Wednesday, August 12, 2009

Siapa tidur di sebelah saya?

Malam isnin yg lalu..saya tidur awal. Mungkin penat sangat kot pasal asyik hantar budak yg kena kuarantin. Jd tidur je la mcm biasa. Saya tidur di depan TV. Tp pabila bangun untuk Subuh, saya lihat housemate saya, Dayah, bangun dan terus masuk ke bilik, kemudian terus menutup pintu biliknya. Saya pun takde rasa apa2 masa itu. Selepas bersiap-siap untuk ke ofis, tetiba Dayah ni ckp, 'Kak, sorry pasal malam td tak tido kat luar, malam td saya sibuk marking paper student kat dlm bilik, sedar2 dah terlelap sampai pagi'...Hmmm... Saya tanya balik, 'Betul ke Dayah tak tido kat luar?'.. Kemudian dia jawab tak... Saya ckp dengan dia, sepanjang malam tu saya nampak dia tido sebelah saya..cuma dia berselubung dengan selimut. Dia siap gerak2 lagi. Cuma kami tidak berpandangan sahaja. Sepanjang malam tersebut, dia hanya pandang kearah sebelah lagi, membelakangkan saya.. Dayah ni mmg suka tido berselubung dengan selimut. Dayah tgk muka saya dan dengan nada takut dia, dia ckp yg dia tak tido luar pun malam tu. Kami saling berpandangan. Pasal nak sedapkan hati Dayah, saya ckp, alah..jgn risau la... akak mamai kot..tp sebenarnya...siapa yg tidur di sebelah saya malam tu? hmmm

8 comments:

HiCMat said...

jeng3

mohdelham said...

aik...

mohdelham said...

aik...

mohdelham said...

aik...

yazilahyazir said...

erk..
mmg takut sebenarnya...malam tu tak rasa apa2 pasal ingatkan dia tido ngan saya..tp sebenarnya tidak. Esok tu baru rasa seram bila tau yg tido sebelah saya tu bukan dia...eee..nasib baik dia tak toleh kat saya..kalo tak..makkkkkkkkkk

Penjengok-Penjengok Tegar said...

AWAS..
Anda sedang diperhatikan....

Mungkin sebab nikmat dapat tidur sebelah ........ yang buat disukai ramai ....

aishahadnan said...

huhuhu...
die nak temankan akak tu...

Apize said...

menanti bisikan dari pulau kapas....