Wednesday, February 25, 2009

Kenapa saya suka ikut Final Camp....

Mungkin ramai yang tertanya, kenapa saya suka ikut final camp. Final camp ialah amali terakhir untuk para pelajar menunjukkan kemampuan mereka menguruskan sesuatu perkhemahan dan melakukan aktiviti yg diuruskan oleh Instructor. Saya sendiri pernah melalui final camp saya di Teluk Segadas, Pulau Pangkor pada tahun 2000. Ketika itu, kursus saya dipanggil SU11 dan subjek tersebut adalah 'Outdoor Recreational Pursuits'. Mmg cukup menarik. Saya melalui pelbagai pengalaman dan sehingga hari ini, bila saya teringat balik tentang final camp saya, saya mesti tersengih sendiri. Bermula dari final camp saya lah, timbul minat untuk menceburi bidang rekreasi. Ilmu yang diberikan oleh En. Hisyam Che Mat dan semua instructor yg terlibat, mmg saya gunakan sehingga ke hari ini. Semenjak saya jd instructor PERLU, saya sudah mengikut 6 kali final camp.
Antara sebab saya suka ke Final Camp ialah:-
  • Sebagai salah satu medium saya membalas jasa dan tunjuk ajar yg diberikan oleh En. Hisyam Che Mat dan Senior Instructors saya.
  • Sebagai salah satu tempat saya bertukar ilmu, pendapat dan malah belajar ilmu baru dengan instructors yang lain.
  • Di sinilah tempatnya di mana kita boleh tgk 'true colours' peserta dan dari situlah kita nilai mereka.
  • Sebagai salah satu tempat saya dapat berjumpa dan berkumpul dengan sahabat2 lama saya.

Dengan final camp juga, persahabatan baru terjalin. Saya tak kisah jika ada dikalangan peserta yang kata saya ni garang atau apa pun, yg penting, saya ikhlas mengajar mereka dan ada diantara peserta final camp yg masih contact saya dan kami menjadi kawan baik sehingga sekarang. Saya berharap, peserta final camp kali ini akan menjadi lebih baik dan patuh kepada semua arahan yg diberikan. Good Luck kepada semua peserta.

Tuesday, February 24, 2009

Nak Ikut Siapa Ni?....


Pening saya dibuatnyer. Sejak meeting semalam, saya asyik terfikir...saya ni nak ikut ckp siapa..Saya mcm terikat dengan keadaan. Kedua-duanya ada penting dan betulnya. Sesi meluahkan apa yg terbuku dihati semalam mmg betul2 buat saya terperanjat. Ada unit yg disebut, serta individu yang terkena 'batang hidung' sendiri. Rasa takut pun ada, kerana mungkin sampai tahap re-shuffle... Beberapa perkara lepas dibangkitkan dan saya rasa ada betulnya. Ada juga luahan yang saya rasa geram dan tak sepatutnya diluahkan dan perkara tersebut telah dijelaskan beberapa kali, tetapi mcm masih tak faham. Mungkin kerana rasa dirinya selalu betul dan selalu penuh dengan cadangan2 'bernas' tetapi sebenarnya...habuk pun tarak....Tapi mcm biasala, saya betul2 terikat dengan keadaan. Kusut rasaya fikiran saya ni. Takpela...sebagai langkah selamat, saya ikut sahaja. Selagi ia tidak menjejaskan kerja saya, saya ikut mana yang baik.

Tuesday, February 17, 2009

Perginya seorang sahabat...Al-Fatihah...

