Monday, September 29, 2008

Kunjungan Sahabat

Semalam, Ustad dan Angah sempat singgah ke kedai makan ayah saya. Angah turun ke Johor kerana dia akan menaiki flight ke Kuching melalui Senai Airport pada 30 Sept 2008 nanti. Saya mmg tunggu kedatangan mereka. Maklumlah, lama tak jumpe ahli keluarga PERLU. Mereka lewat sedikit. Mungkin buka dengan minum air dulu ketika di dalam kereta. Apabila nampak saja kelibat Ustad dan Angah, hati saya dah berbunga bunga. Hehehhe. Mulalah adegan peluk memeluk antara saya dan Angah. Rasanya mcm lama tak jumpa. Macam 'Jejak Kasih' pula. Macam2 yg kami bualkan dan saya ada juga menanyakan khabar tentang ahli keluarga PERLU yg lain. Jealous jugak bila dengar Angah cerita tentang aktiviti PERLU sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini. Baguslah..keakraban yg perlu dijaga dan diteruskan sampai bila-bila. Rindu rasanya kepada adik2 PERLU saya di Shah Alam. Rasanya mcm tak cukup je masa saya berbual dengan Angah. Mcm2 benda yg nak diceritakan. Ini merupakan kunjungan kali kedua Ustad ke kedai ayah saya. Kepada sahabat2 saya sekalian, singgahlah ke kedai ayah saya jika mempunyai kesempatan apabila berada di Johor Bahru....

Salam Lebaran Dari Ujung Medini

Saya dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Halalkan makan minum dan ilmu yg diberikan kepada kami. Saya juga meminta maaf kepada semua sahabat-sahabat dan guru-guru saya sekiranya saya mempunyai salah silap, terkasar bahasa dan pergaulan, kurang senang dengan cara saya..harap dimaafkan. Kepada yg sahabat2 yg nak pulang ke kampung, berhati-hati dan semoga selamat di dalam perjalanan pulang dan balik semula. Semoga semuanya ceria dihari yg penuh berkat ini...Selamat Hari Raya....


xoxoxoxoxoxo,
Ikhlas dari,
Yazilah dan Keluarga

Wednesday, September 24, 2008

Lain tempat, lain ragamnya

Student di setiap universiti mempunyai latar belakang dan pe'el yg berbeza. Sepanjang saya di sini, perbezaannya amatlah ketara. Saya hanya membandingkan antara student Uitm dan Uthm. Rata2 saya rasakan student dari Uitm adalah lagi elok dari sini. Mungkin sebab saya bekas student Uitm, tetapi ianya tidak menjadi persoalan atau 'bias'. Kalau di Uitm, student patuh pada peraturan sama ada dengan secara rela atau tidak. Student takut dgn Pak Guard, patuh pada pentadbiran kolej biar pun banyak yg mencabuli peraturan, ikut aktiviti kolej biarpun dlm keadaan terpaksa kerana nak duduk di kolej, bayar sticker untuk setiap barang elektrik yg digunakan dan JPK berkuasa sepenuhnya terhadap segala aktiviti blok kecuali hal pentadbiran.
Tetapi di sini..sebaliknya...pelajar tidak perlu bayar sticker, tidak patuh pada kolej, tidak hormat staff di pejabat, etika pemakaian yg longgar dan segalanya disuap oleh pentadbiran. Tidak mengikuti aktiviti, tidak menjadi masalah kerana mereka dijanjikan kolej sehingga tahun ke-2 belajar. Tahap 'kekurang ajaran' memang dah sampai tahap melampau. Bayangkan, student dengan tanpa rasa bersalah, memaki driver bas P*****k!!!. Untung kepada pelajar tersebut kerana tidak ditampar oleh driver tersebut. Driver tersebut hanya membuat aduan sahaja kepada saya. Saya masih mencari pelajar tersebut....Antara benda yg malu saya dengar ialah bila driver yg lain bercakap bahawa kenapa pelajar yg belajar tinggi2 tetapi mulut mcm org tak sekolah dan hina sangatkah kami yg bawa bas ni?...Mentaliti pelajar di sini, berlainan sekali. Pelajar yg tidak berpuas hati dengan pensyarah atau pentadbiran, boleh membuat aduan di Sistem Aduan dan Cadangan (SACAD). Pelajar boleh menyuarakan apa sahaja dan aduan tersebut akan sampai ke org yg dituju. Org yg kena SACAD tersebut akan menjawab terus kepada pengadu. Banyak juga kes di mana setelah di SACAD banyak kali, pegawai tersebut terpaksa keluar dan ditugaskan ditempat lain. Puncanya hanyalah kerana menegur pelajar tersebut. Difahamkan, pelajar tersebut mmg selalu tak puashati dan mengada-ngada. Siapa yg salah sekarang?
Cabaran berkerja di sini mmg banyak..dlm satu hari, saya deal dgn 4 ke 5 kes pelajar. Mana yg agak ringan, hanya diberikan amaran. Mereka mengaku silap dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. Mana yg mencabar saya dan 'kurang ajar', akan dapat padahnya....(nak suruh pakai lifejacket, tak bole pulak..heheh). Ada juga pelajar yg mengherdik staff dengan mengatakan bahawa gaji kami hasil daripada yuran mereka. Boleh ke mcm tu? Sabar je la.
Mungkin para pelajar sekarang tidak nampak apa yg akan jadi pada mereka dalam masa 5 tahun atau 10 tahun yg akan datang. Sepatutnya, 'College or University Life' yg dilalui sekarang, patut digunakan sepenuhnya untuk seperti mengikut aktiviti kolej, bergaul dengan rakan, cuba menjadi pemimpin dan jadikan semua kenangan sebagai kenangan manis. Tetapi mereka tak hargai semua itu. Kolej hanyalah sebagai tempat untuk tidur dan belajar bagi mereka. Kepada para pelajar sekalian, enjoy dan nikmatilah kolej life yg anda nikmati sekarang. Jgnlah sampai takda apa nak dicerita kepada kawan atau anak cucu apabila ditanya apakah kenangan manis ketika belajar.
Bak kata En. Hisyam, "Janganlah sampai jadi Beruk Bilik"...

