Wednesday, January 28, 2009

Mentaliti lapuk

Pg td saya ada meeting tentang PKH. PKH ni adalah singkatan untuk 'Program Kepimpinan Harapan'. Program ini dijalankan setiap semester bagi mencari muka baru untuk Jawatankuasa Kolej disetiap kolej kediaman. PKH kali ini adalah yang kali pertama buat saya. Jadi, saya memang tak tahu apa pun mengenai program ini. Tetapi, setelah melihat pengisian program pada meeting td, saya tertanya sendiri. Pengisiannya kosong. Tiada apa yang menarik. Tetapi, setiap felo dan pengetua yang hadir 'bangga' dengan apa yang dibuat. Sememangnya bosan. Nasib baik felo saya bersetuju dengan saya. Dia berkata, pengisiannya mmg sama setiap semester dan pelajar sememangnya dapat agak apa yang akan berlaku. PKH kali ini akan dibuat di Pusat Rekreasi Tebing Tinggi, Segamat. Saya hanya mendiamkan diri sepanjang meeting dan hanya mendengar apa yang dibincangkan. Dipertengahan meeting, timbul isu aktiviti 'Kembara Malam'. Mereka memutuskan untuk mengeluarkannya dari tentatif kerana merasakan aktiviti tersebut tidak membawa apa2 kesan. Saya cuba mengutarakan cadangan untuk membuat 'Night Treasure Hunt', tapi ditolak mentah2 kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai cukup strenght dan pengalaman. Kalau nak buat juga, mereka akan sub kan kepada jurulatih di Tebing Tinggi tersebut. Duit lagi...Hmmmm...alasan. Saya boleh membantu sedikit jika mereka mahu. Tapi takpelah...nak buat macam mana, mereka lagi 'berpengalaman' dari saya. Kemudian, saya minta mereka sediakan 'First Aider' atau M.A untuk bantuan mula jika berlaku sesuatu kecemasan. Kita tak boleh agak apa yang akan berlaku sepanjang program. Tahu apa yang dijawabnya?...Kita tak perlukan semua tu, bawa sahaja kotak first aid dan pandai2 diaorang lah ubatkan diri sendiri. Ya Allah...boleh ke mcm tu. Kita bawa anak orang, bukannya anak kambing. Mereka juga akan melakukan aktiviti outdoor dan safety adalah penting. Pelikla hai. Takut saya bila memikirkannya. Setelah diteliti, program PKH ini adalah satu program team building je tetapi tiada pengisian. Akhirnya saya diam sahaja. Ikut je la apa yang dibincangkan.
Antara sebab kembara malam ditarik dari program adalah untuk mengelakkan dari perkara sumbang berlaku antara pelajar. Pelajar di sini yang ditangkap melakukan maksiat, bukan nya ketika berekreasi, tetapi ketika di hotel. Rekreasi ke tu? Kekadang, mentaliti org di sini ialah, rekreasi boleh menggalakkan maksiat. Boleh ke mcm tu? Pelik la. Muak saya mendengarnya. Sebenarnya, bagi saya, atas diri kita untuk menilai dan menjaga diri. Jika niat kita baik, baiklah jadinya dan sebaliknya. Bagi saya, rekreasi adalah salah satu medium untuk kita menikmati keindahan alam, menjaga dan menilai kehidupan. Ia juga mengajar kita untuk mengenali perangai manusia. Banyak baiknya apabila kita menceburkan diri kita dengan rekreasi. Saya bersyukur kerana diajar berekreasi dengan cara yang elok dari guru yang amat berpengalaman. Saya berharap mentaliti mereka dapat diubah pada satu hari nanti.

15 comments:

Lennyek said...

mungkin die mmg btul2 bwk ank kmbing kot kak..huhuhuuu...

mgkin dorng lom pnah kena lg kot kcderaan serius,kalo dak tu pitam@pengsan sbb kna sengat or patuk,cmane die nk ubat dri sndri??ada akai ka?

kalo kata tkut wat mksiat bila wat xtvt mlm..dorng kna pk balik bnda tu..rasenya dak2 pon seram bile disuruh bjalan mlm2..lain la bjalan mlm2 kat bandar..mmg la xtkut..kalo soh jln lm hutan..eeee..kite pon sera..

pada org2 yg brkenaan,fikir2knlah...