Saya dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan pada pagi td. Sahabat saya dari P.D, Azy, memberitahu saya bahawa sahabat kami, Afida Hamdan, telah kembali ke rahmahtullah pada pagi td. Arwah meninggal kerana diabetes dan sebelum itu, arwah koma selama 10 hari. Arwah sebaya saya. Arwah merupakan kawan sekolah menengah saya ketika di S.I.G.S, JB. Kami mmg rapat walaupun jarang berjumpa. SMS lah jd penghubung. Last sekali kami berjumpa adalah pada bulan Mei 2008 dan kali terakhir saya bercakap dengannya adalah pada bulan Dec 2008. Ketika itu, Arwah beriya-iya mengajak saya pulang ke J.B bersama, tetapi saya terpaksa menolak kerana ada urusan kerja. Itulah kali terakhir kami berbual. Arwah mmg seorg yang baik dan happy go lucky. Kami tidak pernah tahu tentang penyakit yang dihadapinya. Cuma yang saya tahu, dia ada penyakit lain, tetapi katanya sudah elok dan tak perlu dirisaukan. Rupa-rupanya, dirahsiakan dari pengetahuan kami semua.
Semoga ALLAH SWT, menempatkan Allahyarhamah Afida Bt. Hamdan dikalangan roh-roh org yang beriman dan solehah..Al-Fatihah...

Thursday, February 5, 2009

Sahabat...sahabat...sahabat..


Baru sebentar td saya berbual dengan sahabat saya dari shah alam melalui telefon. Kami selalu berhubung untuk bertanya khabar dan update ttg aktiviti2 yg baru. Sahabat saya tu, Mus namanya. Mus ni mukanya mirip adik bongsu saya. Walaupun kami jauh (BP - Shah Alam), tp oleh kerana dia sahabat saya, dengan apa cara sekalipun kami tetap berhubung. Bukan Mus sahaja yg saya selalu call, termasuklah PPT, Teamtact, Yasir, Ecah, Ustat, Angah, Che Sue, tracy, Cheq, Ejam, kak zie dan kalo nak listkan, mmg panjang. Sorry kepada sesiapa yg saya tak sebut nama. Semuanya sahabat saya. Mcm mana saya kenal mereka?...dari PERLU dan kerja....Ada yang pernah ikut final camp bersama saya, pernah jd participant saya, pernah kena marah dgn saya, pernah kena tinggal dengan saya ketika survival (sorry mus..heheh), pernah melalui suka dan duka bersama-sama. Tetapi kerana inginkan ilmu dan pengalaman, kami jd sahabat dan keluarga. Saya juga banyak belajar dengan mereka. Mereka banyak tahu ilmu2 baru dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan saya. Semasa di Shah Alam, saya selalu bersama mereka, lepak, buat program, kongsi ilmu dan share problem. Sehingga saya bertukar ke BP pun, mereka tidak pernah lupakan saya. Bila saya ada program di Shah Alam, pasti saya akan berjumpa dengan mereka. Walaupun sesibuk mana, saya pasti check blog mereka walaupun saya tak update blog saya, call mereka untuk bertanya khabar dan sebagainya.

Bagi saya, kesibukan berkerja dan jarak bukanlah alasan untuk tidak berhubung. Kekadang saya sedih gak bila dengar ada rakan yg taknak angkat telefon, sms tak balas dan tetiba jd halimunan. Satu hari nanti, bila dah kerja jauh ataupun tua, lagi akan rasa menyesal kerana tidak 'keep in touch' dengan sahabat2 kita. Tau2 je dah takda...Hargailah sahabat kita kerana mereka antara org yg terdekat dgn kita selain ahli keluarga dan mengeratkan silaturahin adalah antara perkara yg digalakkan di dalam Islam.

Tuesday, February 3, 2009

Mudah lupa

Kenapa dengan orang ni, bila susah, dia akan minta bantuan kita. Tetapi bila dia senang, dia akan lupakan jasa kita. Walaupun kita banyak tolong dia, sokong dan hormat kat dia, tetapi bila dia senang sikit je, terus dia lupakan apa pengorbanan kita. Org lain yang disanjungnya. Sabar je la. Allah s.w.t telah menunjukkan pe'el sebenar org itu kepada saya hari ini. Lepas ini, minta maaflah...saya hanya akan menganguk bila disuruh, diam bila ditanya pendapat. Tanyalah kepada org2 yg anda sanjung dan sudah tentu mereka lebih arif daripada saya kerana selama ini anda percaya kepada mereka.