Thursday, September 18, 2008

Sahabat

Ptg td, saya dpt call dari saudara Rembang Waktu. Dia bertanyakan khabar dan mcm mana keadaan saya di sini. Gembira dan sebak bila dengar suara sahabat kita. Kami berbual dalam 10 minit. Walaupun 10 minit, tp amat bermakna bagi saya. Lama takde teman untuk berbual. Pada sebelah malamnya pula, saya sempat menelefon saudara PPT. Biasalah, tanya khabar sambil di jealous kan dengan aktiviti2 yg PERLU jalankan. Sabar je la. Hahhah...Mereka ni lah sahabat2 baik saya. Ahli keluarga PERLU yang amat saya sayangi...Terima kasih juga kepada rakan2 dan lecturer2 yg wish Happy Birthday kat saya. Jutaan terima kasih dari saya...
Bila dah duduk jauh dari rakan2 ni, terus terang saya katakan, hidup saya kosong skit dan boring...tanpa teman. Walaupun dekat dgn family (1 jam lebih dari Batu Pahat ke JB), tetapi saya sgt jauh dengan rakan2....Yang paling saya terasa sekali ialah tiada housemate seperti Che Sue. Masa di Sec 7 dulu, Che Sue la teman berbual, golek2..heheh, lepak2, tgk wayang sesama, selalu tenangkan hati saya bila saya risau or nangis dan mcm2 lagi la. Che Sue ibarat kakak dan emak bagi saya.....
Sepanjang saya berada di sini, saya hanya berbuka dengan housemate sementara saya, Shikin. Student fakulti engineering. Dia duduk sementara dengan saya sehingga 26 September 2008 sebelum pulang ke Perlis. Setiap petang, beliau akan sms saya, bertanyakan apa yg saya nak makan untuk berbuka dan menu wajib kami ialah cendawan goreng.. hehehhe...Sebelum itu, saya turut ditemani oleh rakan Shikin, Zazie dan Dai namanya. Merekalah penghibur saya. Budak2nya pun bagus dan baik. Perkenalan yg singkat terus menjadi rakan. Sebelum Zazie pulang ke Kuala Lumpur pada 12 September 2008 lalu, dia sempat berjumpa dengan saya. Lepas ni, Shikin pula akan pulang ke kampungnya. Tinggallah saya, sunyi dan keseorangan. Untuk rakan-rakan baru saya, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk anda semuanya. Kalau dtg ke UTHM atau Batu Pahat, singgahlah ke rumah saya.
Ya ALLAH Ya tuhan ku, Kau peliharalah kesihatan, kesejahteraan, jodoh dan rezeki kedua ibu bapaku, adik2 ku, guru2 ku, sahabat2 ku dan aku. Amin....

