Wednesday, May 20, 2009

Sayang Mama

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mama saya dan semua kaum ibu diseluruh dunia. Mama, Mummy, Ibu, Emak, Ummi, walau apa pun gelaran dan panggilannya, peranannya tetap sama. Wanita yg melahirkan dan menyusukan kita. Bila kita nangis, beliau yg akan memujuk kita dahulu, bila kita marah, beliau yg akan menenangkan kita dahulu..banyak lah lagi yg akan beliau buat untuk kita. Saya sayang Mama saya. Saya mmg rapat dengan Mama saya sejak dari kecil lagi. Saya belajar masak pun dari Mama saya. Saya mula memasak ketika saya darjah 4. Ketika itu, Mama saya sakit selama 2 minggu. Adik2 pula masih lagi kecil dan saya kena pikul tanggungjawab sementara untuk memasak. Apa lagi, saya masak je apa yg saya tahu..hentam je la...ehhehehhe..nak bagi Mama dan adik2 makan. Dari peristiwa itulah saya mula belajar memasak dan terus minat memasak. Saya mmg manja dengan Mama. Saya cukup suka bila Mama letak tapak tangannya dimuka saya. Tapi bukan tampar tau. Hehehehh...manja kan?...
Bagi saya, Hari Ibu sepatutnya disambut setiap hari...tak payah tunggu bulan Mei setiap tahun baru mengucapkannya. Emak kita patut diraikan setiap hari. Saya sedih bila ada kawan2 yg bercerita tentang ibu bapa mereka yg telah meninggal dunia. Bagaimana perasaan rindu mereka terhadap arwah ibu bapa mereka. Tidak dapat saya bayangkan mcm mana kalau ianya terjadi kepada saya. Saya masih beruntung kerana masih mempunyai Mama dan Ayah. Selagi mereka masih hidup, selagi itulah kita perlu luangkan banyak masa bersama mereka. Saya tak kisahlah org nak ckp apa pun pada saya seperti anak manja la, suka duduk bawah ketiak mama dan ayahla, yg penting, saya mmg manja dan sayang akan Mama dan Ayah saya. Semasa saya bekerja di Shah Alam, sebulan sekali baru saya boleh pulang ke kampung. Tetapi,sejak saya bekerja di Batu Pahat, kalau tiada program dihujung minggu, pasti saya akan balik ke JB. Jika saya tidak berkesempatan untuk pulang dihujung minggu, mereka pula akan bertandang, menjengok saya di Batu Pahat. Sayangilah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup, jgn sampai kita menyesal dikemudian hari. Ibu bapa kita tidak pernah harapkan wang ringgit daripada kita, yg mereka benar2 mahu hanyalah kasih sayang dan sentiasa diingati.
p/s : To Mama dan Ayah, kakak sayang mama dan ayah sangat2. Semoga mama dan ayah panjang umur, dipelihara kesihatannya dan dimurahkan rezeki....Amin...

2 comments:

PPT said...

Kirim salam jugak kat Mama kita yea...

wegreentheearth said...

selamat hari ibu kepada semua ibu2 dan juga bakal2 ibu...