Monday, December 13, 2010

Trekking Section 3


Pada semester yang lepas, saya telah diberi peluang untuk mengajar subjek Kokurikulum yang wajib diambil pelajar sepanjang pengajian. Subjek yang diajar ialah Trekking. Saya dipanggil untuk menjalani sesi TOT dan setelah melihat silibus yang diberi, saya jd pelik sebentar kerana silibus yang diberi agak tidak sesuai dengan tajuk besarnya. Tapi saya serahkan kepada penyelaras yang diberi tanggungjawab untuk menghantar fail pengajarannya. Bila diselidik, rupa-rupanya, orang yang membuat silibus tersebut 'ikut suka dan minatnya' sahaja semasa merangka silibus tersebut. Dia tidak mempunyai sijil rekreasi, tiada asas pengetahuan rekreasi yang lain dan hanya 'pengalaman' yang hebat yang selalu diceritakan sepanjang bengkel TOT tersebut. Saya ditempatkan bersama 4 orang yg lain dari subjek yang sama. Saya seorang sahaja perempuan. Penyelarasnya juga mula menyindir saya secara sinis dan seloroh. Apa yang saya buat? Saya sengih ja. Selepas penerangan diberi oleh Ketua Jabatan, penyelaras saya dan rakan-rakannya tercenggang dan mula berasa tidak selesa. Mereka mula merungut dan menyatakan sistem baru ini leceh dan menyusahkan saja. Sebelum ini, pengajar subjek Ko-ku hanya mengajar sahaja, tanpa fail pengajaran dan rubrik permarkatan. Apabila ketua jabatan baru mengambil alih, beliau telah membuat perubahan yang lebih akademik dan ianya menimbulkan masalah bagi pengajar yang sudah berumur dan tidak beberapa biasa dengan teknologi masa kini. Tapi yang bagusnya, mereka mahu belajar dan cuba untuk membiasakan diri. Sistem yang digunakan telah diselaraskan oleh KPT dan dipersetujui oleh semua IPTA. Ianya menyenangkan pengajar untuk menilai Kemahiran Insaniah dan sekaligus markah untuk subjek tersebut. Itu lah perkara yang menyebabkan penyelaras saya tidak senang duduk. Heheheh...nampaknya kehebatannya telah tercalar...hehheheh.. Jadi sayalah yang bantu mereka untuk membuat fail pengajaran, rubrik dan pembentangan. Barulah mereka mula 'menerima' saya...
Kelas saya diadakan setiap hari Rabu 4.00 - 7.00 petang. Seramai 38 orang pelajar termasuk 1 org pelajar antarabangsa ditempatkan di seksyen saya iaitu Seksyen 3. Jenuh saya kena mengajar dalam bahasa Inggeris..haha.. nasib baik juga pelajar tersebut faham bahasa Melayu kerana beliau mengambilnya sebagai subjek bahasa ketiga. Saya ajar apa yang diajar oleh Boss aka En. Hisyam ketika saya belajar dahulu. Alhamdulillah, mereka dapat menerima ilmu yang diberi dan memberikan komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang kelas. Mereka jarang ponteng kelas dan hanya tidak dtg jika mereka sakit. Ilmu yang diberikan oleh saya tidaklah banyak kerana saya juga masih belajar dan bamyak lagi benda yang saya tidak tahu. Mereka juga ada final camp, tetapi saya akan postkan ceritanya lain kali.

1 comment:

zaiham 9W2DYA / 113MB290 said...

Assalamualaikum wah tahniahlah jadi seorg pengajar yg baik. nasib baik kita belajar dari pengalaman2 yg lepaskan. Kesusahan dan kesukaranlah membawa kejayaan kita masa kini. boleh contact abg jojet kat http://9w2dya.blogspot.com