Friday, October 24, 2008

Best & Tak best

Minggu ni, perasaan saya bercampuk aduk...mood nak marah dan malas menguasai diri tp dapat dineutralkan balik bila ke Shah Alam, jumpa sahabat2 saya (cuma tak jumpe PPT je, mesti dia marah punyer)...
Yang Best
Saya ke Shah Alam untuk bawa staff ke Bukit Cerakah. Jumpa Shawn, Mus & Yasir untuk bincang mengenai program yg akan kami jalankan. Seronok pasal dapat jumpa sahabat2. Sebelum jumpa mereka, saya sempat ke office lama, USPTN Selangor, Majlis Sukan Negara. Jumpa sahabat2 di sana. Tak lama, cuma 15 minit sahaja. Mmg terubat rindu saya bila jumpa sahabat2 saya, banyak juga cerita yg keluar. Seronok je rasa berbual, sembang dengan diaorg. Cuma saya tak sempat jumpa Boss dan PPT. Boss pasal ada meeting di fakulti manakala PPT pula, saya mmg tak sempat nak jumpa. Saya minta maaf sgt2. Kekangan masa. I wish i could stay there a bit longer, but i can't. Sedih gak, kalo ikutkan hati, saya nak stay sana 1 malam, tp tak boleh pasal staff saya perlu balik. Minta maaf ye...
Yang Tak Best..
  1. Minggu ni, pelajar2 di sini mmg menguji kesabaran saya. Minggu ni adalah tarikh akhir hantar borang permohonan kolej, tp mereka buat mcm tak endah dan lengah2. Siap 'sound' staff saya lagi, dengan mengatakan yg mereka pelajar WAJIB dan tak perlu isi borang. Sebenarnya, wajib atau tak, saya ada hak buang mereka dari kolej. End of the conversation.
  2. Pelajar hilangkan P.A system pejabat. Boleh ke mcm tu? Mana tanggungjawab anda? Bila nak pakai, merayula, buat suratla, hari2 datang office tunjuk muka, tp bila dah dapat apa yg diminta, batang hidung pun tak nampak. Siap hilangkan barang lagi. Tension betul.
  3. Ada jamuan raya di pejabat HEPA, kami satu ofis mmg tak dapat hadir, tp cuba jugalah untuk datang. Yang tak sedapnya, bila saya call untuk confirmation, saya kena herdik dan sound lagi. Mcm2 dikatanya. Last2, dtg je la. Nak buat mcm mana. Siap tutup office lagi. Mana la peginya budi bahasa. Pelik manusia ni.

Ya ALLAH, Ya Tuhan ku, aku mohon Kau permudahkanlah segala urusan dan pekerjaan kedua ibu bapaku, adik2 ku, aku, guru2 ku dan sahabat2 ku untuk hari ini, esok dan selama-lamanya. Amin

5 comments:

PPT said...

Takpa,
Habih kuat pun PPT pun akan padam nombor handphone orang-orang terbabit atau tak jawab call. JAngan takut gaji tak kena potong laaaa...
Kalau rasa diri akan terkena tu mintak maaf awal-awal naaaa.....
Kadang-kadang manusia kena belajar jangan asyik salahkan masa...

Cheers....

Anonymous said...

setiap manusia akan terima masalah, cari lah sahabt dan kukuhlah hubungan dengan allah, sesungguhnya allah sentiasa meningkatkan darjat melalui ujian yang diberikan kepada hambanya

Lennyek said...

sabar la kak..tu je yang mampu kte ucapkan..walaupon xseberapa..

hadapi dengan senyuman....(wlaupon kena besabar ngan perangai yg pelbagai)

yazilahyazir said...

Salam PPT,
Ada ke mcm tu?..mmg tak sempat ar...jgn marah k..hehehhe.

p_yan1511 said...

dah tak sempat nak buat mcm ne kan... bak kate org tua.. kalau ada jodoh jumpa la.. kalau tak ada jodoh, tak jumpa la.....
kite ni manusia biasa, tak mampu nak puaskan hati semua pihak... hehehehehehehehe