Sunday, October 12, 2008

Hujung Minggu Yg Penuh Karenah 1


Hujung minggu ni, merupakan hujung minggu kali yg pertama saya tidak balik ke J.B. Ini kerana banyak tugasan yg perlu diselesaikan dan mesti dihantar pada minggu hadapan dan pagi Ahad saya ada meeting dengan Timb. Pengetua. Banyak dateline. Bila nak buat kerja, saya kena la duduk di office. Tetiba, pintu office saya diketuk. Apabila dijengah, ada seorg student dan dengan "bahasa yg bagus" berkata, 'Saya nak check surat, urgent ni, nak buat projek assignment'(dengan nada kasar)...Bila ditanya dokumennya dihantar bila, dia berkata 'semalam'..Kalau semalam, kami masih belum terima lagila dan surat tersebut akan dihantar ke Pejabat Pendaftar terlebih dahulu. Kemudian dia kata, takkan takde, urgent ni. Ketika kejadian, saya tgh berbincang dengan Timb. Pengetua. Apa lagi, TP saya terus sound, "Dik, ari ni ari ahad, office tutup, awak reti baca tak tanda 'TUTUP' kat depan pintu tu?' Kalo org nak runtuhkan bangunan, mmg semua benda dia ckp urgent'....Dengan muka bengang student tu, terus dia tinggalkan kami. Antara perangai student yg saya cukup tidak gemar ialah walaupun tanda di depan office menunjukkan "TUTUP" dan pintu depan berkunci, mereka tetap mengetuk dan mahu masuk walaupun tiada orang didalamnya. Saya pernah terserempak dengan student yg mengetuk pintu office ketika selepas Maghrib dan apabila ditanya kenapa berbuat demikian, dia mengatakan mahu melaporkan kerosakkan. Takkan la tak nampak dan tak tahu yg pejabat sudah ditutup. Mcm mana boleh masuk U kalau tak boleh nak membaca apa yg ditulis depan pintu tu.

Lagi satu kes ialah pasal Rumah Tamu. Rumah Tamu di kolej kami, mmg diuruskan oleh pihak kami dari segi pembersihan dan penyelenggaraan. Tetapi, untuk penempahan, ianya diuruskan oleh Unit Perumahan, HEP. Tetiba pada hujung minggu ni, banyak tetamu datang secara 'Ad-Hoc', semuanya gara2 pihak Pengawal UTHM yg menolak semua tetamu yg dtg untuk ke Perwira bagi mendapatkan penginapan. Mana bole mcm tu...Kami hanya mempunyai 4 Rumah Tamu sahaja. Kalo dah 10 keluarga yg dtg, mana nak disumbatkan semuanya. Hmmm....pening jadinya. Saya terpaksa block selebihnya dan menyuruh mereka mendapatkan rumah tetamu yg lain. F.Y.I, bukan di Perwira sahaja yg ada rumah tetamu, tetapi di kolej yg lain juga ada rumah tetamunya yg sendiri...tetapi, kenapalah semuanya disumbatkan ke sini.....

Kalau mcm gini lah gamaknya karenah setiap hujung minggu, takdenya saya akan stay di kolej....balik J.B teruslah tiap2 minggu..Sabar je la...

4 comments:

Lennyek said...

sabarla kak...banyak dugaan yg akak dapat ngan student sna..pengalaman tu boleh mngajar kite untuk jadi kuat..hope u owez success..Gambatte!

perjalanan said...

sabar kak...


salam perjalanan...

yazilahyazir said...

salam lenny dan lan..
heheh..thanks..
kekadang tu, akak pikir, mcm ni lah agaknya rasa En. Hisyam handle masalah budak2 kat fakulti kan...sabar je la..

FoO dA fIrSt#1 said...

bak kata pepatah omputih...

"school high-high but still stupid.."