Wednesday, August 26, 2009

Saya Doakan Awak.....

Semasa saya bekerja di MSN dahulu, saya pernah mengikuti satu kursus motivasi ketika di bulan puasa. Ia adalah kursus pertama saya ketika mula-mula bertugas di MSN. Segmen-segmen di dalam kursus motivasi tersebut amat menarik. Ia dikendalikan oleh sekumpulan pakar motivasi dan mereka merupakan bekas graduan dari UPM. Masing-masing mempunyai Phd di dalam bidang yg berkaitan. Antara segmen yg menarik minat saya ialah segmen 'I don't know u, but i'll..'. Di dalam segmen ini, kami digandingkan dengan orang yg kami mmg tidak kenal. Pasangan saya ialah Anuar. Beliau adalah pegawai dari MSN Perak. Saya mmg tidak mengenalinya dan beliau juga tidak mengenali saya. Task kami ialah, didalam masa 10 minit, kami perlu senaraikan seberapa banyak doa untuk pasangan kita. Contohnya, saya doakan awak panjang umur, murah rezeki, dan lain-lain. Walaupun tidak mengenali dia, saya tetap mendoakan supaya dia panjang umur, murah rezeki dan seterusnya. Saya berjaya menyenaraikan sebanyak 20 doa untuk dia. Tetapi si Anuar ni, dia mcm terkebil-kebil nak doakan saya apa. Saya lihat kertasnya, dia hanya doakan saya sebanyak 5 perkara sahaja. Saya hanya sengih sahaja. Apabila masa yg diberikan sudah tamat, kami disuruh pula berpandangan dan membacakan apa yg kita doakan untuk kawan kita. Apabila tiba di group kami, Anuar pun membacakan doanya kepada saya. Doa dia ialah semoga panjang umur, murah rezeki, cepat jodoh, kesihatan terjaga dan selamat sepanjang hidup. Tiba part saya pula, saya doakan dia berjaya di dalam hidup, dipelihara kesihatannya, semoga jd anak yg soleh, dpt isteri solehah, dan seterusnya. Ye la, 20 doa untuk dia. Kemudian, perkara yg tidak disangka terjadi. Si Anuar ni, tunduk sambil mengalirkan air mata. Saya pun terperanjat juga. Apabila penceramah tanya kenapa dia menangis, dia kata dia terharu kerana saya tidak mengenali beliau tetapi mendoakanya dengan perkara yg baik-baik. Dia hanya dapat menyenaraikan 5 doa sahaja kepada saya. Di akhir segmen tersebut, penceramah pun mengulas tentang aktiviti yg telah kami lakukan td. Kata beliau, selain ibu bapa dan sahabat kita, kita juga boleh mendoakan org lain walaupun kita tidak kenal mereka. Kadang-kadang org yg kita kenal pun kita tidak mendoakan perkara yg baik-baik mengenai mereka. Katanya lagi, ALLAH pasti makbulkan doa kita samaada cepat atau lambat. God never forget, but we are. Yang lebih menarik lagi, penceramah tersebut bukannya Muslim....


Ya ALLAH ya Tuhan ku, kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, aku, adik-adikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan saudara-saudara ku. Kau peliharakan lah rezeki, umur, kesejahteraan, jodoh, kesihatan dan keselamatan mereka. Jauhkanlah kami dari segala azab siksa kubur serta malapetaka dan bencana. Kau masukkanlah kami semua ke syurga Mu yg indah. Ya ALLAH ya tuhanku, terimalah doa kami ini sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. Amin....

