Friday, August 15, 2008

Hadiah Paling Bermakna


Sedang saya duduk berseorangan di dalam office, tetiba loceng dipintu berbunyi. Apabila saya membukanya, Makcik 'A' tersenyum didepan pintu. Dia bersalaman dengan saya dan dia dpt tahu hari ini last day saya di ofis. Dia kata dia sedih pasal dia anggap saya ni mcm anak dia. Dia mengalirkan air mata sambil berkata, jangan lupakan dia dan maafkan segala silap dan salah dia. Saya jd sebak pasal makcik ni mmg tak pernah ada salah pun dgn saya. Kemudian, dia menghulurkan sebuah bungkusan. Saya tanya apa ni makcik, dia kata 'Sikit je dari makcik, buat kenang-kenangan. Air mata saya terus menitik, saya salam dan cium tangan makcik tu sambil mengucapkan terima kasih. Makcik tu bertambah sebak...

Makcik 'A' ni bekas cleaner ofis saya dan kami mmg baik dari dulu sehinggalah kontrak dia ditamatkan pada awal tahun ini. Walaupun dah tak bekerja dgn kami, kami tetap bertegur sapa apabila berjumpa. Dia menjadi cleaner untuk beberapa ofis dibangunan UMNO ini. Tp pendapatannya tidaklah besar sgt dan memenatkan. Bayangkanlah, kalau kita kemas rumah sendiri pun dah penat, inikan pula beberapa ofis. Makcik ni mmg baik tetapi dia mengidap penyakit jantung. Umur dia 50 tahun. Setiap bulan, dia akan ke IJN untuk mengambil bekalan ubat dan harganya sekitar RM 400. Saya pernah bertanya kepada dia, kenapa kerja lagi, sepatutnya dia duduk dirumah sahaja kerana dia ada anak yg sudah bekerja. Dia hanya tersenyum dan berkata, 'Ini untuk duit ubat dan takpelah, makcik tak nak susahkan diaorg'...selepas itu saya tidak pernah bertanya kepadanya lagi. Sampailah satu hari tu, semasa dia kemas ofis, saya menegurnya kerana matanya bengkak. Dia melihat kearah saya dan terus meleleh air mata dia. Saya tanya kenapa. Barulah dia bercerita kenapa dia terpaksa menjadi cleaner. Dia bekerja kerana ada seorg anaknya tak nak tanggung dia. Anak yg kedua. Anak yg pertama sudah bekerja dan banyak membantu manakala dia ada 2 org anak yg masih bersekolah. Anak yg masih bersekolah tu pelajar cemerlang sekolahnya dan sekarang bersekolah asrama. Makcik ni kesian tgk anak sulungnya yg bersusah payah nak tanggung dia n adik2nya. Tp anak keduanya, yg sudah berkahwin buat tak endah saja kat makcik ni. Dia pernah memaki hamun makcik ni kerana makcik ni minta duit untuk beli ubat. Dia kata dia takda duit, tetapi keesokkan harinya, anak makcik ni beli handphone baru....boleh ke mcm tu..Makcik ni bercerita dgn saya sambil menangis. Saya pun jd sebak dengan ceritanya. Sanggup seorng anak melihat ibunya sakit serta memaki hamun ibunya. Anak apa ni? Makcik tu ckp kat saya, 'takpa, biar ALLAH s.w.t yg balas, makcik dah ampunkan dosa dia'.. Sedih saya dengar cerita makcik tu....Mcm manalah seorg anak sanggup buat mcm tu kat mak dia. Kepada bloggers sekelian, hargailah mak ayah kita ketika mereka masih hidup ni. Hilang mereka tiada gantinya.....
Walaupun hadiah yg diberikan oleh makcik 'A' itu katanya hanya sedikit dan sebagai tanda kenang kenangan..ianya tetap menjadi hadiah paling bermakna buat saya. Ini kerana ianya melambangkan ikatan seorang sahabat dan ibu...

No comments: