Akhirnya, terpaksa ditutup juga UTHM. Ia akan mula ditutupbermula pada 12 hingga 23 Ogos 2009 ini. Makluman ini dibuat pada tengahari td dan serta merta akan berkuat kuasa bermula pada hari rabu ini. Mungkin ramai yg tertanya-tanya, kenapa UTHM tidak ditutup awal walaupun di Batu Pahat sahaja sudah ada 2 kes kematian disebabkan oleh H1N1. Ini mungkin antara sebabnya, pertama, bermula dari 4 hingga 10 Ogos 2009 berlangsungnya Pesta Konvokesyen UTHM yg ke-8. Manakala majlis konvokesyennya pula bermula pada 8 hingga 10 Ogos 2009. Kedua pula, mungkin kerana tidak mahu menghampakan ibu bapa yg sudah menempah tiket kapal terbang, hotel dan sebagainya semata-mata untuk melihat anaknya konvo.
Sejak minggu lepas juga, pelajar2 yg didapati demam akan dikuarantinkan di Kolej Kediaman Taman Universiti. Sepanjang itu jugalah saya standby 24 jam di Kolej Kediaman Perwira. Apabila mendapat panggilan telefon dari PKU sahaja, saya perlu bergegas ke sana untuk mengambil pelajar yg sakit. Tugas saya dan staf saya adalah mengambil pelajar di Pusat Kesihatan Universiti, kemudian bawa semula ke kolej kediaman untuk mengambil barang peribadi mereka dan seterusnya menghantar mereka ke tempat kuarantin. Penat juga, bayangkanlah, dalam 1 hari seramai 7 org yg perlu dikuarantin. Ulang alik ke tempat kuarantin. Rasanya mcm takut pun ada kerana kita terdedah dengan org yg sakit. Alamatnya, pakai mask la saja kemana pun kami pergi. Pelajar yg dikuarantin pula akan dipantau oleh PKU dan setiap hari sebanyak 3 kali, suhu badan mereka akan diambil. Apabila suhu badan mereka menurun, mereka akan dibenarkan balik ke kolej masing2. Pelajar juga boleh balik jika ibu bapa mereka datang mengambil mereka.
Letih, sememangnya letih. Tetapi atas dasar tugas, kenalah buat juga. Suasana di PKU, lagilah sesak. Penuh dengan pelajar yg sakit. Muka nurse dan doktor pun dah naik letih. Jgn la pula mereka yg sakit. Kesian mereka. Bayangkanlah dalam masa 3 hari, pusat kuarantin penuh dengan pelajar seramai 47 org. Saya pun risau juga kalau pelajar2 ini tidak dikuarantin, takut pula demamnya berjangkit dengan pelajar yg lain. Setelah hebahan dibuat pada tengahari td, ramai pelajar yg sengih sampai ke telinga. Syoknyer cuti ye..Tp, mereka tidak tahu senario yg sebenarnya. PKU telah mengeluarkan kenyataan bahawa selepas mereka balik bercuti, berkemungkinan besar, jumlah pelajar yg sakit akan bertambah. Ini kerana mereka lagi terdedah dengan org luar. Hmmmm.....macam mana ya.....
8 comments:
apa yang tinggal kini..ialah kita perlu berdoa supaya...wabak h1n1 ini tidak merebak di uthm..
apa yang tinggal kini..ialah kita perlu berdoa supaya...wabak h1n1 ini tidak merebak di uthm..
Tahniah akak...
Apa pun jangan dilupakan puasa yang belum digantikan yea....
Selamat berjuang...
PPT
salam...
akak dah gi jumpe dokter??
Kalau macam tu, nak ke Pulau Kapas nanti pun kenalah staf UTHM pakai mask.
Salam Boss..
Alamak..ok..nanti saya pakai mask..hehheh....
Salam Ecah..
Alhamdulillah..akak ok..batuk2 skit tu mmg ada..
Salam Bro PPT..
heheheh..dah ganti la..
hehehhe
Alamak kantoi la dia pergi P.Kapas... Nak buat suprise la kot....
Ha Hah Ha...
Gud Luck dan kirim salam semua...
PPT
salam...
sy terjumpa blog ni masa tgh search pasal kes H1N1 kat UTHM..
PKU tak de kuarkan senarai pelajar yg dikuarantin??
and camne plak ngan staff kalo dikuarantin?
sbb nye saya tgh mcari kawan sy di uthm yg tetiba je lost contact.
cal x angkat..sms x berjawab..
kalo kuarantin hp x leh dibawa skali ke???
agak konfius ngan situasi di UTHM skrg.huhuh
Post a Comment