27 tahun

Hari ini, 18 September 2008, genaplah saya berumur 27 tahun...hehhe.
Saya hanya berdoa kepada ALLAH swt, supaya panjangkan umur kedua ibu bapa, adik2, sahabat2 serta guru2 saya, ampunkan segala dosa saya dan mereka, perliharakanlah kesihatan, kesejahteraan serta jodoh kami, berikanlah kami rezeki yg elok dan halal, dijauhkan dari siksa api neraka serta azab kubur-Nya, lancarkanlah segala urusan, perkerjaan serta pelajaran kami untuk hari ini, esok dan hari2 yg akan mendatang. Amin.....

Tuesday, September 16, 2008

Selera Serambi






Alhamdulillah....Pada awal puasa yg lalu, ayah saya telah membuka restoran atau kedai makan yg diberi nama 'Selera Serambi'. Kedai tersebut terletak di Rumah Limas di Danga Bay. Ayah saya telah memilih Rumah Limas Segamat sebagai lokasi kedai makannya. Untuk bulan Ramadhan ini, kami menyediakan juadah berbuka puasa iaitu masakan kampung daerah Segamat. Selepas Ramadhan nanti, kami akan mula menghidangkan sarapan, makan tengahari dan ikan bakar pada sebelah malamnya. Kepada penjengok2 sekalian, singgahlah ke 'Selera Serambi' jika anda ke Johor Bahru atau ke Danga Bay.

Monday, September 15, 2008

Kipas

'Kan saya dah ckp kat awak dari first day lagi, tempat awak ni mmg 'hot seat' dan pegawai kat sini sblm awak masuk, mmg slow...itu lah bait-bait kata yang paling menyampah saya dengar dari mulut si 'K' ni. Bayangkanlah, first day lagi masa saya masuk sini, dia dah ckp benda yg sama. Hari ini pun, diulangi lagi perkataan yg sama. Saya hanya diam sahaja. Malas nak layan. Dia ni hanya pembantu sahaja, tetapi lagaknya seperti seorang pegawai. Suka hati je komen pasal org lain. 'Boot licker or kipas mengipas' ni mcm satu budaya di sini. Siapa kuat kipas, kerja dan hidupnya senang. Saya perasan benda ni dari hari pertama saya kerja. Td ada pemeriksaan dari Unit Perumahan dan berbagai teguran dibuat. Saya terima teguran yg diberikan tetapi yg tak sedapnya ialah suara yg menyampuk di belakang...tukang kipas. Saya mcm nak backhand je org tu. hahhaha. Sabar je la di bulan puasa ni. .. Bagi saya personally, budaya kipas mengipas ni adalah satu budaya yg tak elok dan satu perbuatan yg tak matang. Buat apa kita nak 'kipas' jikalau kita sudah melakukan kerja yg terbaik dan buat sehabis baik. Jika kita ikhlas, ALLAH swt pasti membalasnya dan org lain pasti nampak apa yg kita buat. Budaya kipas mengipas ni selalunya akan menjejaskan periuk nasi org lain dan org yg betul2 melakukan kerja akan menjadi mangsa keadaan akibat dari mulut atau perbuatan org yg tak bertanggungjawab. Kesian kepada org yg mempunyai keluarga dan anak2. Terpaksa menanggung penangan org lain.
Ya ALLAH Ya tuhan ku, Kau jauhkan org2 seperti ini dari ku, agar aku boleh menjalankan segala urusan ku dan kerjaku dengan tenang dan lancar. Kau lancarkanlah segala urusan, pekerjaan dan perjalanan hidup kedua ibu bapa ku, adik2 ku, aku, guru2 ku serta sahabat2 ku. Amin..

Wednesday, September 10, 2008

Asas Ikhtiar Hidup



Survival – the will to live, to outlive, state of continuing to live.

1. Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.
2. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman.
3. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.

S - Size up the situation
U - Use all your senses
R - Remember where you are
V - Vanquish fear and panic
I - Improvise
V - Value living
A - Act like native
L - Live by your wits

Situasi ikhtiar hidup

v Kehabisan bekalan makanan dan minuman
v Ancaman binatang buas
v Masalah perlindungan

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:-

v Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.
v Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup
v Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan
v Teknik – kemahiran ikhtiar hidup
v Material – peralatan, pakaian dan bekalan

Punca situasi ikhtiar hidup

v Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan
v Kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.

Kepentingan ilmu ikhtiar hidup

v Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar.
v Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.
v Ilmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar.

