Saya percaya, ada hikmah disebalik perpindahan saya ke UTHM, Batu Pahat. Di sini, banyak benda yg berlaku kpd saya dan ada yg menyentuh hati saya. Semalam, saya hadir ke meeting Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan Kolej Perwira. Banyak yg mereka bincangkan untuk karnival sukan yg akan dtg dan saya ada memberi beberapa pendapat. Selepas meeting, saya stay lagi, just untuk duk sembang dengan 2 org MT dari JKP Perwira. Banyak benda yg kami bualkan. Mereka ni muda lagi tetapi kalau dari segi perwatakkan serta pemikiran, nak2 bab agama ni mmg amat bagus. Saya pula yg jatuh segan kat mereka. Mereka adalah antara penggerak surau di Perwira dan penggalak para pelajar untuk memeriahkan surau. Mereka tak jemu dan tak pernah penat mengajak rakan2 ke surau. Saya mmg kagum dengan mereka. Untung ibu bapa yg mendidik mereka berdua ni. Jika ada aktiviti surau, merekalah org pertama yg sampai ke sana walaupun mereka bukan biro yg bertanggungjawab. Mereka ni bukan sahaja aktif di Kolej, malah juga di kampung mereka. Mereka antara org muda yg menjadi ahli masjid dikampung mereka. Antara topik yg dibincangkan ialah, mereka risau dengan keadaan Perwira yg agak sosial, pergaulan yg tidak terbatas, pemakaian yg kurang elok dan mcm2 lagi. Saya terkejut bila ada salah seorang daripada mereka yg mengatakan bahawa dia tak pernah menonton wayang dan bermain bowling. Dia juga takut bila pergi ke shopping complex dan tgk budak2 skrg dengan rambut tercacak dan berwarna. Dia selalu berdoa agar dia tidak berada di dalam kelompok tersebut. Mereka bersyukur kerana dapat masuk universiti yg terletak di kampung dan bukan dibandar. Dalam hati saya, terdetik.."Ramai lagi ke budak2 muda yg mcm ni?" Akhlak yg cantik, bagus dan memang datang ke U untuk belajar. Tak ramai budak2 sekarang yg datang ke U untuk belajar tetapi hanya untuk berseronok, keluar dari kampung dan lepas dari konkongan ibu bapa. Itulah sebabnya, pelajaran yg diterima dan perjalanan hidup mereka tidak mendapat berkat. Menghabiskan duit ibu bapa sahaja. Saya mmg segan dengan mereka berdua ni. Opposite dengan cara saya tetapi mereka dapat menerima cara dan pemikiran saya. Alhamdulillah... Lain betul suasana di sini. Tetapi saya tetap bersyukur juga kerana dikurniakan guru2 dan sahabat2 yg baik2 semasa di Shah Alam. Walaupun kami rapat, tetapi tiada yg pernah cuba mengambil kesempatan, malah sedia membantu ketika susah dan sentiasa ada ketika senang. Rakan2 saya di Shah Alam adalah antara guru2 dan sahabat2 baik saya yg amat saya sayangi.
4 comments:
alhamdulillah..
masih ada lagi yang baik budi pekrtinya..
tak la akak pening je ngan dak2 yang suka wat hal tu..ada gak budak2 yang baik kat sana..
ha..yang tu akak jangan rendam tau..hikhikhik...
selamat hari raya
Salam lenny..
hik3..
akak tak rendam budak2 ni..hehhe
diaorg bagus..ada segelintir la yg bagus..
lenny sihat ke? rindu kat lenny...hehehhe
salam mubin..
selamat ari raya..
maafkan segala-galanyer ye...
Post a Comment