atau di manakah silapnya? Terus terang saya katakan, peraturan yg dibuat oleh universiti ini, tersangat longgar. Pelajar boleh berlengan pendek ke kelas, berambut panjang, kaler rambut tu jgn ceritalah, berlambak...dan banyak lagi. Saya pelik, pensyarah tak tegur ke? Rupa-rupanya, ada segelintir pensyarah yg buat tidak tahu saja dengan apa yg terjadi. Mereka tidak pernah menegur atau membuat tindakan keatas pelajar2 tersebut. Rasa hormat pelajar2 kepada pensyarah2 juga kurang. Pensyarah2 mcm dibuat main2 saja. Sebab tu pelajar naik lemak, buat sesuka hati mereka. Hmmmm..kalau nak diluahkan apa yg tidak baik, berjela-jelalah panjangnya. Tetapi ada juga yg baik dan mengikut peraturan.
Sepatutnya, pelajar2 ini harus belajar beradab sejak dari rumah dan dipraktikkan sepanjang mereka hidup. Di peringkat sekolah dan universitilah mereka harus praktikkan budi bahasa dan adab. Bila dah keluar bekerja nanti, tidaklah janggal dan boleh diterima oleh orang lain. Jgnlah pula kita nak marah jika org lain tidak menghormati kita, pasal kita pun tidak beradab ketika di universiti dulu. Lagi satu, bila kita susah nak dpt kerja, cari di sana sini, tapi tidak diterima, cuba ingat balik, mungkin kita kurang ajar dengan guru kita semasa belajar. Sebab itu ilmu yg dapat tidak mendapat berkat dan tidak didoakan oleh guru kita. Pesanan kepada para pelajar, beradablah sikit bila berurusan dengan orang, hormatlah guru2 kita dan banyaklah berkawan dengan orang. Anda masih belajar lagi, banyak benda yang kita tak tahu lagi. Dunia diluar amat luas untuk diterokai dan banyak benda yg perlu ditempuhi. Buka sikit minda anda. Kita boleh suarakan apa sahaja yg kita rasa, tetapi biarlah disaluran yg betul dan gunakanlah kepandaian kita untuk bercakap. Jangan ikut suka je....
8 comments:
itulah masalah besar di zaman ini.pada mereka org sume sama.tak kira ibu bapa,saudara,org tua,guru,pensyarah,abg n akak2.takdenye mereka nak hormat..mungkin salah didikkan atau terlalau dimanjakan..
hahahhaha..
biasalah john...
diaorg tak tau lagi, banyak jerung2 yg sedang mengganas kat luar tu..tunggu mangsa je..tunggu la bila diaorg keje nanti..hahahah
(~ ~) b******gnye!!!
Tak payah kat Batu Pahat...
Kat Shah Alam depan mata kita pun ada jugak.....
salam mie n ppt..
ntahla, mcm kurang ajar..dahsyatkan..kita pun penah blajar gak, tp tak la mcm kurang ajar mcm tu..bayangkan lah bro, org tak kenal sgt pun universiti ni, tp blagak bukan main
bukan salasiah...
bukan salahsiah...
tapi, salahdia...
gambar mana? gambar, gambar, gambar......................
nama cikgu fizik saya dulu, pn. salasiah...garang woo...
salam perjalanan...
Post a Comment