Tuesday, February 17, 2009

Perginya seorang sahabat...Al-Fatihah...

Saya dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan pada pagi td. Sahabat saya dari P.D, Azy, memberitahu saya bahawa sahabat kami, Afida Hamdan, telah kembali ke rahmahtullah pada pagi td. Arwah meninggal kerana diabetes dan sebelum itu, arwah koma selama 10 hari. Arwah sebaya saya. Arwah merupakan kawan sekolah menengah saya ketika di S.I.G.S, JB. Kami mmg rapat walaupun jarang berjumpa. SMS lah jd penghubung. Last sekali kami berjumpa adalah pada bulan Mei 2008 dan kali terakhir saya bercakap dengannya adalah pada bulan Dec 2008. Ketika itu, Arwah beriya-iya mengajak saya pulang ke J.B bersama, tetapi saya terpaksa menolak kerana ada urusan kerja. Itulah kali terakhir kami berbual. Arwah mmg seorg yang baik dan happy go lucky. Kami tidak pernah tahu tentang penyakit yang dihadapinya. Cuma yang saya tahu, dia ada penyakit lain, tetapi katanya sudah elok dan tak perlu dirisaukan. Rupa-rupanya, dirahsiakan dari pengetahuan kami semua.
Semoga ALLAH SWT, menempatkan Allahyarhamah Afida Bt. Hamdan dikalangan roh-roh org yang beriman dan solehah..Al-Fatihah...

1 comment:

teamtact said...

DARI PADANYA KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA KEMBALI.....