Thursday, January 7, 2016

Hello everyone!!

Salam semua, 
Selamat menyambut tahun baru 2016. Saya tak pernah ada azam.. hehe.. just go with the flow.. Tp tahun ni saya nak try berblog balik. Saya tak pandai nak mencoret.. huhu.. kelemahan saya tu. Tp InsyALLAH saya akan try share beberapa bahan bacaan mengenai rekreasi yg saya tahu. Kalau saya tak tahu, saya diam2 sudah.. hehehe.. Saya juga akan share saya ambil dari bahan bacaan yg menjadi rujukan, jd anda bole cari buku tersebut. Harap2 bole membantu sedikit sahabat2 semua yg bergiat aktif dengan rekreasi..  

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK

Definisi Kanu Secara Umum

Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan yang menjadikan air sebagai medium utamnya serta digerakkan dengan menggunakan teknik dayungan  atau pun bantuan tenaga alam. Kayak pula merupakan cabang daripada keluarga kanu.



PERBEZAAN KAYAK DAN KANU

Kayak



          Kayak merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.




Kenu Canadian

*        Kenu Canadian merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlutut.

*        Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita.




PERKEMBANGAN SEMASA DAN DEBAT DEFINISI KANU

Salah satu isu yang amat hangat diperdebatkan dalam aktiviti kayak ialah debat definisi kanu dan kayak. Sesetengah penggiat menggelar kayak sebagai kanu manakala penggiat yang lain memberikan panggilan yang spesifik kepada kayak dan kanu. Sebagai penggiat aktiviti kayak yang bijak, debat ini tidak seharusnya membawa kepada pertelagahan. Ini kerana aktiviti kayak telah berkembang di seluruh dunia dan ia telah dikenali dengan pelbagai nama selaras dengan istilah ibunda di Negara tersebut.

Malahan, para jurutera telah membina pelbagai kayak yang menggabungkan elemen kanu dan kayak. Contoh paling jelas ialah kayak Sit On Top dan Inflatable yang merupakan gabungan kayak dan kanu. Ia mempunyai geladak terbuka (kanu) namum didayung secara berlunjur menggunakan dua bilah dayung (kayak). Berdasarkan evolusi ini, banyak lagi model kayak terbaru yang akan dikeluarkan dan menggabungkan ciri-ciri kanu dan kayak. Ini selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan untuk memeriahkan lagi dunia aktiviti kayak.

Namun begitu, terdapat perbezaan yang ketara di antara kanu dan kayak berbanding mendayung (rowing). Ini kerana kanu dan kayak didayung kehadapan manakala rowing didayung kebelakang. 

Selamat membaca.. :)

Rujukan dari : Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan 
                       Dr. Md Amin bin Md Taff

4 comments:

wegreentheearth said...

salam dan tahniah atas coretan terbaru..hehee...so nak debatkan isu definisi ni..sit on top tu kategori kayak or kenu?

yazilahyazir said...

Sit on top still consider as kayak..hehe.. pasal masih menggunakan double blade.. walaupun geladaknya terbuka..

yazilahyazir said...

Sit on top still consider as kayak..hehe.. pasal masih menggunakan double blade.. walaupun geladaknya terbuka..

wegreentheearth said...

ada rujukan mana2 yg boleh dipakai ke?sebab ni dah mcm hibrid je ni..perkahwnan antara kayak dan kenu..hahaa