Prinsip ikhtiar hidup

Keselamatan
Usaha
Kawalan diri
Kerjasama

1. Keselamatan

v Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa
v Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan.
v Contoh – memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar.
v Situasi ikhtiar hidup akan menkadi lagi rumit jika anda tidak menghiraukan soal keselamatan

2. Usaha

v Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
v Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu.
v Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda.
v Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar hidup mereka.
v Kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu

3. Kawalan diri

v Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif.
v Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru.
v Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri.

4. Kerjasama

v Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting.
v Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin.


Alat

v Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi ikhtiar hidup.
v Alat tersebut perlu dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air
v Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam satu bungkusan yang khusus serta kalis air.
v Dibungkus kecil supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg anda.

Makanan

v Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak.
v Mempuyai nilai kalori yang tinggi
v Jenis makanan beras, coklat, garam, oat, mee segera, ubi kentang, kopi

Perubatan

v pil anti cirit-birit
v pil malaria
v pil pelali air
v 1 set alatan patukan ular atau binatang berbisa
v pil pereda kesakitan
v pil antibiotik
v ubat sapu antibiotik

Alat kegunaan

v 2 utas tali pancing – panjang 3 meter
v Mata pancing yang kecil
v 2 utas tali untuk membuat jerat – panjang 3 meter
v 2 batang lilin
v 1 kotak mancis kalis air dan pemetik api
v 1 cermin muka kecil – sebagai isyarat untuk menarik perhatian
v 1 keping aluminum foil
v Pisau kecil
v Kompas kecil

Air

v Seseorang itu, mungkin boleh hidup lebih dari 2 minggu dengan hanya meminum air tanpa menjamah makanan.
v Kekurangan air sebanyak 2% - berlaku 25% kepincangan kepada system otot dan otak
v Kekurangan air sebanyak 10% - berada ditahap serius
v Kekurangan air sebanyak 20% - fatal stage (maut)

Punca air

v Anak sungai, tasik, sungai
v Untuk mencari air, segera turun ke kawasan lurah atau lembah
v Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan mata air atau lelehan air

Tanda-tanda terdapatnya punca air

Bunyi
Penglihatan
Binatang
Serangga
1. Bunyi

v Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya dikawasan lata, air terjun, cegar dan jeram, pasti mengeluarkan bunyi
v Matikan langkah dan pasang telinga untuk mendengar bunyi tersebut
v Jika bunyi air terlalu jauh, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

2. Penglihatan

v Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika anda berada di tempat yang tinggi.
v Jika tempat tersebut terlalu jauh, seperti biasa, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

3. Binatang

v Jika terdapat banyak binatang dan burung dikawasan tersebut, pasti disekitarnya ada punca air

4. Serangga

v Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan nyamuk adalah tanda positif untuk mendapat air.

Tuesday, September 9, 2008

Gambar Pra Hari Raya


dari kiri : Zali, Amri, En. Nazri, saya, Fariz, Izham, Fairuz


Sebelum tengahari td, kami satu office bergambar untuk kad ucapan raya HEP. Setiap kolej kediaman wajib ambil gambar. Gambar ni kami ambil disekitar rumah tamu di kolej kediaman kami, Perwira. Semua staff lelaki wajib bawa baju melayu untuk sesi bergambar ini. Hanya saya seorg sahaja staff wanita di sini. Seorg lagi, Pn. Salmiah, cuti bersalin. Masa ambil gambar tu, kami rasa mcm betul2 raya, cuma tak makan kuih dan ketupat je. heheh. Seronok rasanya...tak sabar rasanya nak raya...

Kepada sesiapa yg ke Parit Sempadan Laut, Batu Pahat masa raya nanti, singgahlah ke kolej kediaman saya di Perwira.

