Friday, August 15, 2008

Meeting final camp



Semalam, meeting instruktur untuk final camp degree n diploma diadakan di tepi Pool Uitm. Nak dijadikan cerita, meeting peserta diploma juga diadakan ditempat yg sama..macamana tu? Tapi diaorg semua di belakang instruktur dan Shariman dan Boy telah bercakap di dalam nada yg paling rendah sekali bagi mengelakkan perbincangan kami didengari oleh para peserta. Instruktur diberi jadual perjalanan program dan sedikit info tentang peserta diploma dan degree. Meeting tersebut juga menjadi sedikit ceria kerana datangnya Tracy Juingki. Tracy ni batch Banding 2 dan semata-mata untuk camp ini, dia sanggup terbang jauh dari Sandakan, Sabah untuk sama-sama membantu final camp ini. Semangatnya harus dipuji..

Perjalanan camp akan bermula pada 3 ptg ini dan para peserta akan mula 'dikuarantinkan' sehinggalah bertolak esok.

Kepada semua instruktur, cabaran kita telah bermula....perkuatkanlah segala ilmu didada dan didiklah peserta kita ini dengan ikhlas dan sabar.....

Saya berdoa kepada ALLAH s.w.t supaya melindungi kami semua daripada malapetaka dan bencana, dipermudahkan urusan, serta apa ilmu yg kami akan berikan nanti akan dapat diterima baik oleh semua peserta..Amin

2 comments:

Anonymous said...

salam yy yang comel..

sy hepi sgt dapat bekerjasama n bertemu dgn akak..thanks for ur appreciation i appreciate it..sy harap FC kenyir bukan yg terakhir utk kita work together..sy mc merangkak lg dlm outdoor ni harap we can sharing knowledge that we had..sy sayang akak..

selamt memulakan tugas di tempat baru..

!qram said...

cik x prasan sy kot...
tp thanks ek final camp...
askum...iqram...msn boy...