Monday, May 25, 2009

KKRTS UTHM








Alhamdulillah, Kursus Kejurulatihan Rekreasi Luar Tahap 1 untuk pelajar UTHM telah selamat diadakan pada 11 hingga 14 Mei 2009 yg lalu. Semuanya berjalan lancar tanpa berlaku perkara-perkara yg tidak diingini dan tiada juga sebarang kemalangan yg berlaku. Safety First...itulah yang selalu diamalkan. Kursus tersebut di kendalikan oleh TEAMTACT. Tahniah dan penghargaan mmg patut diberikan kepada TEAMTACT kerana berjaya mengendalikan kursus ini. Pelajar yg terlibat semuanya dari Kolej Kediaman Perwira dan ada juga wakil dari Kolej Kediaman yg lain. Feedback yg saya dapat dari para pelajar mmg cukup baik. Staff saya juga amat teruja dan Alhamdulillah, mereka semua dapat sesuaikan diri dengan instructor dari TEAMTACT. Mereka tidak pernah pergi ke kursus sebegini sebelum ini. Ini merupakan pengalaman yg baru dan menarik buat mereka. Saya juga berpuas hati dengan para peserta yg mengikuti kursus ini walaupun ada yg merasakan kursus tersebut lain dari apa yg disangka. Saya faham, mereka tidak pernah merasai pengalaman sebegini. Mereka juga bukanlah pelajar dari fakulti Sains Sukan. Tapi di dalam sesetengah perkara, saya agak kagum dengan pencapaian yg ditunjukkan oleh para peserta. Pujian patut diberikan kepada mereka. Insyallah, jika tiada aral melintang, pasti saya akan memajukan beberapa nama untuk dilatih menjadi instructor. Ada juga 'True Colors' yg keluar ketika kursus tersebut berjalan. Takpa, biar saya simpan sahaja. Diharap dapat diubah yg mana tidak elok dan dimurnikan lagi mana yg baik. Sepanjang kursus tersebut berlangsung berbagai aktiviti yg disediakan oleh TEAMTACT. Antara aktiviti tersebut adalah, Abseiling, Flying Fox, Kayaking, Orienteering, Camp Craft, Blind Trail, Survival, First Aid n CPR dan Navigation. Para peserta sememangnya amat seronok dan ada yg ingin ke level 2 pula. Saya berharap aktiviti begini dapat diteruskan dan seterusnya menjadi aktiviti wajib untuk Kolej Kediaman Perwira.


p/s : Terima kasih tidak terhingga saya kepada semua Instructor Teamtact yg mengendalikan kursus tersebut. Mereka ialah Mr. Shawn, Mr. Malin, Mr. Mus, Mr. Yasir, Mr. Ajoy, Mr. Stone, Mr. Dasri, Miss Lenny....Jasa anda semua, tidak terbalas oleh saya..Tidak lupa juga kepada sahabat2 yg sudi menjengok kami iaitu Mr. Iman dan Mr. Boyington....Terima kasih semua...

