Wednesday, February 25, 2009

Kenapa saya suka ikut Final Camp....

Mungkin ramai yang tertanya, kenapa saya suka ikut final camp. Final camp ialah amali terakhir untuk para pelajar menunjukkan kemampuan mereka menguruskan sesuatu perkhemahan dan melakukan aktiviti yg diuruskan oleh Instructor. Saya sendiri pernah melalui final camp saya di Teluk Segadas, Pulau Pangkor pada tahun 2000. Ketika itu, kursus saya dipanggil SU11 dan subjek tersebut adalah 'Outdoor Recreational Pursuits'. Mmg cukup menarik. Saya melalui pelbagai pengalaman dan sehingga hari ini, bila saya teringat balik tentang final camp saya, saya mesti tersengih sendiri. Bermula dari final camp saya lah, timbul minat untuk menceburi bidang rekreasi. Ilmu yang diberikan oleh En. Hisyam Che Mat dan semua instructor yg terlibat, mmg saya gunakan sehingga ke hari ini. Semenjak saya jd instructor PERLU, saya sudah mengikut 6 kali final camp.
Antara sebab saya suka ke Final Camp ialah:-
  • Sebagai salah satu medium saya membalas jasa dan tunjuk ajar yg diberikan oleh En. Hisyam Che Mat dan Senior Instructors saya.
  • Sebagai salah satu tempat saya bertukar ilmu, pendapat dan malah belajar ilmu baru dengan instructors yang lain.
  • Di sinilah tempatnya di mana kita boleh tgk 'true colours' peserta dan dari situlah kita nilai mereka.
  • Sebagai salah satu tempat saya dapat berjumpa dan berkumpul dengan sahabat2 lama saya.

Dengan final camp juga, persahabatan baru terjalin. Saya tak kisah jika ada dikalangan peserta yang kata saya ni garang atau apa pun, yg penting, saya ikhlas mengajar mereka dan ada diantara peserta final camp yg masih contact saya dan kami menjadi kawan baik sehingga sekarang. Saya berharap, peserta final camp kali ini akan menjadi lebih baik dan patuh kepada semua arahan yg diberikan. Good Luck kepada semua peserta.

4 comments:

PPT said...

Patut la tak surut-surut.

Lennyek said...

sya sokong akak...

hisyamchemat said...

Sebenarnya fasilitator yang banyak memainkan peranan di dalam menjayakan Final Camp. Kita boleh buat kajian bagaimana kesannya sekiranya kem tersebut ada fasilitator yang mengendalikannya dan satu lagi kem yang tiada fasilitator yang membantu melaksanakannya. Yang mana satu lebih berkesan dari segi percambahan ilmunya.

Anonymous said...

kita g ramai final camp...