Student di setiap universiti mempunyai latar belakang dan pe'el yg berbeza. Sepanjang saya di sini, perbezaannya amatlah ketara. Saya hanya membandingkan antara student Uitm dan Uthm. Rata2 saya rasakan student dari Uitm adalah lagi elok dari sini. Mungkin sebab saya bekas student Uitm, tetapi ianya tidak menjadi persoalan atau 'bias'. Kalau di Uitm, student patuh pada peraturan sama ada dengan secara rela atau tidak. Student takut dgn Pak Guard, patuh pada pentadbiran kolej biar pun banyak yg mencabuli peraturan, ikut aktiviti kolej biarpun dlm keadaan terpaksa kerana nak duduk di kolej, bayar sticker untuk setiap barang elektrik yg digunakan dan JPK berkuasa sepenuhnya terhadap segala aktiviti blok kecuali hal pentadbiran.
Tetapi di sini..sebaliknya...pelajar tidak perlu bayar sticker, tidak patuh pada kolej, tidak hormat staff di pejabat, etika pemakaian yg longgar dan segalanya disuap oleh pentadbiran. Tidak mengikuti aktiviti, tidak menjadi masalah kerana mereka dijanjikan kolej sehingga tahun ke-2 belajar. Tahap 'kekurang ajaran' memang dah sampai tahap melampau. Bayangkan, student dengan tanpa rasa bersalah, memaki driver bas P*****k!!!. Untung kepada pelajar tersebut kerana tidak ditampar oleh driver tersebut. Driver tersebut hanya membuat aduan sahaja kepada saya. Saya masih mencari pelajar tersebut....Antara benda yg malu saya dengar ialah bila driver yg lain bercakap bahawa kenapa pelajar yg belajar tinggi2 tetapi mulut mcm org tak sekolah dan hina sangatkah kami yg bawa bas ni?...Mentaliti pelajar di sini, berlainan sekali. Pelajar yg tidak berpuas hati dengan pensyarah atau pentadbiran, boleh membuat aduan di Sistem Aduan dan Cadangan (SACAD). Pelajar boleh menyuarakan apa sahaja dan aduan tersebut akan sampai ke org yg dituju. Org yg kena SACAD tersebut akan menjawab terus kepada pengadu. Banyak juga kes di mana setelah di SACAD banyak kali, pegawai tersebut terpaksa keluar dan ditugaskan ditempat lain. Puncanya hanyalah kerana menegur pelajar tersebut. Difahamkan, pelajar tersebut mmg selalu tak puashati dan mengada-ngada. Siapa yg salah sekarang?
Cabaran berkerja di sini mmg banyak..dlm satu hari, saya deal dgn 4 ke 5 kes pelajar. Mana yg agak ringan, hanya diberikan amaran. Mereka mengaku silap dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. Mana yg mencabar saya dan 'kurang ajar', akan dapat padahnya....(nak suruh pakai lifejacket, tak bole pulak..heheh). Ada juga pelajar yg mengherdik staff dengan mengatakan bahawa gaji kami hasil daripada yuran mereka. Boleh ke mcm tu? Sabar je la.
Mungkin para pelajar sekarang tidak nampak apa yg akan jadi pada mereka dalam masa 5 tahun atau 10 tahun yg akan datang. Sepatutnya, 'College or University Life' yg dilalui sekarang, patut digunakan sepenuhnya untuk seperti mengikut aktiviti kolej, bergaul dengan rakan, cuba menjadi pemimpin dan jadikan semua kenangan sebagai kenangan manis. Tetapi mereka tak hargai semua itu. Kolej hanyalah sebagai tempat untuk tidur dan belajar bagi mereka. Kepada para pelajar sekalian, enjoy dan nikmatilah kolej life yg anda nikmati sekarang. Jgnlah sampai takda apa nak dicerita kepada kawan atau anak cucu apabila ditanya apakah kenangan manis ketika belajar.
Bak kata En. Hisyam, "Janganlah sampai jadi Beruk Bilik"...