...........

hijau bumi Tuhan... said...

sy cadangkan akak kena bncang dan terangkan pasal safety ni pada salah sorg drp 'org2 brpengalaman' tu yg akak rasa bleh terima pendapat akak...kalo xleh ckp dlm meting pun, atleast ckp kt luar...

akak kna cerita pengalaman2 akak berkaitan safety ni...mngkin dorg belum kena lg perkara2 yg x elok tentang keselamatan nih...come on kak, suarakan apa yg perlu disuarakan, cewaahh, hehe...


salam perjalanan...

wegreentheearth said...

kalau mcm tue saya kena pesan kat famili, kawan2, dan orang yg berkaitan jangan pegi prograam yg dianjurkan UTHM la ek...
takut dibuat mcm anak kambing je...
hahaa....

yazilahyazir said...

salam to all..
hehehheh...
nak buat mcm mana..mungkin mereka kurang pendedahan kot..
takpa...kita cuba ubah sikit2...
mana tau, kalau mereka perlukan perubahan...
hehehhe
thanks to all...

Anonymous said...

berkenaan first aider, saya rasa tak perlu. ini bukan buat aktiviti yang sangat extreme atau berprestij tinggi. kalau kecederaan berat, sudah tentu akan dibawa ke hospital,endingnya.

Sejak saya sekolah rendah, tak pernah disediakan first aider untuk assist pelajar. semuanya atas bantuan cikgu2, rakan2 atau pihak kem. Malah, sejak sekolah rendah lagi kita semua telah didedahkan dengan pertolongan cemas.

Bukankah cik sendiri pernah mengambil Sains Sukan? Jadi cik sepatutnya ada pengetahuan juga untuk membantu para pelajar jika berlaku apa2.

Saya tak tau la pula kalau UiTM menyediakan first aider. Mungkin hanya U tu saja yang melayan pelajar seperti manusia...yang lain anak kambing, seperti yang dikatakan cik.

Kalau risau sangat, sediakan la buku panduan di dalam setiap kotak first aid.

Berkenaan aktiviti malam, saya setuju dengan pandangan cik. Selalunya apabila masuk hutan orang akan rasa takut nak buat hal.

yazilahyazir said...

salam kambing biri2..
kalo di Uitm, kami mmg ada first aider untuk tlg apa yg patut bila ada program yg patut. bagi saya, ilmu first aid mmg perlu ada. Mungkin anda tidak pernah mengalami keadaan di mana kemalangan mmg tidak dapat diduga dan berlaku di tempat yg tidak disangka. ya, mmg saya ada belajar skit2 pasal first aid, tp bagi saya, bila deal ngan nyawa manusia, biarla bagi org yg berpengetahuan. walau bagaimanapun, saya terima pandangan encik. terima kasih ye.....

wegreentheearth said...

jangan dah terhantuk baru nak tengadah...
dalam emergency takkan baru nak bukak buku panduan...
nak buat CPR bukak buku...
mau patah riuk ribs mangsa...
endingnya memang dibawa ke hospital tapi pastikah kita mangsa yg dibawa masih bernyawa...
ataupun hanya sekujur tubuh yg terkulai disebabkan kelalaian manusia sendiri...
masyaallah...

FoO dA fIrSt#1 said...

salam,

Kambing Biri-biri,

Saya agak kurang bersetuju dengan apa yang ditulis oleh tuan/puan. Selaku seorang yang mempunyai secubit pengetahuan First Aider walaupun sering kali dirujuk dan dilantik menjadi First Aider tak rasmi, saya merasakan First Aider adalah amat penting.

Teori dan praktikal adalah dua perkara yang berbeza. memang disekolah kita didedahkan, tapi didedahkan dengan cara nak ikat anduh, nak balut luka kecik, tapi tak pernah alami perkara yang sebenar. Mungkin tuan/puan tidak pernah mengalami sebarang situasi yang memerlukan First Aider semasa melakukan aktiviti walaupun tidak extreme atau berprestij tinggi. Memang benar semasa disekolah First Aider tidak diutamakan. Tapi itu dulu. Sekarang susah nak cari cikgu yang tahu sangat pasal first aid ni. ada yang jadi takut bila tgk darah, patah, terkehel dll. Sebab nak 'save' duit, nyawa dan keselamatan jadi taruhan.