Wednesday, May 20, 2009

Sayang Mama

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mama saya dan semua kaum ibu diseluruh dunia. Mama, Mummy, Ibu, Emak, Ummi, walau apa pun gelaran dan panggilannya, peranannya tetap sama. Wanita yg melahirkan dan menyusukan kita. Bila kita nangis, beliau yg akan memujuk kita dahulu, bila kita marah, beliau yg akan menenangkan kita dahulu..banyak lah lagi yg akan beliau buat untuk kita. Saya sayang Mama saya. Saya mmg rapat dengan Mama saya sejak dari kecil lagi. Saya belajar masak pun dari Mama saya. Saya mula memasak ketika saya darjah 4. Ketika itu, Mama saya sakit selama 2 minggu. Adik2 pula masih lagi kecil dan saya kena pikul tanggungjawab sementara untuk memasak. Apa lagi, saya masak je apa yg saya tahu..hentam je la...ehhehehhe..nak bagi Mama dan adik2 makan. Dari peristiwa itulah saya mula belajar memasak dan terus minat memasak. Saya mmg manja dengan Mama. Saya cukup suka bila Mama letak tapak tangannya dimuka saya. Tapi bukan tampar tau. Hehehehh...manja kan?...
Bagi saya, Hari Ibu sepatutnya disambut setiap hari...tak payah tunggu bulan Mei setiap tahun baru mengucapkannya. Emak kita patut diraikan setiap hari. Saya sedih bila ada kawan2 yg bercerita tentang ibu bapa mereka yg telah meninggal dunia. Bagaimana perasaan rindu mereka terhadap arwah ibu bapa mereka. Tidak dapat saya bayangkan mcm mana kalau ianya terjadi kepada saya. Saya masih beruntung kerana masih mempunyai Mama dan Ayah. Selagi mereka masih hidup, selagi itulah kita perlu luangkan banyak masa bersama mereka. Saya tak kisahlah org nak ckp apa pun pada saya seperti anak manja la, suka duduk bawah ketiak mama dan ayahla, yg penting, saya mmg manja dan sayang akan Mama dan Ayah saya. Semasa saya bekerja di Shah Alam, sebulan sekali baru saya boleh pulang ke kampung. Tetapi,sejak saya bekerja di Batu Pahat, kalau tiada program dihujung minggu, pasti saya akan balik ke JB. Jika saya tidak berkesempatan untuk pulang dihujung minggu, mereka pula akan bertandang, menjengok saya di Batu Pahat. Sayangilah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup, jgn sampai kita menyesal dikemudian hari. Ibu bapa kita tidak pernah harapkan wang ringgit daripada kita, yg mereka benar2 mahu hanyalah kasih sayang dan sentiasa diingati.
p/s : To Mama dan Ayah, kakak sayang mama dan ayah sangat2. Semoga mama dan ayah panjang umur, dipelihara kesihatannya dan dimurahkan rezeki....Amin...

Monday, May 18, 2009

What's gonna work..Team Work!!!!!!!!!!!!







Alhamdulillah, selesai sudah SAS International Eco Challenge 2009. Semuanya berjalan dengan lancar. Kesilapan kecil pasti ada. Adatla..tapi dapat diselesaikan. Tahniah diucapkan kepada Race Director (PPT) dan Chief Marshall (Shawn) serta semua marshall. Saya mmg kagum dengan mereka kerana berjaya membuat track yg bagi saya amat susah dan payah. PPT, Shawn, Mus, Yasir dan Ajoy mmg terbaik. Mereka yg mula2 discover track tersebut dan merasai kepayahannya dari mula lagi. Mmg mereka patut dipuji dan diberi penghargaan. Persiapan mereka juga amat teliti dan aspek keselamatan juga amat diambil berat. Teamwork dan team spirit yg diberikan juga amat memberi makna kepada semua. Saya berasa bertuah kerana diberikan peluang mengikuti race kali ini. Melalui race ini, saya seperti mengenali mereka lebih mendalam lagi. Saya suka dengan cara mereka menangani semua masalah dan menegakkan apa yg patut mereka perolehi. Saya rasa, ketika race ini berlangsung, rasanya Team Marshall lah team yg paling bersatu dan bersemangat. Sakit pun kami ketepikan. Mus, terpaksa dimasukkan air dan gula, tetapi tetap menjalankan tugas dan bersemangat. Sekali lagi saya ucapkan TAHNIAH buat Race Director, Chief Marshall dan semua marshall. Saya berharap kami semua boleh berkerjasama lagi di masa yg akan datang.


p/s: Boss, kalau boss ada kat situ, boss mesti bangga dengan mereka semua. Itupun atas didikan boss juga. Terima kasih boss...

Tuesday, May 5, 2009

Pulau Tioman..here I come....

Alhamdulillah, Eco challenge Tasek Bera sudah berakhir. Tetapi yg di Pulau Tioman pula akan bermula esok...Inilah kali kedua saya ke Pulau Tioman selepas kejadian final camp tahun 2001 yg lalu. Eco challenge di Pulau Tioman tidak berlangsung di Kg. Mukut. Hehehe... Skrg ni saya berada di satu CC di bandar Mersing. Saje2 update blog sementara menunggu sahabat2 saya yg lain tiba. Oleh kerana saya duduk di Batu Pahat, maka saya yg paling awal sampai di Bandar Mersing. Saya berharap pemergian saya ke Pulau Tioman kali ini akan memberi kenangan manis dan baru....Post mengenai Eco challenge 2009 akan saya coretkan nanti. Berbagai kenangan yg kami dapat sepanjang di Tasek Bera.