Friday, January 2, 2009

Another tough year ahead

Sepanjang tahun lepas, banyak benda yang berlaku kepada saya. Sama ada yang suka ataupun yang duka. Saya kehilangan pakcik (adik ayah, Allahyarham Mohd Yadzil B. Yahya) pada tahun lepas. Satu kehilangan yang membuatkan saya rasa bersalah sampai sekarang. Antara yang lain ialah, kesusahan saya untuk adapt hidup baru ditempat org, yang menyebabkan saya hampir2 berputus asa. Terpaksa berjauhan dengan rakan2. Tetapi saya bertuah dan bersyukur kerana keluarga dan sahabat2 banyak memberi sokongan. Ada beberapa perkara duka yang lain yang saya tidak nyatakan di sini. Mungkin kerana terlalu peribadi. Antara perkara suka pula ialah bapa saya berjaya membuka kedai makan bersama rakan kongsinya, masih berpeluang mengikut Final Camp dan banyak lagi. Saya berharap segala perancangan saya akan berjalan lancar untuk tahun 2009 dan seterusnya.
Ya ALLAH, Ya Tuhanku, Kau lancarkanlah segala urusan dan pekerjaan kedua ibu bapaku, adik2 ku, aku, guru2 ku, sahabat2ku serta saudara mara ku. Tabahkanlah hati kami dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran dari Mu. Amin..

2 comments:

Unknown said...

salam frenz...semoga tahun 2009 ini akan dipermudahkan segala urusan anda dan mencapai apa yang diimpikan....apapun life must always happy k...adios!!!...
salam tahun baru dari ana k....

yazilahyazir said...

salam ejam..
takpa...kerja yg ikhlas, pasti akan mendapat balasannya..