Tuesday, March 31, 2009

Bengkel Jurulatih dan Pengurus Pasukan UTHM 2009


27-29 Mac 2009 yg lepas, saya kena attend Bengkel Jurulatih dan Pengurus Pasukan UTHM 2009 di Hotel Dorsett, Johor Bahru. Saya telah dilantik sebagai pengurus pasukan Taekwondo ITF UTHM. Alhamdulillah..saya terima lantikan tersebut. Walaupun sebenarnya saya lebih mahir kepada Taekwondo WTF. hehehheh. Bengkel tersebut sangat bagus dan mmg tidak disangka, penceramah yg dipanggil untuk memberi ceramah Sport Injury dan Sport Science, tidak lain tidak bukan ialah PM Dr. Anuar Suun. Kami sempat berbual dan bertanya khabar. Doc ada menyatakan kebanggaannya bila mengetahui Pusat Sukan UTHM diuruskan oleh bekas pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Dari pegawai hinggalah ke pembantu. Cuma saya je yg tercampak ke kolej kediaman. hahahha. Ilmu yg diberikan oleh Doc sepanjang bengkel mmg amat berguna dan seperti masuk ke kelas semula. Senang faham. Tapi bagi sesetengah jurulatih dan pengurus, ilmu tersebut sangat baru bagi mereka. Takpa, asalkan mereka faham dan boleh aplikasikannya untuk masa akan datang.

Semasa 28 Mac 2009 itu juga, Hotel Dorsett juga telah mengambil bahagian di dalam 'Earth Hour 2009'. Jadi hotel tersebut akan bergelap dari 8.30 - 9.30 mlm. Kebetulan, waktu tersebut waktu makan malam kami. Apa lagi, makan dalam gelap la. hahhahah. Nasib baik kami dibekalkan lilin di meja makan kami. heheheheh. Apa pun, bengkel tersebut berjalan dengan lancar dan rata2, semuanya berpuas hati dengan input yg diberikan.

5 comments:

HiCMat said...

Nampak Doc cakap berapi-api, tapi Mamat yang depan tu mata macam dah ada gam aja. Dah bertongkat dagu.

yazilahyazir said...

salam boss..
hehheheh...pada awalnya, ada segelintir yg rasa bengkel tersebut membosankan, pasal diaorg tak tau sgt pasal sains sukan. selepas Doc sound skit pasal peranan sebenar pengurus dan jurulatih, barulah mereka faham dan beri tumpuan. ada jugak yg hanyut time tu..hehheheh

Salwati Sofian said...

Assalamualaikum shila...sihat?
lama x bercerita...rindu nk jmpe shila n nk tgk pipi yg chubby tu hihihi, jgn marah... shila, bila kita nk jumpe..sal ni rindu bangat kat kengkawan PERLU...nanti kita pakat wat reunion nak....ingat nk call shila la ni gak, tapi kredit abish lak..huhuhu
wah...seronoknya p kursus..gmbar shila mn?

Salwati Sofian said...

shila jgn lupe jenguk sal di salwatisofian.blogspot.com...blog ni br je diwujudkan...

my_rules said...

salam.....
abg, saya amirul
saya berminat untuk join club taekwondo.....
jadi club ini hanya aktif waktu student diwajibkan koko ataw sentiasa aktif macam silat....
harap respon...
0137679061-amirul