Pagi tadi, saya adakan meeting bersama staff saya. Kami membincangkan beberapa perkara, mengenai sasaran kerja tahunan, budget dan sebagainya. Kami juga membincangkan isu-isu tentang student di kolej kami. Diakhir mesyuarat, biasalah, mesti ada makan2...heheh. Semasa kami sedang sibuk makan2, salah seorang staff saya bertanya kepada saya, "Cik Shila tak takut ke duduk seorang je kat blok C tu?"...Saya menjawab, tak lah pasal rumah saya depan post guard. Pastu, diaorg kata, diaorg nak cerita sedikit pasal blok saya dan office kami. Mereka kata saya perlu tahu supaya boleh lebih berhati-hati dan jgn panik bila 'terkena'. Saya terdiam, dalam hati saya berkata "Alamak...betul la dan nape la ada gak kat sini....." Saya dah perasan sejak saya masuk ke sini, tetapi hati ni kuat mengatakan yg 'everything is going to be fine', it's just a little distraction, no harm done...Tapi nampak gayanya...kena berdepan gak la... Staff saya mula bercerita dan saya dengar je. Takut pun ada gak, tp kalau saya cerita pasal Tioman, lagi takut kot...hehehhe. Rupa-rupanya, blok saya dahulunya mmg penempatan pelajar perempuan, tetapi akibat dari 'gangguan' yg teruk, blok tersebut terpaksa dikosongkan dan dijadikan rumah tamu. Bilik tersebut berada betul2 di bawah rumah saya. Boleh la kan, saya pula yang duduk kat blok tersebut?...Sorang pulak tu...sabar je la...Tapi takpela, ayatul Kursi sentiasa saya baca dan Alhamdulillah, sepanjang saya duduk di blok ni, tiada apa yang berlaku lagi. Setakat 'tumpang lalu' tu, biasalah. Iskh...sabar jela..
7 comments:
yeke kak...kalo sy, dh lama pindah, haha...xpe, 'dia' pun tkut nk kaco akak ghostbuster ni, hehe...jgn akak yg kaco 'dia' pulak sudah la,haha...
sy doakan akak slmt dari sebrg gngguan, insyallah...
salam perjalanan...
amin..
hehehe..
akak buat la open house..
=P
tompang lalu
salam guys..
hahahahh...
takdela...akak ok je..
sabar je la, nak wat mcm mana...nasib baik ada rumah, kalo diaorg tak bagi umah, akak nak duk mana..terima je lah...
so far ok kot...
akak bwk kan vacum ghostbuster 2?
dgn tempat simpan dia skali..
snang kalu nak pakai nanti..
heheee..
Yazilah,
Kalau berkesempatan belilah album ayat ruqyah (himpunan potongan ayat daripada al-Quran yang menjadi doa khusus untuk mengubati sihir dan gangguan makhluk halus termasuk jin atau apa saja jenisnya dan ianya dibenarkan dalam Islam) yang diperdengarkan oleh Mohd Taha Hassan Azhari. Album ni dah berada di pasaran pada harga RM9.90 (kaset) dan RM16.90 (cakera padat). Bagus sekali. {Promosi percuma]
Salam Boss..
Kwn saya penah beli kaset tu..mmg bagus..kami penah pasang kat umah sec 3 dulu. Mmg ok. Nanti saya cari, bagus juga, bole pasang kat blok saya dan office.
Thanks for your concern boss...really appreciate it...
Salam Mus...
hahhahah...akak mana ada vacuum dia...akak ada penyapu je...hahahah
Post a Comment