Tuesday, February 19, 2013

Surat Cinta Outdoor

Setiap kali berakhirnya camp, pasti akan ada "SURAT CINTA OUTDOOR".. Di dalam surat ini, participant boleh meluahkan apa sahaja yg mereka rasa mengenai camp tersebut. Apa yg mereka rasa, apa yg mereka suka dan tak suka, fasi mana yang menjadi pilihan dan mana yg kurang menjadi pilihan dan apa2 sahaja. Mmg kalau kita baca, mmg akan akan tergelak sendirian. Ada juga terbit rasa kecewa jika terbaca komen2 negatif participant mengenai camp. Tetapi apakan daya, terpaksa terima kerana mungkin ada silapnya dimana-mana. Cuma, surat cinta outdoor ni tiada nama pemilik, jd participant tidak segan silu menulis apa yg mereka rasa tanpa rasa malu atau menyesal. Jd bait2 tulisan mereka kadang2 tidak melambangkan mereka seorg student. Kadang kala, lontaran rasa marah adalah tidak berasas dan bersifat marah serta dendam. Contoh seperti, "kem ni tak best langsung, aktiviti ini tiada hala tuju dan sebagainya. Cuba fikirkan balik, apa yg anda nak jawab final nanti bila ada soalan mengenai "aktiviti yg tiada hala tuju " itu keluar? Pasti anda tak dpt nak jawab pasal anda tak amik port langsung ketika aktiviti tersebut dijalankan. Jika aktiviti tersebut tiada hala tuju, pasti pensyarah tidak masukkan dalam senarai aktiviti.. Skrg ni, siapa yg tiada hala tuju? Aktiviti or anda? Tp takpa, ianya hanya segelintir saja.. Ada juga yg menulis mengikut keikhlasan diri, apa yg dirasa dan sebagainya. Memuji setiap aktiviti dan pensyarah yg mengajar dan fasi yg guide. Saya harap pujian itu ikhlas dan sememangnya memberikan inpak kepada diri anda. Bg saya senang je, apa yang ditulis tu melambangkan personaliti penulis itu sendiri. Jika dia menerima program tersebut dengan baik, maka baiklah yg mereka terima dan jika sebaliknya, maka sebaliknya yg mereka terima. Kita mudah mengkritik org tetapi kita jarang nak terima apa yg org ckp pasal kita. Rasa tidak puas hati mmg sentiasa akan bermain difikiran dan hati kita. Saya pun sama juga mcm tu, kekadang terbit perasaan yg sama di dalam hati.. 
Apa yg saya harapkan, kepada participant yg menulis surat cinta outdoor tempohari, pasti 5 tahun akan datang, anda akan menyesal dengan apa yg anda tulis.. Saya rasa jika diberikan peluang utk menulis semula surat tersebut, anda pasti akan ambil peluang tersebut. 

1 comment:

kak long said...

biarkan satu hari nanti...pasti mereka akan paham..betapa ruginyaaa..mereka ketika itu.. :)