Thursday, April 9, 2009

Minggu yg Letih tp Seronok

Minggu ni agak sibuk dengan tugasan di ofis, tetapi sempat gak jengah blog sahabat2. Minggu lepas, minggu saya bermula dengan agak slow, malas dan stress. Saya sampai terpaksa ambil MC kerana kena migraine yg teruk. Diberi rehat satu hari oleh Doc Saidatul. Mungkin pasal pening nak pikir pasal penempatan pelajar. Setelah berehat satu hari, barulah ok skit, itupn kepala masih berdenyut-denyut. Sabtu lepas, sahabat saya, Nizam telah datang ke restoren ayah saya di Danga Bay. Tujuannya ke JB adalah kerana ada pameran 'Jom Masuk U'. Dia wakil dari Fakulti Perubatan. Kebetulan, saya juga berada di JB, apa lagi bila dah berjumpa, bermacam-macam ceritalah kami sembangkan. Kami jarang berjumpa, cuma berhubung melalui telefon dan sms saja.
Pada hari Ahadnya pula, saya dan keluarga ke Dewan UPM di Serdang kerana adik saya ada undangan nyanyian di sana. Saya sempat memaklumkan kpd beberapa rakan lain dan mungkin masa tidak beberapa sesuai, mereka semua agak sibuk dengan persiapan Eco Challenge yg akan berlangsung pada bulan Mei 2009 nanti. Tetapi PPT dan keluarga sempat berjumpa dengan saya dan keluarga. PPT sempat berbual dengan ayah saya walaupun pertemuan tersebut amat singkat. Last sekali PPT bertemu dengan ayah saya ialah ketika insiden 'Tioman'. Banyak juga benda yg dibualkannya. Saya sgt berharap perhubungan semua sahabat2 dan guru2 saya akan berkekalan sampai bila2.

p/s : Ustad, Angah dan Nizam dah sampai ke kedai saya, sahabat2 saya yang lain bila pula? Jemputlah datang ke 'Cafe Segar Amat' di Rumah Limas Segamat, Danga Bay, Johor Bahru

6 comments:

akuKini said...

Salam...
Kat 'Cafe Segar Amat' tu ape yg segar?
Hehehehe....

yazilahyazir said...

Segar Amat tu nama lama bagi daerah segamat, johor

Lennyek said...

insyallah..
nant kte smpai...

warna warni kehidupan said...

insyAllah cuti sem ni diella akn cri masa ke sana...

Budak Bijak - 54L said...

salam shila..mesti bz ngan keje kan
fhm..
cite psl temankan tasya p undangan nyanyi kt serdang tu..rindu nk jumpa dia..mesti semakin cantik..
sal pn ingat nk jemput dia la sbg penyanyi undangan utk program sal nanti...nanti kita deal ye..sape mgr?hihi
sal ada bg comment on ur last post.

yazilahyazir said...

salam lenny n dilla..
bestnyer...kalo nak gi sana, call awal2 tau, jd akak bole balik j.b. Batu pahat ke j.b dlm satu jam.
rindu kat u all...hehhehe

salam sal..
busy skitla, tp ok lagi..nak jemput tasha ke?..bole aje..heheheh..comel la anak sal...heheh