Tuesday, August 5, 2008

berpantang maut sebelum ajal

Sepanjang penglibatan saya di dalam bidang rekreasi dan Perlu, saya pernah terlibat di dalam situasi yg hampir2 meragut nyawa saya. 2 kejadian ini akan saya ingat sampai bila2 kerana ianya disebabkan oleh keceluparan kata2 dan perbuatan orang lain tetapi orang yang tidak bersalah yang menanggung akibatnya...

Kejadian pertama
Tioman Quest 2001 adalah final camp pertama saya. Saya ditugaskan untuk membuat aktiviti 'Survival'. Peserta survival masuk ke dalam hutan pd pukul 11.30 pg dan sebelum mereka masuk untuk menjalankan aktiviti, perjalanan mereka diiringi cuaca gelap dan 'Kuda Putih' yang kelihatan di tengah laut. Saya berdoa agar semuanya berjalan lancar kerana keselamatan mereka terletak di tangan para instruktur. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pada sebelah malamnya, saya, En. Hisyam, Abg Pojie, Abg Wan, Puteri dan seorg jurukamera yg saya tak ingat namanya kerana dialah punca segalanya (selepas ini akan disebut B), masuk ke dalam hutan untuk menuju ke semua survival spot. Tujuan kami adalah untuk memeriksa keadaan peserta dan nyalaan api di setiap spot. Apabila masuk ke spot yang keenam, En. Hisyam mengarahkan saya, Puteri dan 'B' untuk menunggu di bawah sementara mereka memeriksa spot group As'ad. Kami akur. Nak dijadikan cerita, si 'B' ni ckp dgn saya yg dia tak tahan panaslah, nyamuk lah, penatlah, bosanlah dan bertegas mahu balik ke khemah pusat. Tugas si 'B' adalah untuk mengambil gambar, sememangnya dia patut berada di situ setiap masa. Tetapi 'B' keep on insisting nak balik ke khemah pusat. Saya d Puteri hanya mendiamkan diri. Si 'B' berjumpa dengan En. Hisyam dan beliau kata ok cuma kalau nak berpatah balik, jumpa di 'meeting spot' iaitu di depan 'rumah tinggal'. Saya merasa amat bengang dengan si 'B' ni kerana sepanjang perjalanan balik ke khemah pusat, dia asyik membebel dan asyik merungut pasal panas dan nyamuk. Dia juga sibuk menunjukkan arah untuk ke kem. Padahal, dia tak tahu pun trek yang mana yg patut dia ikut. Saya dan Puteri hanya mendiamkan diri dan panas hati sepanjang perjalanan. Tiba2...saya dan Puteri matikan langkah kerana terdengar bunyi air laut masuk dan menghempas batu. Kami berdua mengucap panjang kerana jika kami bergerak satu langkah lagi kehadapan...pasti kami akan jatuh masuk ke dalam gaung. Si 'B' juga tersentak dan terdiam. Kami sesat... Saya toleh ke arah 'B' dan terus ckp "Awak puas hati sekarang? Kita dah sesat"... Saya dan Puteri mencari jalan keluar tetapi hampa...Selepas membaca Ayatul Kursi beberapa kali, kami jumpa trek asal dan berpatah balik ke meeting spot. Sepanjang perjalanan, si 'B' hanya mendiamkan diri, tidak merungut tentang panas dan nyamuk. Dia meminta maaf kepada kami dan kami memaafkan dia. Puteri ckp dkt saya, "Shila, kalo satu step je tadi, kita mesti jatuh ke dalam gaung td kan...matilah kita dua"... saya mengiakan.

