Monday, August 4, 2008

PERLU 2001 - ?

Saya tersentak seketika bila PPT mengatakan benda yg mmg saya tak nak dengar dari mulut PPT. Mcm nak nangis pun ada, tp saya tahan je. Saya faham apa yg PPT rasa. Kemudian saya terfikir 'Apa nak jd dengan PERLU? Apa akan jd pada masa depan persatuan yg sgt saya sayangi ni?'. Kekadang tu, saya terlalu memikirkannya, tp apakan daya..saya cuma alumni je. Mungkin zaman pun dah berubah, yg baru tak nak yg lama. Takpa...cuma fikirkanlah dan renungkanlah apa yg perlu saya kata.
Saya start masuk PERLU pada tahun 2001. Saya batch Pangkor 2000. Final Camp Tioman 2001 adalah final camp pertama saya sebagai instruktur. Tapi pada masa tersebut, saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai instruktur kerana saya rasa ilmu saya masih 00.01% je. Saya masih ingat lagi, sebelum ke final camp tersebut, saya dan ahli yg lain, termasuk senior iaitu PPT, kena buat presentation tentang apa aktiviti yg kami perlu handle ketika final camp nanti. Saya handle aktiviti 'Survival' dengan PPT selaku ketua aktiviti. Seingat saya, kami tiada barrier pasal PPT sendiri pun kena present gak. Saya cari artikel, beli buku, dan tanya senior lain pasal aktiviti tersebut dan belajar pasal selok belok aktiviti tersebut. Saya tak pernah rasa benda tu sebagai satu beban tp sebagai pemangkin untuk terus belajar benda baru. Saya hormat senior iaitu geng2 PPT. Masing2 ada keistimewaan sendiri. Mereka umpama kamus bagi saya dan saya boleh rujuk banyak benda dengan mereka. Diaorg pun tak pernah jemu, jelak, malas atau muak bila kami tanya tentang aktiviti yang kami ingin ketahui. Hasilnya.....jadilah kami ni sekarang. Tahu serba sedikit tentang rekreasi luar, berkat dari pengajaran dan ilmu yg ikhlas diberikan oleh PPT dan rakan2. Kami juga ikhlas nak belajar dgn mereka. Bagi kami hanya satu, jika PPT dan rakan2 tidak memberi peluang kepada kami untuk masuk PERLU, maka tiadalah kami sekarang. Boleh saya katakan di sini yg batch saya kebanyakkannya berkerja dengan KBS, JBS dan ada yang menjalankan aktiviti rekreasi sendiri. Semuanya berkat dari involved dengan PERLU dan tunjuk ajar dari PPT dan rakan2. Tapi sayang batch Pangkor hanya tinggal saya seorang..... Rakan2 saya yang lain, semuanya sudah mempunyai komitmen yg sendiri seperti dah berumahtangga dan berkerja jauh. Cuma saya saja yg masih di Shah Alam tetapi itu juga hanya sampai bulan September 2008 sahaja. Lepas ini, tak tahulah jika saya masih berkesempatan lagi untuk join aktiviti PERLU.
Apa yang saya tekan kan di sini ialah jika tiada En. Hisyam dan geng2 PPT, maka tiadalah PERLU...Mereka yg wujudkan PERLU...Ingat tu..Ingat benda ni sampai bila2. Jadikan ia satu mindset. Jika ada sebarang teguran yg diberikan, terimalah dengan hati yg terbuka dan berubah lah kepada insan yg lebih baik. Mana yg buruk dan tak patut dijadikan contoh, anda buang jauh2 atau ignorekan sahaja. Mana yg elok patut disimpan. Org tidak akan tegur kita jika mereka tidak sayang dengan kita. Bila dia tegur, maknanya dia tak mahu lihat kita tersesat jauh, kelak diri kita juga akan musnah. 'Untuk membina satu persatuan, ia akan memakan masa bertahun untuk dikukuhkan, tetapi jika hendak menghancurkannya, ia cuma mengambil masa beberapa minit sahaja'... Percayalah, I've been there, done that....Saya tak mahu anda rasa apa yg saya rasa. Peritnya saya masih rasa sampai hari ini.
Pilihan terletak di tangan anda....jika mahu PERLU terus berkembang sehingga boleh diceritakan kpd anak cucu, ubahlah cara pemikiran dan pandanglah org yg mewujudkan persatuan ini. Tetapi jika anda mahu yg sebaliknya, buatlah pada persatuan yg lain. Jangan buat kat PERLU.

5 comments:

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Maybe this posts may provide them some new information regarding our previous history.
Do keep them updated and tell them again and again.

yazilahyazir said...

salam ppt...

will do...
i'll keep on reminding them until they realize how important we are to them.

moncet said...

saya ingat lagi akak ajar pasang khemah kat stor..
time tu akak nengok je saya pasang..
sbb saya dah tau pasang..
hehe..
2 1st time saya kenal akak banana..
=)

yazilahyazir said...

salam abey..

shake banana...shake shake banana
twist banana...twist twist banana
hahahhaha

wegreentheearth said...

salam rekreasi..
buat mcm mana pun depa mcm nie jugak
kita buat mcm biasa jer..