Monday, August 24, 2009

Kapas Island 2009

Alhamdulillah, selesai sudah final camp program degree dan PLK-EPJJ di Pulau Kapas, Terenganu. Camp tersebut berlangsung dari 14 hingga 19 Ogos 2009. Seperti biasa, banyak pengalaman dan perkara baru yg saya dan rakan2 dapat sepanjang camp tersebut. Camp ini berlainan dengan camp yang saya pernah ikuti. Untuk pelajar degree, kami hanya tunjuk dan mereka akan cuba organize sendiri sesama mereka. Lain pula dengan Diploma PLK-EPJJ, seperti biasa, kami akan memberi tunjuk ajar sepenuhnya kepada mereka. Camp juga berjalan dengan lancar, tiada gangguan yg berat2. Setakat 'menyakat' tu adalah sikit2. Saya dan En. Hisyam pun kena tempiasnya sedikit.
Antara pengalaman baru saya semasa di Pulau Kapas ialah ketika membuat survey untuk aktiviti Survival. Ketika itu, saya bersama Bro PPT. Kami dapat rasakan ada sedikit kelainan dihutan tersebut. Hutan tersebut terbahagi kepada 3 bahagian. 1 bahagian sgt teruk, 1 bahagian sederhana teruk dan 1 bahagian yg sangat 'cantik dan terjaga'. Saya juga 'disambut' diawal kedatangan saya. Bro PPT sendiri terasa kehadirannya. Ayatul kursi jua menjadi pendinding saya.
Saya juga kurang 'panas' sepanjang camp ini berlangsung. Terkejut saya bila En. Hisyam memanggil gelaran 'Mak Tiri' kepada saya. Hehehheh...garang sangat kah saya ni? Hehehhe. Tp apa yang penting, saya amat kagum dengan rasa hormat yg ditunjukkan oleh pelajar2 program PLK ini. Sepanjang camp berlangsung, tidak pernah sekali pun mereka memanggil saya dengan nama 'adik ke, cik kak ke, atau nama saya sahaja'. Setiap awal panggilan, pasti akan dimulakan dengan 'Cik Yazilah'. Walaupun saya ini muda berbelas tahun daripada mereka, mereka tetap hormat kami semua. Jika mereka kurang jelas tentang satu perkara, mereka akan bertanya kepada kami. Mereka memang betul2 ingin belajar. Mereka cuba bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah, aktiviti dan cuba melakukannya sehabis baik. Rasanya, handle mereka lagi senang dari yg lain. Tetapi saya terasa kesal juga dengan sikap segelintir pelajar. Mereka sudah mempunyai pengalaman mengikuti camp seperti ini, tetapi masih kurang rasa hormat, meninggi diri, cakap belakang mengenai pengajar. Membangga diri seperti tahu semua benda dan memperkecil-kecilkan tenaga pengajar. Tapi takpa, kami pun masih dalam proses belajar, kami akan belajar sampai bila2 kerana banyak lagi ilmu yg kami perlu belajar. Kami juga mengajar anda dengan ikhlas dan menghalalkan apa jua benda baik yg kami ajar. Sebab tu takdirnya, kami sebagai pengajar, manakala anda pula sebagai pelajar.... Got my message? Good..
Terima kasih juga saya ucapkan kepada En. Hisyam, kerana masih mempercayai kami dan masih memberi kami peluang untuk sama-sama mengikuti Final Camp semester ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua sahabat2 saya, para Alumni Mr. Mazlin, Mr. Shawn, Mr. Yasir, Mr. Elham, Mr. Razif, Cik Bebika dan Cik Yus. Ahli Perlu Mr. Hafiz, Mr. Dasri, Mr. Hesyam, Mr. Amiruddin, dan rakan baru kami Cik Farah.

Wednesday, August 12, 2009

Siapa tidur di sebelah saya?

Malam isnin yg lalu..saya tidur awal. Mungkin penat sangat kot pasal asyik hantar budak yg kena kuarantin. Jd tidur je la mcm biasa. Saya tidur di depan TV. Tp pabila bangun untuk Subuh, saya lihat housemate saya, Dayah, bangun dan terus masuk ke bilik, kemudian terus menutup pintu biliknya. Saya pun takde rasa apa2 masa itu. Selepas bersiap-siap untuk ke ofis, tetiba Dayah ni ckp, 'Kak, sorry pasal malam td tak tido kat luar, malam td saya sibuk marking paper student kat dlm bilik, sedar2 dah terlelap sampai pagi'...Hmmm... Saya tanya balik, 'Betul ke Dayah tak tido kat luar?'.. Kemudian dia jawab tak... Saya ckp dengan dia, sepanjang malam tu saya nampak dia tido sebelah saya..cuma dia berselubung dengan selimut. Dia siap gerak2 lagi. Cuma kami tidak berpandangan sahaja. Sepanjang malam tersebut, dia hanya pandang kearah sebelah lagi, membelakangkan saya.. Dayah ni mmg suka tido berselubung dengan selimut. Dayah tgk muka saya dan dengan nada takut dia, dia ckp yg dia tak tido luar pun malam tu. Kami saling berpandangan. Pasal nak sedapkan hati Dayah, saya ckp, alah..jgn risau la... akak mamai kot..tp sebenarnya...siapa yg tidur di sebelah saya malam tu? hmmm

Monday, August 10, 2009

Akhirnya..ditutup jua


Akhirnya, terpaksa ditutup juga UTHM. Ia akan mula ditutupbermula pada 12 hingga 23 Ogos 2009 ini. Makluman ini dibuat pada tengahari td dan serta merta akan berkuat kuasa bermula pada hari rabu ini. Mungkin ramai yg tertanya-tanya, kenapa UTHM tidak ditutup awal walaupun di Batu Pahat sahaja sudah ada 2 kes kematian disebabkan oleh H1N1. Ini mungkin antara sebabnya, pertama, bermula dari 4 hingga 10 Ogos 2009 berlangsungnya Pesta Konvokesyen UTHM yg ke-8. Manakala majlis konvokesyennya pula bermula pada 8 hingga 10 Ogos 2009. Kedua pula, mungkin kerana tidak mahu menghampakan ibu bapa yg sudah menempah tiket kapal terbang, hotel dan sebagainya semata-mata untuk melihat anaknya konvo.

