Monday, August 24, 2009

Kapas Island 2009

Alhamdulillah, selesai sudah final camp program degree dan PLK-EPJJ di Pulau Kapas, Terenganu. Camp tersebut berlangsung dari 14 hingga 19 Ogos 2009. Seperti biasa, banyak pengalaman dan perkara baru yg saya dan rakan2 dapat sepanjang camp tersebut. Camp ini berlainan dengan camp yang saya pernah ikuti. Untuk pelajar degree, kami hanya tunjuk dan mereka akan cuba organize sendiri sesama mereka. Lain pula dengan Diploma PLK-EPJJ, seperti biasa, kami akan memberi tunjuk ajar sepenuhnya kepada mereka. Camp juga berjalan dengan lancar, tiada gangguan yg berat2. Setakat 'menyakat' tu adalah sikit2. Saya dan En. Hisyam pun kena tempiasnya sedikit.
Antara pengalaman baru saya semasa di Pulau Kapas ialah ketika membuat survey untuk aktiviti Survival. Ketika itu, saya bersama Bro PPT. Kami dapat rasakan ada sedikit kelainan dihutan tersebut. Hutan tersebut terbahagi kepada 3 bahagian. 1 bahagian sgt teruk, 1 bahagian sederhana teruk dan 1 bahagian yg sangat 'cantik dan terjaga'. Saya juga 'disambut' diawal kedatangan saya. Bro PPT sendiri terasa kehadirannya. Ayatul kursi jua menjadi pendinding saya.
Saya juga kurang 'panas' sepanjang camp ini berlangsung. Terkejut saya bila En. Hisyam memanggil gelaran 'Mak Tiri' kepada saya. Hehehheh...garang sangat kah saya ni? Hehehhe. Tp apa yang penting, saya amat kagum dengan rasa hormat yg ditunjukkan oleh pelajar2 program PLK ini. Sepanjang camp berlangsung, tidak pernah sekali pun mereka memanggil saya dengan nama 'adik ke, cik kak ke, atau nama saya sahaja'. Setiap awal panggilan, pasti akan dimulakan dengan 'Cik Yazilah'. Walaupun saya ini muda berbelas tahun daripada mereka, mereka tetap hormat kami semua. Jika mereka kurang jelas tentang satu perkara, mereka akan bertanya kepada kami. Mereka memang betul2 ingin belajar. Mereka cuba bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah, aktiviti dan cuba melakukannya sehabis baik. Rasanya, handle mereka lagi senang dari yg lain. Tetapi saya terasa kesal juga dengan sikap segelintir pelajar. Mereka sudah mempunyai pengalaman mengikuti camp seperti ini, tetapi masih kurang rasa hormat, meninggi diri, cakap belakang mengenai pengajar. Membangga diri seperti tahu semua benda dan memperkecil-kecilkan tenaga pengajar. Tapi takpa, kami pun masih dalam proses belajar, kami akan belajar sampai bila2 kerana banyak lagi ilmu yg kami perlu belajar. Kami juga mengajar anda dengan ikhlas dan menghalalkan apa jua benda baik yg kami ajar. Sebab tu takdirnya, kami sebagai pengajar, manakala anda pula sebagai pelajar.... Got my message? Good..
Terima kasih juga saya ucapkan kepada En. Hisyam, kerana masih mempercayai kami dan masih memberi kami peluang untuk sama-sama mengikuti Final Camp semester ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua sahabat2 saya, para Alumni Mr. Mazlin, Mr. Shawn, Mr. Yasir, Mr. Elham, Mr. Razif, Cik Bebika dan Cik Yus. Ahli Perlu Mr. Hafiz, Mr. Dasri, Mr. Hesyam, Mr. Amiruddin, dan rakan baru kami Cik Farah.

10 comments:

hisyamchemat said...

Salam Yazilah...
Susunan ayat untuk coretan kali ini memang teratur habis. Gelaran 'Mak Tiri' tu saya bagi sebab tengok peserta-peserta serba tak kena di dapur semasa Yazilah berada di situ. Jangan marah ya...

yazilahyazir said...

Salam En. Hisyam..
Ye ke? Hahhahah..menjaga pertuturan kot..Saya tak kisahla Boss.. Masa saya duk kat dapur tu, niat sebenarnya nak tolong, tp bila dah banyak org sgt yg tolong, saya pun jd pening..kelam kabut. Masa peserta goreng ikan, saya terkena percik minyak, diaorg kata sorry, tp saya diam je. Balas dendam kot..hahhahaha..tp saya tau, sebenarnya diaorg tak sengaja..or sengaja ke? hahhaha

sname said...

enjoooyyyyy~~!!!

PPT said...

Alamak, ada lagi gelaran untuk Yazilah...
Bukan kah semasa kita di Marang dan sambil makan roti canai dan roti telur ada gelaran lain...

Nie lupa la nie....

PPT said...

Alamak, ada lagi gelaran untuk Yazilah...
Bukan kah semasa kita di Marang dan sambil makan roti canai dan roti telur ada gelaran lain...

Nie lupa la nie....

yazilahyazir said...

PPT jgn start eh...hahhahahha...biarlah rahsia..hahhaha

Anonymous said...

cek tau....glaran yg comel ntok akk...nk cek sebot ka.??hahahha..pe pon akk thanks sbb sudi kawan ngn cek noh...akk nyer pasal tot stahon tuh...hahaha

yazilahyazir said...

ello farah..
hahahhahah...best tu farah, tot setahun. mesti mcm2 skill dapat blajar...hahahhaha..selepas setahun tot tu, mesti farah akan jd instructor yg paling gempak..tak pun mcm dah tak serupa org dah..hahhaha..lamanyer tot ye..hahhahah

_F.@.R.@.H.@.L.!.N.@_ said...

hahahha...bleh noh cmtuh...dah x upa owg xkn upa beruang kot???hahah..xmok r jd instrktor gmpak..ckop2 la jd sowng yg bleh mmbantu dan jg kongsi ilmu yg da...hehehe...low profile kononnya..haha..

aimanarif said...

salam cik yazilah... thank diatas tunjuk ajar... mula2 risau gak tengok cik kat dapur... mcm Mem besar hahaha..nak masak pun jadi serba x kene..tapi bila dah kenal...baik rupanye cik comel kita nie...mekasih yek