Friday, August 1, 2008

Saya



Saya dilahirkan di Johor Bahru pd tahun 1981. Anak yg sulung dari 4 org adik beradik. Saya ada 1 org adik perempuan & 2 org adik lelaki. Ayah saya berkerja sendiri dan mama saya pula suri rumah tangga sepenuh masa. Oleh kerana ayah berkerja sendiri, maka banyak masa yg dapat diluangkan untuk kami adik beradik. Kami adik beradik pun amat rapat dgn ayah. Segala masalah akan diluahkan kpdnya. Ayah mmg pendengar setia masalah anak2 dia. Saya pula mmg yg paling rapat dgn ayah. Mungkin kerana saya anak yg sulung atau kami mempunyai 'kebolehan' yang sama. Ayah saya akan menjadi seorang yang garang bila kami buat salah tetapi akan menjadi amat amat baik kalau kami patuh pada segala peraturan dia. Mama pula seorang yang sgt sabar tetapi kalau kami langgar peraturan dia, garang dia mengalahkan ayah. Ayah mmg saya mmg jenis 'Family man', dia akan utamakan keluarga terlebih dahulu. Kalau nak tahu, mama saya tak pernah dijaga oleh emak dia atau pun mentua dia ketika dia di dalam pantang selepas bersalin. Ayah saya yg akan menjaga makan minum mama saya dan anak2 sehinggalah habis pantang. Segala urusan rumah akan diambil alih oleh ayah. Ayah selalu ckp dkt saya, 'susah senang kita, biar keluarga kita yg tanggung, tak payah libatkan org lain'.


Masa saya kecil, ayah mula perasan perubahan saya. Saya suka tunjuk benda. Bila ayah saya tanya, saya akan tunjuk benda sekeliling saya. Bila saya tunjuk, ayah akan tengok. Kemudian, ayah mula tahu apa yg saya boleh 'nampak'... Memula tu, ayah agak risau, tetapi kemudiannya, ayah rasa sedikit seronok kerana apa yg 'dilihatnya' selama ini, boleh dikongsi bersama anaknya. Kegembiraan ayah saya hanya sekejap je, pasal ditentang hebat oleh mama saya. Mama saya kata, dia tak sanggup kalau ada 2 orang yg boleh 'nampak'. Mama saya takut ia akan menganggu pemikiran saya. Setelah diterangkan baik2 oleh ayah saya, slowly mama saya menerimanya tetapi dengan amaran....'jgn cite ngan saya apa yg awak nampak'....


Segala-galanya baru saya faham pabila berumur 11 tahun. Rupanya, 'makcik yg duduk ditangga, budak yg bermain di belakang tandas, budak yg kat atas pokok belimbing dan perempuan yg heret rantai besi......bukan seperti yg saya sangkakan.....rupanya bukan.....amaran dari ayah pula..'diam je, jgn beritahu org, kalau ada ape2, beritahu ayah je'....Baru saya tahu dan saya mula rasa seperti mahu berjalan sambil tutup mata....perasaan itu masih terasa sehingga sekarang...


8 comments:

Penjengok-Penjengok Tegar said...

berapa susah la nak baca ini posts..
berapa punya setting tarak kena la..

moncet said...

ayo..
campur2 juga

Mohd Kamal said...

Salam Bro...!!! Tips untuk anda, 'enlarge' kan ganbar tu supaya x ganggu apa yang di tulis. Sori yer tumpang lalu jer..!!

Anonymous said...

welcom2....

yazilahyazir said...

salam semua rakan2...

thanks for all the comments..
yy baru lagi so banyak benda nak kena blaja..heheheh
thanks again
cheers..

FoO dA fIrSt#1 said...

born of ghostbuster....
hahahahaaaa...

yazilahyazir said...

salam yasir..
ntahla..mcm2 nama dpt..ghostbuster la, scanner la, specter la...
hahahahahha

Apize said...

hehe...aku punya blog pun sama...langsung xder pic pun..xde blaja betol2 lagi blog punya setting ni.. gambatte kudasai kak yy!