Pernahkah anda ambil gambar, kemudian, setelah dicuci, imej lain yg keluar di dalam foto anda? saya pernah kena sekali. Masa tu kami ada program di Kg. Bantal, Kuala Tahan. Gambar yg diambil, semuanya ok, tetapi bila diteliti, ada objek lain yg timbul di belakang kami. Gambar itu diambil ketika di dalam bot panjang menuju ke Kg. Bantal. Imej itu juga dirakam pada siang hari dan masih ada di dalam simpanan saya. Saya pernah menunjukkan gambar tersebut kpd PPT dan En. Hisyam. Akan saya post gambar tersebut dilain masa.
Pada hari Rabu, 30 julai 08 yg lalu, saya tertarik dgn 1 artikel di dalam akhbar Harian Metro. Tajuknya "Imej berwajah reput dirakam di resort". Dalam artikel itu menyebut, ada seorang peserta konvoi ni, berhenti rehat disebuah resort di Kuantan, tanpa sengaja telah merakam imej 'hantu' di dalam kamera handphonenya yg baru dibeli. Imej hantu tersebut reflek dari cermin meja solek chalet tersebut. Imej tersebut ditunjukkan sekali di dalam artikel tersebut. Agak ngeri jugaklah bagi sesiapa yg tidak pernah melihat hantu sebelum ini. Tetapi kebenaran foto tersebut masih tidak dapat dipastikan lagi. Hanya pemiliknya sahaja yg mengatakan foto itu benar dan asli. Pakcik saya pernah berkunjung ke resort yg terletak di Kuantan, tetapi tidak merakam imej yg pelik2 cuma, dia kena 'kacau' live punya. 'Benda' tu duduk didepan bilik pakcik saya sambil menyanyi. Mungkin tempat yg dirakam imej tersebut, sama dengan tempat yg pakcik saya kunjungi. Sampai sekarang pakcik saya tak mahu pergi lagi ke tempat tersebut. Tempat tu dkt 'T****** ****, Kuantan....
Kadang2, 'benda2' ni masuk ke dalam foto kamera kita secara tidak sengaja. Mungkin nak tumpang glamor kot. Hehehe. Saya masih ingat lagi, dulu di J.B, kecoh tentang foto 'Hantu Lilin' yg dirakam di Dataran Bandaraya J.B. Imej tersebut menunjukkan hantu tu memegang lilin sambil tersenyum. Katanya org yg ambil gambar tu meninggallah, kena penyakit misterilah selepas gambar itu dirakam. Sebenarnya kita pun tak tahu apa jadi kat org tersebut. Ntah2 hidup sihat wal afiat lagi. Tapi ketika itu, ramai juga org yg tidak mahu berkunjung ke dataran tersebut kerana khuatir akan terserempak dgn 'Hantu Lilin' dan tidak kurang ramai juga yg datang ke sana untuk cuba merakamkan balik gambar dengan hantu tersebut. Saya selalu juga ke sana dengan family bila ada kesempatan. Pernahlah juga nampak 'benda2' tu, tp taklah sampai bergambar dengan mereka. Hehehe. Kepada rakan2 sekelian, boleh la datang berkunjung ke Dataran Bandaraya, J.B dan tempat sekitarnya. Manalah tau, boleh berjumpa dengan 'Hantu Lilin'....lama dah org tak ambil gambar dengan dia.....
9 comments:
post yang menarik akan lebih menarik kalau ada gambar yang menarik....
mana gambarnya..
tahu la dah jauh skang..
=(
salam guys..
gambar nanti, pasal gambar tu ada kat johor. nanti akak letak k...
cuba awak try cari artikel harian metro tu..tgk gambar tu..agak2nyer gambar tu ori ke tidak..
salam abey..
mana ada jauh bey, akak kat sini lagi...
tgh bulan kot baru gi sana..
kalau ada gambar pun tak rasa lagi...
diorang nak live kot baru rasa..
kitorg dulu ada dapat gak tangkap gambar batu bsr tepi laut cantik je ada imej org tgh climbing..
tapi wallahualam..
hanya allah saja yang mengetahui..
salam mus..
hahaha..kalo nak yg live punyer..nantila..kita spend masa sama2...hahahahh...
oh yeke?..gambar kat ne tu? nak tgk gak..hehehh
Kawan-kawan,
Nanti lain yang nak ditengok lain pulak yang tertengok nanti....
Cheers.....
hari tu dah dok same..
nasib baik tak nampak..
kalu tak yy dapat solo survival la kot..
ahaks..
hehehe..
nengok orang posing pon ok kak.
haha
Post a Comment