Thursday, December 26, 2019

Adakah anda dibuli ditempat kerja?

Salam semua,
Sihat ka? Heheh.. Mcm biasala, kejap ada pastu lama senyap. Saya cuba.. cuba utk aktif balik. Pasal bila post apa yang dirasa kat FB atau status wassap, mcm2 nanti org kata.. Orang kata.. So cuba aktif di sini semula.. Hmm lately ni, saya banyak berfikir, fikir tentang kerja, tentang keluarga, tentang passion dan banyakkk lg benda yg nak kena fikir. Tetapi ada satu benda yang buat saya betul2 terasa.. Ianya ialah tentang dibuli di tempat kerja.. Jika ada sesiapa yang pernah dibuli di sekolah, anda pasti faham perasaan ini.. tetapi dibuli ditempat kerja adalah lebih teruk, kerana yang membuli anda itu adalah org yang berjawatan tinggi dan yang sepatutnya lebih matang di dalam berfikir. Bentuk bulian yang mereka buat bukanlah dari segi fizikal tetapi lebih kepada bentuk mental dan pengaruh. Mempengaruhi orang lain utk tidak suka kepada kita, ckp buruk2 tentang kita dan sebagainya. Jd org yg tidak tahu punca dan tidak tahu usul periksa maka akan percaya bulat2. Jd cerita akan circulate among jabatan, sampailah staf itu ditukarkan. Cerita tidak berhenti di situ, jabatan yang menerima juga akan dapat cerita dari org lain. Maka mental torture pun bermula. Apa yang dibuat akan jd serba tak kena, org akan mula menjauh dan sebagainya. Kerja staf yang terkena akan mula merundum dan sebagainya. Staf akan mula rasa malas utk dtg kerja kerana disisihkan, rasa tidak perlu juga utk buat kerja kerana tidak dihargai dan lain-lain lagi. Ini juga akan menguatkan lagi percakapan org, sedangkan staf tersebut terkesan dengan perangai orang sekeliling. Even ada yg sampai suicidal. Allahu..  Kesian..

Bagi saya, perkara sebegini perlu ditangani, staf dan ketua jabatan sepatutnya perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling. Cuba utk tidak mendengar dari satu pihak dan walaupun kalau benar staf tersebut ada buat kesalahan di tempat yg lama, boleh nasihatkannya utk berubah. Mental bullying is not the punishment. Kita sudah matang untuk memikir, boleh fikir baik buruk sesuatu perkara. Sempena nak masuk tahun baharu ni, marilah sama2 berubah. Saya pun harus berubah juga. Jika ada yg sedang mental bullying staf sendiri, u have to stop! sebelum sesuatu yg buruk berlaku sehingga menyebabkan kematian. Kita mungkin tidak pernah kena lagi sebab tu masih terus dengan perangai membuli itu. 


Kepada staf dan ketua jabatan yg suka membuli tu, hentikanlah perbuatan tu.. apa yg kamu dpt dari membuli org lain.. dpt duit ka? Setakat kepuasan tgk org merana buat apa, dpt dosa ja. Sudah nk masuk 2020, berubahlah.. 





No comments: