Sunday, December 28, 2008

Extra facts for Pulau Tioman

Semalam, saya terbaca satu majalah 'Bicara'. Majalah tersebut bertarikh April 2005. Punyalah lama. Tetiba saya terpana dengan satu artikel mengenai Pulau Tioman. Ada seorang hamba ALLAH ni, dia pernah berkerja sebagai penyelam scuba untuk salah satu resort di Pulau Tioman. Sepanjang dia berkerja di sana, dia banyak terjumpa barang-barang antik di pulau tersebut. Samaada dia terjumpa atau 'benda' tersebut yang bagi. Kebanyakkan barang2 dijumpai di pesisiran pantai, di dalam hutan dan di dasar laut pulau tersebut. Barang pertama yg dijumpainya ialah Keris Jawa yang mengeluarkan bau yang teramat busuk. Disusuli dengan beberapa keris lagi, batu permata, cincin batu dan duit syiling arab. Dia juga menceritakan tentang misteri dan mistik yang menyelubungi Pulau Tioman. Dia juga berkata, Pulau Tioman ni tak pernah tercemar dengan pembangunan, mungkin kerana 'penjaga' pulau tersebut ingin memeliharanya di dalam keadaan yang asal. Bila saya fikir balik, kepada sesiapa yang pernah mengikuti final camp 'Tioman Quest', ingat tak...kawasan perkhemahan kita yang balik asal, seperti tidak pernah disentuh apabila final camp selesai?...Adakah ianya hanya kebetulan? Tak tahulah mana yang benar. Semuanya ALLAH s.w.t punya kuasa. Dalam artikel tersebut juga menyebut mengenai 'Kg. Mukut' yang dahulunya berasal dari naga yang melindungi 2 org anak yatim yg disumbat di dalam bubu ikan. Kedua beradik tersebut dilingkari oleh naga tersebut dan mereka menjadi 'Twin Peak'. Bila fikirkan, mcm mengarut je kan...tp nak buat mcm mana, kepercayaan org kat situ dari dulu. Tambahannya lagi, kewujudan makam2 lama di pulau tersebut menguatkan lagi fakta yang pulau ini sudah lama didiami dan menjadi tempat persinggahan Wali-Wali ALLAH pada satu ketika dulu. Bagi saya, itu semua mungkin mitos atau cerita turun temurun masyarakat lama disitu. Mungkin cerita tersebut diceritakan untuk menambah keunikan dan menarik ramai org lagi ke pulau tersebut.
Kepada sesiapa yang belum pernah ke Pulau Tioman, singgahlah ke sana jika ada kelapangan. Kepada instructor dan batch 'Tioman Quest', ada ke nak buat gathering ke sana semula?...hehehhehe

4 comments:

hisyamchemat said...

Mukut Coral Resort. Amacam? Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...

hisyamchemat said...

Mukut Coral Resort. Amacam? Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...

yazilahyazir said...

salam boss..
hehheheh...bole aje...teringin gak nak patah balik sana...
Insyallah kot, takde ape2.
hahahhaah..
yg lain mcm mana?

PPT said...

Kalau takut dipukul ombak, jangan lah berumah di pantai atau tengok cerita Ong Bak......

Cheers...