Sejak minggu lepas juga, pelajar2 yg didapati demam akan dikuarantinkan di Kolej Kediaman Taman Universiti. Sepanjang itu jugalah saya standby 24 jam di Kolej Kediaman Perwira. Apabila mendapat panggilan telefon dari PKU sahaja, saya perlu bergegas ke sana untuk mengambil pelajar yg sakit. Tugas saya dan staf saya adalah mengambil pelajar di Pusat Kesihatan Universiti, kemudian bawa semula ke kolej kediaman untuk mengambil barang peribadi mereka dan seterusnya menghantar mereka ke tempat kuarantin. Penat juga, bayangkanlah, dalam 1 hari seramai 7 org yg perlu dikuarantin. Ulang alik ke tempat kuarantin. Rasanya mcm takut pun ada kerana kita terdedah dengan org yg sakit. Alamatnya, pakai mask la saja kemana pun kami pergi. Pelajar yg dikuarantin pula akan dipantau oleh PKU dan setiap hari sebanyak 3 kali, suhu badan mereka akan diambil. Apabila suhu badan mereka menurun, mereka akan dibenarkan balik ke kolej masing2. Pelajar juga boleh balik jika ibu bapa mereka datang mengambil mereka.

Letih, sememangnya letih. Tetapi atas dasar tugas, kenalah buat juga. Suasana di PKU, lagilah sesak. Penuh dengan pelajar yg sakit. Muka nurse dan doktor pun dah naik letih. Jgn la pula mereka yg sakit. Kesian mereka. Bayangkanlah dalam masa 3 hari, pusat kuarantin penuh dengan pelajar seramai 47 org. Saya pun risau juga kalau pelajar2 ini tidak dikuarantin, takut pula demamnya berjangkit dengan pelajar yg lain. Setelah hebahan dibuat pada tengahari td, ramai pelajar yg sengih sampai ke telinga. Syoknyer cuti ye..Tp, mereka tidak tahu senario yg sebenarnya. PKU telah mengeluarkan kenyataan bahawa selepas mereka balik bercuti, berkemungkinan besar, jumlah pelajar yg sakit akan bertambah. Ini kerana mereka lagi terdedah dengan org luar. Hmmmm.....macam mana ya.....

Tuesday, August 4, 2009

Penangan H1N1

Mulai dari semalam, saya mula menghantar student kolej kediaman saya ke tempat quarantine. Mereka akan diquarantine sehingga baik. Pelajar juga boleh balik ke rumah jika ibu bapa mahu datang mengambil mereka. Mulai semalam juga, saya mula standby di ofis untuk menghantar student yg sakit dan akan diquarantine. Di UTHM, kami tidak menutup universiti selagi tiada arahan yg diberikan dari Dato' NC. Sekarang juga sedang berlangsung pesta konvokesyen ke 8. Para pelajar yg akan berkonvo pada 8 hingga 9 Ogos 2009 ini. Mungkin ini salah satu sebab universiti tidak ditutup. Takut tiada sambutan ketika berlangsungnya pesta konvo. Setakat ini, seramai 7 org pelajar saya diquarantine. Kami satu ofis semua sudah mula memakai mask sebagai langkah berjaga-jaga. Kami deal dgn student setiap masa, jd rasa agak takut jugalah kerana perlu berinteraksi dengan student. Bukan apa, sebagai langkah berjaga-jaga sahaja. Untuk semua bloggers, banyakkan minum air, makan makanan yg mengandungi QUECERTIN (paling banyak dlm bawang merah, buah-buahan dan sayur), minum isotonik drink dan banyakkan rehat. These are some of the good article that i found in the internet.. http://www.squidoo.com/preventing-swine-flu i've been reading it ever since. It's a very good sources of information that we can know and learn about the h1n1 flu. Maybe we can learn a few things in order to prevent the flu. Eventhough WHO said that it has become an outbreak, doesn't mean that we cannot prevent n stop it. Every disease has a cure. Just believe in it. And the keyword to overcome the outbreak is 'BE CALM AND DO NOT PANIC'.. and have fun reading it...

Saturday, August 1, 2009

Alhamdulillah..Dah setahun dah


Alhamdulillah...hari ini, genap setahun blog saya. Tak sangka pula. Sekejap saja masa berlalu. Bermula dengan nama 'Simfoni Alam', kemudian, saya tukar kepada 'Bisikan dari Ujung Tanah'. Masa awal2 nak buat blog ni, saya pernah terfikir, apa yg akan ditulis nanti apabila saya mula berblog. Takut postnya tidak menarik, tiada apa yg nak dicoretkan dan banyak lagi. Tetapi, galakkan dan sokongan sahabat2 menjadi nadi utama untuk saya teruskan sahaja aktiviti berblog ini. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada org yg menggalakkan kebanyakkan sahabat saya dan saya sendiri untuk berblog. Tidak lain tidak bukan...En. Hisyam B. Che Mat a.k.a Boss. Terima kasih Boss...hehehehh. Tidak lupa juga kepada Mr. Shawn, Bro PPT, Mr. Mustakim dan Mr. Yasir, mereka juga banyak menggalakkan saya supaya sama2 mengikuti aktiviti berblog ini... Saya berharap, saya akan akan kekal berblog selagi lama yg mampu, agar dapat berkongsi cerita dan pengalaman selama saya berada di negeri Ujung Medini ini. Last but not least, Happy 1st Anniversary To my 'Bisikan Dari Ujung Tanah' blog..hehhehe and Happy Blogging to Everyone...