Monday, September 8, 2008

Cabaran kerja

Cabaran...cabaran...semasa hari pertama saya masuk kerja baru, saya dengar mcm2 cerita mengenai Kolej Kediaman Perwira. Tetapi bukanlah cerita misteri. Heheh. Cerita tentang kolej ini selalu 'dianak tirikan', kesilapan kecil selalu diperbesarkan, permohonan yg tidak dilayan, dan beberapa cerita lagi. Aduan ini saya dengar dari Pengetua dan En. Nazri. Mereka berkata bahawa, saya kena tahan telinga dengan apa jua komen dan teguran dari pihak atasan. Jika perkara tersebut tidak benar, beritahu tentang kebenarannya manakala jika perkara tersebut sebaliknya, terima teguran tersebut dan perbaiki mana yg kurang. Saya hanya mendengar saja.
ALLAH swt tu Maha Kuasa. Benda tersebut terjadi ke atas saya. Pagi tadi, saya ada meeting dengan semua staff kolej2 kediaman dan Unit Perumahan. Apa yg ditakuti telah terjadi. Saya diasak dengan soalan2 cepu emas dan soalan maut dari Unit Perumahan. Mujur saya tidak melatah... Saya jawab semuanya dengan tenang tanpa emosi walaupun tempoh saya berkerja tidak sampai pun seminggu. Semasa meeting, ada juga kolej yg tidak berpuas hati dengan kolej yg lain dan kolej sendiri. Seperti membuka pekong di dada. Meeting tersebut hampir2 menjadi 'meeting hot seat'...Pelik manusia ni, sepatutnya, di bulan yg mulia ni, mereka patut menahan marah dan bersabar, tetapi sebaliknya yg berlaku. Staff saya pun turut diasak dengan soalan bertalu-talu. Tetapi mereka bijak menangkas dan menjawab segala persoalan. Staff saya juga kerap bertanya pendapat kepada saya apabila ada isu yg ditimbulkan walaupun saya ni masih mentah dan tak tahu apa2. Kami telah menunjukkan semangat 'Apa yang penting?...KERJASAMA!!'. Heheh. Alhamdulillah... Inilah cabaran kerja baru saya dan saya terima semuanya. Saya setkan dalam hati, saya akan cuba buktikan kepada mereka bahawa kolej saya boleh setanding kolej2 lain yg diagung-agungkan oleh mereka. Aktiviti program juga telah saya atur ada antaranya akan melibatkan rakan2 saya di Shah Alam.

Thursday, September 4, 2008

Ape tu kak?

Ape tu kak?...Nape dia gerak mcm tu? Itulah benda yg ditanya oleh Ateh kpd saya. Kesian ateh...nampak benda yg tak sepatutnya dia nampak. Kejadian ini berlaku semasa di Tasik Kenyir baru2 ini. Kami baru sampai di jeti kargo dan peserta sedang unload barang dari lori. Hujan turun dengan lebat dan hari semakin malam. Ateh tetiba terpaku memandang sesuatu. Saya tgk dia dan lihat kearah tempat yg dia tgk. Rupa2 nya...dia nampak P*C**G dan P*NT*****K. 'Benda' tu berdiri ditepi pokok disebelah gazebo. Ateh tgk saya dan tanya apa benda tersebut, saya hanya ckp ianya takde apa2. Kesian saya tgk ateh, dia mmg rasa sgt takut pd waktu tersebut. Dia terus memalingkan muka dan ckp kat saya, "Ateh takutla kak...tak pernah nampak pun sebelum ni"... Esoknya, dia berkata kat saya yg dia taknak tgk benda tu lagi, pengalaman semalam pun kalau boleh, dia tak nak ingat dah.
Rezeki ateh kot malam tu, bila diberi 'penglihatan kedua' walaupun sekejap...

Wednesday, September 3, 2008

kerja baru

Alhamdulillah....hari ini saya bertugas ditempat yg baru. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia @ UTHM. Post saya adalah sebagai Penolong Pengurus Asrama dan saya ditempatkan di Kolej Kediaman Perwira. Kolej ini adalah kolej campur lelaki dan perempuan tetapi diasingkan dengan blok dengan kapasiti student sebanyak 1936 org.
Untuk pengetahuan semua, saya di interview untuk jawatan yg lain tetapi lain yg dapat. Tp takpe, saya terima sebagai rezeki saya walaupun ianya jauh tersasar dari bidang saya. Hari pertama ni mmg letih skit, saya kena buat medical check up, uruskan pas kerja dan di bawa ke semua kolej kediaman di UTHM. Saya mmg tak tahu apa skop kerja saya tetapi setelah dibriefkan oleh Timbalan Pendaftar dan pegawai di HEP, saya , mula faham sedikit. Kemudian saya ke Kolej Perwira dan berjumpa dengan Pengetua Kolej, En. Shafie or Mejar Shafie. Orgnya peramah dan amat berminat dalam rekreasi. Saya ada bincang dgn dia tentang beberapa program untuk kolej kami dan dia amat berminat. Kepada sesiapa yg berkenaan, tunggu call dari saya, beberapa projek akan menyusul...Insyallah....Hehehe