Jangan letakkan semua tanggung jawab ke atas seseorang. Kalau tuan/puan sendiri diberikan semua tugas yang tuan/puan pernah belajar atau ada pengalaman sanggupkah tuan/puan terima? makna kata program tu diuruskan oleh seorang sahaja. Sanggup?

untuk pengetahuan bukan U sahaja yang ada First aider. Kolej-kolej pun ada first aider, cth: kolej komuniti, kolej mahsa dll. jangan suka hati buat kenyataan melulu. jgn jadi kambing walaupun dah jadi kambing biri-biri.

sistem pembelajaran berkesan adalah berguru, bukan berbuku. buku teori semata, guru teori n praktikal.

Akhir sekali, untuk pengetahuan tuan/puan, dalam hutan la orang suka buat hal.

salam....

wegreentheearth said...

dalam hutan orang takut hantu...
bukan takut nak buat hal...
hahaa....

Anonymous said...

Rasanya Kambing Biri-Biri nie akan follow-up baca komen ke tidak?
Macam dah takdak response aje...
Kambing Oh kambing ....
Mana kau pergi daaaaa.....

hijau bumi Tuhan... said...

kambing biri2...

bukanlah wajib membawa first aider bersama...tp kan lebih bagus sekiranya ada langkah2 awal...mmg lah endingnya ke hospital...nama pun first aider, so mereka ni brtnggujwb utk bantuan awal atau bantu mula supaya kecederaan tersebut x melarat...

mmg lah kemalangan tu takdir Tuhan...tp kalau terjadi, sekurang2nya tuan/puan ada benda bleh menjawab pada ibubapa mereka...cuba bygkan kalau tuan/puan x sediakan first aider dan terjadi apa2...apa tuan/puan nk jawab dgn ibubapa mereka...

xkan nk ada pengalaman hitam baru nk sedar...malang tak berbau...kalau berbau pun, tp takde first aider, tak guna jugak...ingatlah kata2 ini wahai kambing biri2, "safety, safety, safety..."


salam perjalanan...

PPT said...

Wahai Kambing Biri-Biri/Kambing Gurun/Kambing Hitam/Kambing Korban/Kambing Ausralia....

Dengarlah nasihat dan pedoman mereka ini kerana mereka telah melaluinya..... EL(bukan nama sebenar). Mungkin ada yang patut menceritakan tindakan ketika itu serta detik cemas yang berjaya dikawal oleh First Aider. Baru Si Kambing nie paham.

Cheers...

Anonymous said...

Apa kata kita sembelih aje Kambing Biri-Biri nie? Ok tak macam tu?

Lennyek said...

salam...

kepada kambing biri2..
saya amat berstuju dengan pandangan bloggers2 diatas...kami semua sudah melaluinya,dan kami tahu apa kesannya..jgn lah kambing biri2 memandang remeh tentang hal ini..mana tahu,suatu masa nant,betul2 terjadi dihadapan mata kambing biri2..walaupun paku yang tertusuk dikaki(apakah tindakan awal kambing biri2??)
tak ke terburu2 nak mnyelamatkan mangsa..xkan baru nk buka buku panduan?sempat ke??

pesanan saya,fikir2kan lah akan kata2 kambing biri2 tadi..

jagalah nama baik tempat kambing biri2 tu..jgn nanti dah ada kemalangan..terjejas pula nama tempat tu...

renung2kanlah..dan selamat beramal..

Anonymous said...

kepada FoO dA fIrSt#1,
pasal aktiviti malam tu,
awak kan menyokong pendapat pemilik blog ni,
tapi awak sendiri telah tidak menyokong pemilik blog ini bila awak kata 'dalam hutan la orang suka buat hal'..
baca lah betul-betul ulasan kambing biri-biri itu sebelum menghentam dia...
lain kali baca dulu baru type...

kepada local intranet pula,
apa masalah awak?
kambing biri-biri kan cuma memberi pendapatnya sahaja,
bukan nya dia memaki ke menyumpah ke sampai awak mahu sembelih kambing biri-biri tu,
matang la sikit,
tak kan tak boleh terima pendapat orang lain kot..
pendapat awak nak pula didengar kan? =_="