Sepanjang minggu lepas, saya lihat berbagai sikap pelajar. Ada yg positif dan ada juga yg negatif. Mungkin org lain melihat saya seperti anti-pelajar. Sebenarnya tidak. Saya juga pernah jadi pelajar dan masih lagi sedang belajar. Belajar untuk hidup. Tetapi kisah sikap pelajar sepanjang minggu lepas membuat saya meluat dan hampa.
Sikap 1
Pada hari Jumaat yg lepas, saya telah mengeluarkan senarai nama penghuni tetap untuk semester depan. Saya telah menetapkan penempatan pelajar. Ini adalah percubaan pertama. Selama ini, pelajar boleh memilih teman serumah dan rumah mana yg mereka nak duduk. Saya tidak beberapa gemar dengan konsep tersebut kerana pelajar akan berjumpa balik dengan saya ketika pertengahan semester untuk tukar bilik lain. Ini kerana, pelajar akan datang mengadu yg temannya sudah 'lain'la, tak geng la dan banyak lagi. Ia juga akan menyusahkan saya untuk menyusunkan pelajar baru nanti. Jd untuk semester hadapan, saya yg akan tetapkan siapa teman mereka. Saya tampal senarai bilik pelajar dan nama. Pada sebelah petang dan malamnya, pelajar datang berduyun-duyun untuk melihat di mana mereka akan ditempatkan. Ada yg suka dan sebaliknya. Tetapi yg menyakitkan hati saya ialah, mereka cabut terus senarai nama yg saya tampal. Saya mmg menyirap dengan kejadian tersebut. Ada pelajar yg tidak bertanggungjawab yg membawa 'lari' senarai nama tersebut. Hilang semuanya...Jadi, mana pelajar yg tidak sempat melihat nama mereka, terpinga-pinga di depan ofis saya. Dahsyat sungguh perangai mereka. Pelik la. Pada hari Isnin berikutnya, penuh ofis saya dengan pelajar yg sibuk menanya di mana kedudukan mereka. Dah macam akuarium ikan. Hmmm...pelajar..pelajar...
Sikap 2
Pada hari sabtu yang lepas, berlangsungnya Malam Anugerah Pelajar. Malam di mana pelajar yg berjaya di dalam aktiviti, pelajaran dan sukan diberikan anugerah sebagai tanda penghargaan universiti terhadap mereka. Biasalah, bila dah malam anugerah, mestilah ada makan-makan. Acara dimulakan dengan persembahan dan makan malam. Selesai makan malam, pengacara majlis menjemput Dato' NC untuk berucap. Ketika itu, kami semua telah selesai makan. Tetapi masih ada segelintir pelajar yg masih makan dan berborak sakan. Dato' NC terus memulakan ucapannya, manakala pelajar pula semakin rancak makan dan berbual. Kami pandang sesama sendiri dan mengelengkan kepala dengan sikap pelajar. Setelah 10 minit berucap, tetiba Dato' NC senyap dan pelajar masih lagi berbual. Dengan seloroh, Dato' NC berkata, "Mungkin mc majlis menjemput saya terlalu awal kot, pelajar masih lagi nak makan. Kita ada tetamu terhormat, minta tunjuk perangai yg elok sedikit. Takpa, kalau pelajar masih lapar lagi selepas ini, kita minta TNC HEP & A, untuk belanja pelajar di Beryani Gam Best..." Kemudian, para pelajar tepuk dan bersorak kuat. Kami semua tidak menepuk tangan kerana apa yg dicakapkan oleh Dato' NC merupakan sindiran kepada pelajar, tetapi pelajar mcm ingat ianya satu gurauan. Air muka Dato' NC berubah dan hanya mengelengkan kepala. Mmg tak faham bahasa agaknya para pelajar di sini. Kami semua mmg terkejut dengan reaksi pelajar.
Kalau saya nak coretkan pe'el pelajar di sini, mmg panjang berjela. Nanti ada pula yg mengatakan saya anti-pelajar. Tapi takpala, saya berdoa dan berharap akan ada perubahan kepada pelajar-pelajar di sini. Kalau perubahan tidak dilakukan pada waktu sekarang, ianya akan terbawa-bawa ke alam pekerjaan nanti....Berubahlah demi untuk kebaikan masa hadapan.