Wednesday, June 16, 2010

Bukan seperti yang disangka



Selesai sudah kursus BTN saya selama 5 hari 4 malam. Bermula pada 10 - 14 Jun 2010 di Kem Integrasi Arca Warisan, (KIWA) di Sepang, Selangor. Pada kali ini, UTHM digabungkan dengan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh atau singkatannya KSKB. Sebelum ke kursus tersebut, banyak benda yang saya fikir. Apa yg bakal saya tempuh. Saya sememangnya tidak pernah ke kursus BTN. Ramai org ckp yg kita akan di 'brain wash' la, kena sokong kerajaan la, kalau salah cakap nanti pasti akan dibuang dari kursus la dan mcm-mcm lagi perkara negatif. Saya jd lagi takut. Tetapi, setelah menempuhnya selama 5 hari, ternyata apa yang dikata, tidak berlaku sama sekali.
Kursus BTN ini lebih kepada kita mengenali sejarah bangsa dan negara. Semangat yang dipupuk ialah semangat kecintaan kepada negara, tiada pun mereka suruh sokong parti mana2. Bila difikirkan, memanglah kita belajar sejarah ketika sekolah, tetapi bila ke BTN, kita dapat mengetahuinya dengan lebih mendalam. Kursus ini terbahagi kepada 4 sesi pembentangan kertas kerja, 9 sesi LDK dan ujian kecergasan. 4 sesi tersebut menerangkan mengenai Tanah Air, Rakyat, Kerajaan dan Kedaulatan. Manakala sesi LDK pula dibahagikan kepada 9 kumpulan kecil untuk 9 sesi LDK yang akan diketuai fasi. Fasi saya sangat menarik. Beliau ialah En. Khairul Azam B. Abdul Aziz. Mcm pernah dengar tak namanya? Kalau nak tahu lebih lanjut, sila google nama beliau. Anda pasti terkejut. Hehehe.. Input dan informasi yang diberikan adalah sangat menarik. Kemudian, semua peserta wajib mengikuti ujian kecergasan. Antaranya, larian 2 km, tekan tubi, imbangan jalan dan beberapa lagi ujian. Apa yang menarik sepanjang kursus ini ialah pemakaian kami sewaktu kursus. Kami hanya dibenarkan memakai baju kurung putih, kain hitan dan tudung hitam bagi wanita, manakala yang lelakinya pula berkemeja putih dan berseluar hitam. Sepanjang kursus, kami semua berasa muda je, ye la, mcm budak sekolah agama. Hehehehehe... Pakaian sukan hanya ketika riadah sahaja.
Sepanjang kursus ini, banyak kenangan manis yg saya dapat. Selain sahabat2 baru dari KSKB, saya juga berjumpa semula dengan kawan baik saya ketika diploma dulu. Namanya Norhaida Bt. Ariffin. Beliau juga merupakan Ketua Fasilitator kursus tersebut dan Pengetua Kem Meru. Hebatkan... Pertemuan yg tak disangka tu mmg buat saya sebak, beliau pun begitu juga. Kami berpelukan mcm jejak kasih...hehehehhe... Tp sepanjang kursus, professionalisme masih dikekalkan. Kami cuma duduk berbual bila ada masa terluang. Ketika kursus berjalan, saya menghormatinya sebagai Ketua Fasilitator.
Apa pun, kursus ini membuatkan saya bertambah sayang kepada negara. Semangat kenegaraan tu semakin menebal dijiwa. Tiada tempat yg lebih baik dari Malaysia.

p/s : harap2, semangat tu kekal, bukan hanya setakat selepas habis BTN sahaja...heheheh

2 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

SAYA DAH TGK NAMA FASI AKAK TUH? BETUL KER DIA???????

yazilahyazir said...

yup..hehehe.... gempak tak...