Monday, September 8, 2008

Cabaran kerja

Cabaran...cabaran...semasa hari pertama saya masuk kerja baru, saya dengar mcm2 cerita mengenai Kolej Kediaman Perwira. Tetapi bukanlah cerita misteri. Heheh. Cerita tentang kolej ini selalu 'dianak tirikan', kesilapan kecil selalu diperbesarkan, permohonan yg tidak dilayan, dan beberapa cerita lagi. Aduan ini saya dengar dari Pengetua dan En. Nazri. Mereka berkata bahawa, saya kena tahan telinga dengan apa jua komen dan teguran dari pihak atasan. Jika perkara tersebut tidak benar, beritahu tentang kebenarannya manakala jika perkara tersebut sebaliknya, terima teguran tersebut dan perbaiki mana yg kurang. Saya hanya mendengar saja.
ALLAH swt tu Maha Kuasa. Benda tersebut terjadi ke atas saya. Pagi tadi, saya ada meeting dengan semua staff kolej2 kediaman dan Unit Perumahan. Apa yg ditakuti telah terjadi. Saya diasak dengan soalan2 cepu emas dan soalan maut dari Unit Perumahan. Mujur saya tidak melatah... Saya jawab semuanya dengan tenang tanpa emosi walaupun tempoh saya berkerja tidak sampai pun seminggu. Semasa meeting, ada juga kolej yg tidak berpuas hati dengan kolej yg lain dan kolej sendiri. Seperti membuka pekong di dada. Meeting tersebut hampir2 menjadi 'meeting hot seat'...Pelik manusia ni, sepatutnya, di bulan yg mulia ni, mereka patut menahan marah dan bersabar, tetapi sebaliknya yg berlaku. Staff saya pun turut diasak dengan soalan bertalu-talu. Tetapi mereka bijak menangkas dan menjawab segala persoalan. Staff saya juga kerap bertanya pendapat kepada saya apabila ada isu yg ditimbulkan walaupun saya ni masih mentah dan tak tahu apa2. Kami telah menunjukkan semangat 'Apa yang penting?...KERJASAMA!!'. Heheh. Alhamdulillah... Inilah cabaran kerja baru saya dan saya terima semuanya. Saya setkan dalam hati, saya akan cuba buktikan kepada mereka bahawa kolej saya boleh setanding kolej2 lain yg diagung-agungkan oleh mereka. Aktiviti program juga telah saya atur ada antaranya akan melibatkan rakan2 saya di Shah Alam.

10 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

antar gi camp jer semua tu kak....
biar instruktur PERLU yang handle....

baru diorang tau

aishahadnan said...

wanderpets
wanderpets
kami datang membantu kawan yang kesusahan...
kami tak besar dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah....

aQu daN SesuAtu said...

salam kak
semoaga kak sihat dan di bawah lindungaNYA selalu
sabar kak insyALLAH smua berubah..
kalau da pa2 roger ja kita ornag di sini..

wegreentheearth said...

manusia kak..
memang dah lumrah...
papepun saya doakan akak akan cekal menghadapi cabaran yang mendatang..
gambatte kudasai...

yazilahyazir said...

salam kpd sahabat2 ku...
terima kasih...akak selalu berdoa kpd ALLAH swt supaya mengurniakan kawan2 yg baik seperti awak semua kat sini tetapi setakat ni blum jumpe lagi. Alhamdulillah dan terima kasih pasal doakan akak. awak semua mmg sahabat yg baik. Ni yg nak nangis ni. hahahhah
Have a nice day guys...
Wassalam

sname said...

apa yang penting?

aQu daN SesuAtu said...

berkerjasama....

hijau bumi Tuhan... said...

'kerjasama' je la boxer...
pandai2 tambah 'ber'...huhu


salam perjalanan...

hisyamchemat said...

orang yang baik akan mendapat kawan yang baik-baik. Jadi berbuatlah baik. Take care & be strong.

yazilahyazir said...

salam boss..
thanks for ur concern..i'll be good..heheh
selamat berpuasa boss..
have a nice day