Thursday, August 7, 2008

wisel


Wisel adalah antara benda yg amat penting di dalam aktiviti rekreasi. Pada awal penglibatan saya di dalam rekreasi, saya didedahkan tentang pengunaannya oleh En. Hisyam, PPT dan rakan2nya. Nak dijadikan cerita, ada satu insiden yang berlaku kpd saya dan En. Hisyam ketika di Tioman 2001.


Ada saya ceritakan pada blog yg lalu mengenai saya, En. Hisyam dan rakan2 mengenai apa yg menimpa kami ketika sedang memeriksa spot survival pada sebelah malam. Pada masa itu juga, kami berenam, tidak membawa wisel. Mmg nasib kot pada malam tu. En. Hisyam yg tak pernah tertinggal wisel ketika aktiviti rekreasi, bole tertinggal wiselnya pada malam tu. Kami juga sudah separuh perjalanan ke spot, jd agak jauh untuk berpatah balik. Selepas kejadian yg menimpa saya, puteri dan si 'B' , kami telah berpatah balik ke 'meeting spot' rumah tinggal. Sampai je kami di sana, saya terdengar En. Hisyam memanggil nama saya dan diiringi bunyi wisel dan kami bertiga nampak lampu torchlight. Dengan spontan, saya memanggil semula nama En. Hisyam dan kemudian saya terdiam seketika.....En. Hisyam and the rest mana ada wisel....dia pun ada pesan td supaya jgn memanggil nama ketika di dalam hutan. Kemudian kami semua menunggu En. Hisyam tetapi dia tidak muncul. Setalah menunggu hampir 1 jam, kami bertemu semula di meeting spot. Soalan pertama yg En. Hisyam tanya kepada saya ialah "Awak ada tak panggil saya td?..Saya kata ada, selepas En. Hisyam panggil saya. Kemudian En. Hisyam terdiam dan dia berkata bahawa dia mendengar saya yg memanggil dia terlebih dahulu....


Ini pesan En. Hisyam kpd saya dan semua penggiat rekreasi. Jgn lupa membawa wisel ke setiap aktiviti rekreasi. Ia satu benda yg penting kerana ia boleh digunakan di dalam aktiviti menyelamat dan amat berguna ketika di dalam kecemasan. Kalau kita tgk, di lifejacket pun ada wisel. Lihat betapa pentingnya wisel di dalam rekreasi. Lagi satu, ketika di dalam hutan, elakkan daripada memanggil nama kita atau nama kawan kita jika kita berada di jarak yg agak jauh. Lebih elok menggunakan wisel dari memanggil nama. Ini kerana jika di hutan, kita terdedah dengan 'benda' yang kita tak nampak, jd, selalunya 'dia' suka bermain dengan kita. 'Dia' suka ajuk untuk main2 kan kita yg sudah tentunya di dalam ketakutan.


Isyarat S.O.S = ...---...

* wisel hendaklah ditiup pendek 3 kali berturut-turut, kemudian tiga tiupan panjang berturut- turut dan akhir sekali tiga tiupan pendek semula berturut-turut. Ulangi selepas satu minit berhenti bagi usaha seterusnya.

6 comments:

moncet said...

prit..prti..prit..
priiiiiiiiiiiiiitttttttt..prittttttttt.priiiiiiiiittttttt...

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Mana datangnya sejarah Wisel?
Kenapa kena tiup macam tu? Kalau tiup cara lain boleh tak?

ema said...

hai syila...berjaya jugak ko wat blog sendiri.aku juga teringin nak wt blog ni.cuma tak pandai jer..ko pergi ke kenyir mgu depan?kalau aku balik kg mesti aku dh g.tapi aku tak balik.Raya nanti je aku blk kg.Teringin juga nk kongsikan criter misteri kita di Tioman n Banding.Mesti seram sejuk sapa2 yg baca cerita aku ni.Mujur lah tuhan bagi kita kuasa "ghost buster" kan..he..he..Kalau tak..entahlah apa akan jadi..

ema said...

hai syila...berjaya jugak ko wat blog sendiri.aku juga teringin nak wt blog ni.cuma tak pandai jer..ko pergi ke kenyir mgu depan?kalau aku balik kg mesti aku dh g.tapi aku tak balik.Raya nanti je aku blk kg.Teringin juga nk kongsikan criter misteri kita di Tioman n Banding.Mesti seram sejuk sapa2 yg baca cerita aku ni.Mujur lah tuhan bagi kita kuasa "ghost buster" kan..he..he..Kalau tak..entahlah apa akan jadi..

yazilahyazir said...

salam ema..
sygnyer ko tak le gi..
nak jumpe ko...hehehe..kita je batch pangkor yg tinggal..yup, kita bole kongsi cite kita kan pasal tioman..hehe
seram

Budak Nakal said...

Kdg2 benda yg kiter anggap remeh tue, sebenarnye penting bagi kiter.. so... adalah tidak adil klau kiter memperkotak katik kan benda yg kecik...