17 comments:
bagi je pakai life jaket kak..
cari mana2 kolam or tasik dkt2 situ..
papepun..
alhamdulillah kerana kita di ni product uitm..
tak jadi mcm tu..
mmg kurang ajar betul sikap tu...singkat betul fikiran dorg ni...nti Tuhan balas blk,dorg pulak yg kena mcm ni masa keje, baru pdn muke...
sy rase elok akak mntk bajet lebih skit utk beli life jaket...sy setuju dgn pandangan w.g.t.e, hehe...
salam perjalanan...
saya x setuju la..
life jacket..
suruh je guling..
salam guys..
heheh..ada kolam terpakai kat blakang blok k, ingat nak rendamla gak..tp paras lutut je..hahhaha
rasanyer mungkin awak semua dpt tlg kot..akak ada proposekan mcm program prosiga kat diaorg..kalo jd..jemputan akan menyusul..
apa lagi..rendam...hahhahaha
pukul saja, tak pon buang ja dari kolej / universiti. alasan, masalah displin. baru depa sedaq diri sikit....
kasi rendah markah je...kalau fail nanti..jangan salah kan orang lain..suruh dia cerminkan diri sendiri..=)
Salam guys..
hehehe...kalo ikutkan hati..banyak dah budak kena buang dari kolej...hahah
akak ditempatkan di kolej yg rating masalah dia no. 1 di uthm, pastu dapat tempat tercorot untuk keceriaan kolej..bayangkan lah..
tu yg akak berazam nak ubah persepsi dan gaya pemikiran kat sini..pengetua akak pun pening...bile time meeting induk je..kolej akak la yg jd bahan jaki kolej2 lain...
Insyallah..akak akan cuba usaha untuk jdkan kolej ni baik sedikit demi sedikit...
kalo dah tak bole sgt..akak bakar je kolej ni..abis cite...hahahahhahahah
just joking..
anyway...thanks guys...
akak kena cari fire steel tu dulu..
baru senang nak bakar nanti..
Kalau saya la kerja kat sana tentu letih berjawab. Apa taknya asyik kena SACAD ja. Tak tahan looo. Itulah akibatnya kalau pelajar yang 'kenal diri'.
Salam Boss..
Sepatutnya, mereka gunakan SACAD tu sebagai medium untuk aduan dan cadangan, tp ni dah sampai boleh menyakat org pulak tu..Letih la gak bile deal ngan student yg rasa dia 'cukup ilmu di dada'. Pelik juga, kalo diaorg tak hormat org, mcm manala diaorg hormat mak ayah dia...Insyallah boss, mana yg masih sempat berubah tu, akan kami tlg, mana yg mmg dah tak dapat diselamatkan tu, kami akan cuba sedaya upaya gak..heheh
thanks boss...
Salam Mus...
Nanti kalo akak nak idupkan api, akak panggil mus..hehehheh
thanks mus..
salam..
selamat hari raya akak..
Salam kak,
push kn propsl akk 2 biar jd kem utk downg...
dh jd lynk ckp2...
haha...
nnt bru downg rse ble kne guling2...hehe
-SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN
Salam danger-man..
balas dendan nampak...hehehheh...susah nak tegur budak2 skrg ni...nanti akak suruh diaorg guling kat atas jln..heheh..kat sini takde lumpur..hahhahah
akak...jgn risau..akak buat lumpur sndri..kolam terbiar tu akak bubuh tanah merah n biarkn berair...cukup masa...rendam..(life jacket jgn lupa)..
budak2 tu xmnghargai langsung..ingat kolej tu bapk dong yg pnya kot..
satu lg..kte xpuas ati kalo dorng dok maki2 org ngan word cam agak kurang sopan..dorng pon ade perasaan tau..
semoga dorg cepat sedar dgn kesalahan diri..
Salam rekreasi. . .
Manusia mudah lupa.. .
kalau depa pakai SACAD. .. apa kata lepaih raya ni. . .akak sakat depa... bagi depa blh nampak apa2 ka. . .hahaha
tak semua student macam tu.. student pun pernah kena herdik dengan pemandu bas..sebab tu kami gunakan sacad untuk mengadu..itu sahaja medium kami untuk menyuarakan pendapat..
dan tak semua produk dari uitm itu berkualiti..terdapat juga masalah dan tak semua produk dari uthm itu teruk..
kitorg mmg th kolej ni bkn mak bapak kitorg punya..
tapi kitorg byr lbh mahal dari "product uitm" and kami juga ad hak utk surakn pendpt kami..pasal drivr van,,cuba awk2 semua jd dlu student kat sini,rs cane seksanya kami ngn certain pemandu ni..jgn nk main tuduh je,siap nk rendam,nk buang student kolej lagi..
adios and sorry...
Post a Comment