'Seram ar'...itulah kata-kata yg terpacul dimulut rakan saya. Dia menceritakan kejadian seramnya kpd saya sebentar tadi. Dia 'dikacau' di dalam bilik meeting office kami. 'Benda' tu tarik kerusi tempat dia berbaring. Rakan saya ni berbaring di bilik meeting sementara menunggu waktu untuk solat jumaat. Apabila hampir melelapkan mata, dia terasa seperti ada org cuba memusingkan kerusinya dan seperti menghempap badannya. Dia cuba melawan sambil menjerit ALLAH Huakbar di dalam hati kerana mulutnya seperti terkunci tetapi hampa. Setelah mencuba untuk beberapa kali, akhirnya dia berjaya. Dia terus keluar dari bilik meeting tersebut dan menceritakan kejadian tersebut kepada saya dan rakan kami. Setelah habis dia bercerita, nak tau apa yg kami ckp kepada dia...
'Dia nak kejutkan ko gi solat jumaat agaknya...'heehhehh
No comments:
Post a Comment