Kejadian kedua

Banding Nature Camp adalah final camp kedua saya. Final camp tersebut berlansung di Tasik Banding @ Lembah Di Raja Belum. Sepanjang camp, tiada apa yang berlaku tetapi ia terjadi ketika perjalanan pulang. Ketika balik, separuh instruktur dan pensyarah menaiki speed boat manakala separuh lagi menaiki house boat bersama peserta. Saya, En. Hisyam, Kak Liza, Doc Anuar, Kak Shilawati, Che Su menaiki satu speed boat. Cuaca ketika itu biasa saja, panas tetapi sedikit mendung. Setelah melawat kg. pak long, kami meneruskan perjalanan pulang. Ada 2 lagi speed boat di belakang kami. Sepanjang perjalanan pulang, kami perasan yg boatman kami agak berlagak dan show off skill dia dgn speedboat yang lain. Kami hanya memandang satu sama lain. Speedboat kami amat laju dan ianya agak mengerunkan juga. 'B.A' milik boat yang dipakai oleh kami juga tidak beberapa elok. Tiba2, hujan turun dengan lebat sekali dan kami tidak nampak laluan dihadapan. Hujan terlalu lebat dan apa yang kami nampak hanya putih sahaja. Boat kami hampir terlanggar tunggul kayu dan hampir terbalik. Saya dan Kak Shilawati duduk dihadapan sekali. Kami berdua dah nangis dah pada ketika itu kerana amat takut. Mulut ni tak henti2 membaca Ayatul Kursi dan berdoa agar Allah s.w.t menyelamatkan kami. Pada masa itu, Kak Liza sedang hamilkan Kamilia. En. Hisyam menepuk belakang saya dan meminta saya membaca Ayatul Kursi berkali kali. En. Hisyam hampir melaungkan azan dan dengan tiba2, hujan di hadapan kami mula reda dan kami nampak jeti Tasik Banding....Allah s.w.t masih sayangkan kami dan mengasihani Kak Liza yg sedang mengandung pada tika itu. Tika sampai di jeti, kami hanya mendiamkan diri dan berpandangan antara satu sama yg lain. Air mata saya dan kak Shilawati masih meleleh dan kami masih lagi di dalam ketakutan. Baju dibadan, jgn ckplah...habis lencun...

Pada sebelah petangnya, En. Hisyam berjumpa dengan saya dan menanyakan tentang kejadian td. Inilah antara penyebabnya....Sepanjang final camp berlangsung, ada satu aktiviti menjerat burung yg dilakukan oleh ***********. Burung ini dijerat untuk tujuan pendidikan. Tetapi kebanyakkannya mati kerana kurang air, makanan dan lewat dilepaskan. Jumlah semua burung yg mati adalah 24 ekor....jumlah instruktur & pensyarah yg menaiki 3 speedboat tadi ialah 24 org................

Apa yang saya tekankan di sini ialah, kepada semua pengemar rekreasi, jurulatih dan peserta, jagalah adab anda dengan alam. Alam ini milik ALLAH s.w.t dan kita berkongsi alam ini dengan makhluk yg lain. Kita akan selalu terdedah dengan bahaya apabila kita menggiatkan diri di dalam bidang rekreasi ini, tetapi ia boleh dielakkan dengan cara jaga adab, tutur kata dan hormat kepada alam. Walaupun 2 kejadian ini hampir meragut nyawa saya dan rakan2, namun ianya tetap tidak mematikan semangat saya untuk terus berekreasi.


Determination

'There is no trying, only doing or not doing it'



13 comments:

hisyamchemat said...

Betul Yazilah, penangan cakap besar, mulut celupar, menunjuk skil yang tak seberapa dan melakukan sesuatu yang menganiayai makhluk lain mengundang musibah yang di luar jangkauan akal manusia. Pengalaman sebeginilah sepatutnya menjadi peluang kepada kita sebagai pengiat rekreasi supaya sentiasa bermuhasabah diri. Setiap sesuatu yang berlaku itu tentu ada sebab dan musababnya.
Saya pun nak post cerita ni {tragedi Banding], tapi terlambat. Anyway, pengalaman sebegini sangat menarik untuk dikongsi dengan penjengok semua.

PPT said...

Steady lah Simfoni Alam,
Penulisan telah mula menjadi baik dan bagus. Tahniah Diucapkan.
Ceritakan pengalaman 'old timer' supaya orang-orang sekarang tersedar dari tidur dan bangun bersama-sama yang lain.
Berkongsi adalah penting untuk semua.

Cheers....

yazilahyazir said...

