Sejak saya mula-mula ikut final camp dulu, pada tahun 2001, banyak perubahan yg telah berlaku. Sama ada terhadap camp, mahupun diri saya sendiri. Kalau dahulu, participant nya sgt lain, skrg lagi la sgt lain. Cara penerimaan mereka berbeza-beza mengikut peredaran masa. Apa yg saya tgk, jika dahulu, participant akan menerima dan tidak akan mempersoalkan segala tindakan Instructors tetapi sekarang tidak. Ramai yg mempersoalkan dan tidak kurang juga yg biadap mempersoalkan sesuatu. Adakah zaman da berubah? Saya rasa tidak, saya rasa didikan sebenarnya. Ada juga perubahan yg baik, contohnya, rajin bertanya dan sebagainya. Apa yang saya kesian dkt mereka ini adalah konsep bersyukur. Ada segelintir yang tak tahu bersyukur dengan apa yg mereka ada sekarang. Jika dahulu, kem sehingga 9 hari termasuk yg dtg awal, kena buat toilet sendiri, tempat mandi sendiri dan sebagainya. Tetapi sekarang, semuanya da tersedia, tetapi masih merungut dan malas buat camp craft. Jika ditegur, tidak diterima, malah dipersoalkan pula tindakan jurulatih yang menegur. Akhirnya akan terbitlah nama "fasi" di dalam "surat cinta outdoor".. Tidak kah anda fikir, ianya utk kebaikan bersama...
Bg diri saya pula, saban tahun tidak jemu2 mengikuti final camp, saya juga jd seperti sudah malas untuk menegur.. Sejak akhir2 ini, jarang org mendengar suara saya di camp. Saya lebih banyak diam dan hanya ambil alih bila diperlukan.. ntah la.. da tua sgt kot.. hehe..
Apa pun, dengan teknologi yg semakin canggih dan peralatan yg semakin mantap, saya harap peserta, fasi dan perjalanan final camp, tidak akan berubah.. Pengisian, arah tuju dan matlamat haruslah sama. Saya bersyukur kerana sahabat2 saya seperti Shariman Shafie, Helme Basal, Ahmad Firdaus dan yg lain2 lagi masih mengekalkan pengisian Final Camp seperti yg diajar oleh guru kami En. Hisyam Che Mat. Saya berharap agar final camp akan segar sepanjang zaman dan jika diberikan kesempatan umur dan waktu, saya akan membantu sehingga termampu.. Hidup final camp!!! hehe
3 comments:
Tahniah kerana kembali mengisi kekosongan di BDUP. Moga terus kekal istiqamah mencoret.
Terima kasih juga kerana terus menyokong OutRec di FSR. Semoga Allah membalas segala kebaikan yg telah anda curahkan kepada adik2 di FSR.
Pesan saya hanya satu... usahlah diharapkan ucapan terima kasih daripada manusia di atas kebaikan yang telah kita lakukan kerana sememangnya manusia itu mmg tak pandai utk berterima kasih. Cukuplah sekadar kita yang berterima kasih kepada Allah kerana masih menyediakan ruang dan peluang untuk kita terus mencurahkan bakti kepada bidang yang kita minati. Wallahu'aklam.
Salam Boss,
InsyALLAH boss..
Ha'ah boss.. setelah berfikir 2 3 kali, saya perlu berblog semula pasal skali saya update status kat fb, panjang berjela dan mcm tak elok bila org yg tak tahu menahu pun akan tahu masalah yg dihadapi. saya terlambat sedar la boss.. tak elok rupenyer.. Mengenai final camp pula, selagi termampu dan terdaya ,saya akan cuba membantu.. Mmg inilah minat saya dan saya akan terus bergiat dalam bidang ini. Terima kasih En. Hisyam, kerana banyak memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada kami semua.. tak mampu rasanya nak balas segala jasa boss.. hanya doa agar boss dan keluarga sentiasa sihat dan dilindungi ALLAH swt.. Terima kasih sekali lagi boss..
hai lemak manis ala amboi amboi~
Saya final camp dulu masih sempat buat toilet and tempat mandi sendiri. Kerja itu telah buat saya lebih bersyukur dengan apa yang ada skrg. Camping telah menjadikan saya seorang manusia sekarang. Terima kasih guru, terima kasih final camp!
Post a Comment