Salam semua,
Selamat menyambut tahun baru 2016. Saya tak
pernah ada azam.. hehe.. just go with the flow.. Tp tahun ni saya nak
try berblog balik. Saya tak pandai nak mencoret.. huhu.. kelemahan saya
tu. Tp InsyALLAH saya akan try share beberapa bahan bacaan mengenai
rekreasi yg saya tahu. Kalau saya tak tahu, saya diam2 sudah.. hehehe..
Saya juga akan share saya ambil dari bahan bacaan yg menjadi rujukan, jd anda bole cari buku tersebut. Harap2 bole membantu sedikit sahabat2 semua yg bergiat aktif dengan rekreasi..
SEJARAH
PERKEMBANGAN KAYAK
Definisi Kanu Secara
Umum
Kanu
merangkumi semua kenderaan atau alatan yang menjadikan air sebagai medium
utamnya serta digerakkan dengan menggunakan teknik dayungan atau pun bantuan tenaga alam. Kayak pula
merupakan cabang daripada keluarga kanu.
PERBEZAAN KAYAK DAN
KANU
Kayak
Kayak merujuk kepada sejenis kenderaan
air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan didayung
secara berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang
Eskimo.
Kenu Canadian
Kenu Canadian merujuk kepada sejenis
kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung
dan didayung secara berlutut.
Contoh kanu ialah sampan yang
digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek
moyang kita.
PERKEMBANGAN SEMASA
DAN DEBAT DEFINISI KANU
Salah
satu isu yang amat hangat diperdebatkan dalam aktiviti kayak ialah debat definisi
kanu dan kayak. Sesetengah penggiat menggelar kayak sebagai kanu manakala penggiat
yang lain memberikan panggilan yang spesifik kepada kayak dan kanu. Sebagai penggiat
aktiviti kayak yang bijak, debat ini tidak seharusnya membawa kepada pertelagahan.
Ini kerana aktiviti kayak telah berkembang di seluruh dunia dan ia telah dikenali
dengan pelbagai nama selaras dengan istilah ibunda di Negara tersebut.
Malahan, para jurutera telah membina
pelbagai kayak yang menggabungkan elemen kanu dan kayak. Contoh paling jelas ialah
kayak Sit On Top dan Inflatable yang merupakan gabungan kayak dan kanu. Ia mempunyai
geladak terbuka (kanu) namum didayung secara berlunjur menggunakan dua bilah dayung
(kayak). Berdasarkan evolusi ini, banyak lagi model kayak terbaru yang akan dikeluarkan
dan menggabungkan ciri-ciri kanu dan kayak. Ini selaras dengan perkembangan teknologi
dan keperluan untuk memeriahkan lagi dunia aktiviti kayak.
Namun begitu, terdapat perbezaan
yang ketara di antara kanu dan kayak berbanding mendayung (rowing). Ini kerana kanu
dan kayak didayung kehadapan manakala rowing didayung kebelakang.
Selamat membaca.. :)
Rujukan dari : Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan
Dr. Md Amin bin Md Taff
4 comments:
salam dan tahniah atas coretan terbaru..hehee...so nak debatkan isu definisi ni..sit on top tu kategori kayak or kenu?
Sit on top still consider as kayak..hehe.. pasal masih menggunakan double blade.. walaupun geladaknya terbuka..
Sit on top still consider as kayak..hehe.. pasal masih menggunakan double blade.. walaupun geladaknya terbuka..
ada rujukan mana2 yg boleh dipakai ke?sebab ni dah mcm hibrid je ni..perkahwnan antara kayak dan kenu..hahaa
Post a Comment