Salam En. Hisyam N PPT,

kejadian2 tu masih segar diingatan. Saya akan postkan mana yg termampu. Kejadian2 ni menyedarkan saya n sebagai bimbingan supaya saya tidak tersesat jauh. It keep me in track. Saya selalu ingat pesan boss, PPT n rakan2 dan ia memang betul dan membantu.

wegreentheearth said...

salam simfoni alam..
saya pun penah kena mcm tue..
bila ada sorg dari group saya yang kata nak trek yang HARDCORE tuk race di final camp..btl2 HARDCORE bila kami berpusing2 di bkt 905 hampir 3 jam..

Anonymous said...

Aiseh...

PPT said...

Simfoni Alam,
Cerita bab-bab nie dah pun mula keluar dan ada jugak dimaklumkan ttg team ghostbusters.
Takyah la cakap sapa lagi ahli-ahli tu. Semua dah sepakat Simfoni Alam lah ketua team ghostbusters.
Tahniah......

Cheers.....

sname said...

hehe..hardcore?
aisseehh..
kauw-kauw..

Anonymous said...

Salam YY
Kalau YY ingat, xtvt ni akak, ema syamsida, rizal n ada brapa org lagi ada ikut serta.
kami tgk sendiri mcmana xtvt jerat burung ni di buat sblm participant
masuk.
alhamdulillah kita semua hidup lagi
hingga sekarang.

yazilahyazir said...

salam rakan2,
memang betul tu. Kekadang tu, kita sgt berhati2 dan tertib di dalam percakapan, perbuatan dan adab kita, tetapi oleh kerana perbuatan org lain, kita yg jadi mangsanya sekali.
Saya masih ingat lagi, selepas kita balik dari banding first, ada satu kejadian berlaku di sana di mana ianya telah meragut 8 nyawa. Segalanya berpunca dari keceluparan mulut dan tidak memakai lifejacket ketika menaiki bot.

Apize said...

"Kita datang untuk belajar bersama alam, bukan mencabar alam. Jangan cakap besar, jangan celupar, kalau tak tuhan akan bagi "cash' kat kita. Betulkan niat anda... "

Kata-kata seorang guru rekreasi saya di Sarawak.

Anonymous said...

biler ingat kembali criter ni...rasanya tuhan masih sayangkan kita..kalau tak, entahlah apa akan jadi masa bot kami kena ribut.bot kami pun hampir2 terbalik.Abg Ucop cepat2 azan waktu tu. xtvt jerat burung tu memang ema, k.nurul ada sama.Tapi tak sangka plak pembelajaran yg dibuat akan membunuh semua burung2 tu.Dah lah hari pertama kita disambut dengan "makhluk hitam" yg besar kan..Sebelah malam plak kita kena main cuit2 lagi kt makhluk tu masa kita ramai2 tidur dlm khemah pusat. Pah tu kita lari lepak dlm bangsal sama2 abg kombat..Seram2 jugak..yg lucunyer plak,Tiub yg dinaiki oleh Syila tiba2 meletup masa xtvt tiubing di Sungai Sara.Kwa...kwa..kwa...Mujur air dh cetek..kalu tak...Blup...blupp..

Anonymous said...

biler ingat kembali criter ni...rasanya tuhan masih sayangkan kita..kalau tak, entahlah apa akan jadi masa bot kami kena ribut.bot kami pun hampir2 terbalik.Abg Ucop cepat2 azan waktu tu. xtvt jerat burung tu memang ema, k.nurul ada sama.Tapi tak sangka plak pembelajaran yg dibuat akan membunuh semua burung2 tu.Dah lah hari pertama kita disambut dengan "makhluk hitam" yg besar kan..Sebelah malam plak kita kena main cuit2 lagi kt makhluk tu masa kita ramai2 tidur dlm khemah pusat. Pah tu kita lari lepak dlm bangsal sama2 abg kombat..Seram2 jugak..yg lucunyer plak,Tiub yg dinaiki oleh Syila tiba2 meletup masa xtvt tiubing di Sungai Sara.Kwa...kwa..kwa...Mujur air dh cetek..kalu tak...Blup...blupp..

Budak Nakal said...

Gempak beb..!!!