Pg td saya ada meeting tentang PKH. PKH ni adalah singkatan untuk 'Program Kepimpinan Harapan'. Program ini dijalankan setiap semester bagi mencari muka baru untuk Jawatankuasa Kolej disetiap kolej kediaman. PKH kali ini adalah yang kali pertama buat saya. Jadi, saya memang tak tahu apa pun mengenai program ini. Tetapi, setelah melihat pengisian program pada meeting td, saya tertanya sendiri. Pengisiannya kosong. Tiada apa yang menarik. Tetapi, setiap felo dan pengetua yang hadir 'bangga' dengan apa yang dibuat. Sememangnya bosan. Nasib baik felo saya bersetuju dengan saya. Dia berkata, pengisiannya mmg sama setiap semester dan pelajar sememangnya dapat agak apa yang akan berlaku. PKH kali ini akan dibuat di Pusat Rekreasi Tebing Tinggi, Segamat. Saya hanya mendiamkan diri sepanjang meeting dan hanya mendengar apa yang dibincangkan. Dipertengahan meeting, timbul isu aktiviti 'Kembara Malam'. Mereka memutuskan untuk mengeluarkannya dari tentatif kerana merasakan aktiviti tersebut tidak membawa apa2 kesan. Saya cuba mengutarakan cadangan untuk membuat 'Night Treasure Hunt', tapi ditolak mentah2 kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai cukup strenght dan pengalaman. Kalau nak buat juga, mereka akan sub kan kepada jurulatih di Tebing Tinggi tersebut. Duit lagi...Hmmmm...alasan. Saya boleh membantu sedikit jika mereka mahu. Tapi takpelah...nak buat macam mana, mereka lagi 'berpengalaman' dari saya. Kemudian, saya minta mereka sediakan 'First Aider' atau M.A untuk bantuan mula jika berlaku sesuatu kecemasan. Kita tak boleh agak apa yang akan berlaku sepanjang program. Tahu apa yang dijawabnya?...Kita tak perlukan semua tu, bawa sahaja kotak first aid dan pandai2 diaorang lah ubatkan diri sendiri. Ya Allah...boleh ke mcm tu. Kita bawa anak orang, bukannya anak kambing. Mereka juga akan melakukan aktiviti outdoor dan safety adalah penting. Pelikla hai. Takut saya bila memikirkannya. Setelah diteliti, program PKH ini adalah satu program team building je tetapi tiada pengisian. Akhirnya saya diam sahaja. Ikut je la apa yang dibincangkan.
Antara sebab kembara malam ditarik dari program adalah untuk mengelakkan dari perkara sumbang berlaku antara pelajar. Pelajar di sini yang ditangkap melakukan maksiat, bukan nya ketika berekreasi, tetapi ketika di hotel. Rekreasi ke tu? Kekadang, mentaliti org di sini ialah, rekreasi boleh menggalakkan maksiat. Boleh ke mcm tu? Pelik la. Muak saya mendengarnya. Sebenarnya, bagi saya, atas diri kita untuk menilai dan menjaga diri. Jika niat kita baik, baiklah jadinya dan sebaliknya. Bagi saya, rekreasi adalah salah satu medium untuk kita menikmati keindahan alam, menjaga dan menilai kehidupan. Ia juga mengajar kita untuk mengenali perangai manusia. Banyak baiknya apabila kita menceburkan diri kita dengan rekreasi. Saya bersyukur kerana diajar berekreasi dengan cara yang elok dari guru yang amat berpengalaman. Saya berharap mentaliti mereka dapat diubah pada satu hari nanti.