Wednesday, June 16, 2010

Bukan seperti yang disangka



Selesai sudah kursus BTN saya selama 5 hari 4 malam. Bermula pada 10 - 14 Jun 2010 di Kem Integrasi Arca Warisan, (KIWA) di Sepang, Selangor. Pada kali ini, UTHM digabungkan dengan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh atau singkatannya KSKB. Sebelum ke kursus tersebut, banyak benda yang saya fikir. Apa yg bakal saya tempuh. Saya sememangnya tidak pernah ke kursus BTN. Ramai org ckp yg kita akan di 'brain wash' la, kena sokong kerajaan la, kalau salah cakap nanti pasti akan dibuang dari kursus la dan mcm-mcm lagi perkara negatif. Saya jd lagi takut. Tetapi, setelah menempuhnya selama 5 hari, ternyata apa yang dikata, tidak berlaku sama sekali.
Kursus BTN ini lebih kepada kita mengenali sejarah bangsa dan negara. Semangat yang dipupuk ialah semangat kecintaan kepada negara, tiada pun mereka suruh sokong parti mana2. Bila difikirkan, memanglah kita belajar sejarah ketika sekolah, tetapi bila ke BTN, kita dapat mengetahuinya dengan lebih mendalam. Kursus ini terbahagi kepada 4 sesi pembentangan kertas kerja, 9 sesi LDK dan ujian kecergasan. 4 sesi tersebut menerangkan mengenai Tanah Air, Rakyat, Kerajaan dan Kedaulatan. Manakala sesi LDK pula dibahagikan kepada 9 kumpulan kecil untuk 9 sesi LDK yang akan diketuai fasi. Fasi saya sangat menarik. Beliau ialah En. Khairul Azam B. Abdul Aziz. Mcm pernah dengar tak namanya? Kalau nak tahu lebih lanjut, sila google nama beliau. Anda pasti terkejut. Hehehe.. Input dan informasi yang diberikan adalah sangat menarik. Kemudian, semua peserta wajib mengikuti ujian kecergasan. Antaranya, larian 2 km, tekan tubi, imbangan jalan dan beberapa lagi ujian. Apa yang menarik sepanjang kursus ini ialah pemakaian kami sewaktu kursus. Kami hanya dibenarkan memakai baju kurung putih, kain hitan dan tudung hitam bagi wanita, manakala yang lelakinya pula berkemeja putih dan berseluar hitam. Sepanjang kursus, kami semua berasa muda je, ye la, mcm budak sekolah agama. Hehehehehe... Pakaian sukan hanya ketika riadah sahaja.
Sepanjang kursus ini, banyak kenangan manis yg saya dapat. Selain sahabat2 baru dari KSKB, saya juga berjumpa semula dengan kawan baik saya ketika diploma dulu. Namanya Norhaida Bt. Ariffin. Beliau juga merupakan Ketua Fasilitator kursus tersebut dan Pengetua Kem Meru. Hebatkan... Pertemuan yg tak disangka tu mmg buat saya sebak, beliau pun begitu juga. Kami berpelukan mcm jejak kasih...hehehehhe... Tp sepanjang kursus, professionalisme masih dikekalkan. Kami cuma duduk berbual bila ada masa terluang. Ketika kursus berjalan, saya menghormatinya sebagai Ketua Fasilitator.
Apa pun, kursus ini membuatkan saya bertambah sayang kepada negara. Semangat kenegaraan tu semakin menebal dijiwa. Tiada tempat yg lebih baik dari Malaysia.

p/s : harap2, semangat tu kekal, bukan hanya setakat selepas habis BTN sahaja...heheheh

Tuesday, June 8, 2010

H1N1 menyerang kembali...


Kematian boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja. Kalau kita baru bertemu pada minggu yg lepas, tidak pasti lagi jika kita dapat bertemu pada minggu ini. Semuanya terletak pada kuasa ALLAH s.w.t. Pada hari jumaat yg lepas, saya dikejutkan pada awal pagi subuh dengan berita yg mengejutkan. Makcik saya meninggal dunia pada pukul 6.00 pagi. Saya tahu dia sudah berada di dalam keadaan koma sehari sebelum dia meninggal dunia. Puncanya, arwah hanya demam sahaja. Demam arwah tidak kebah walaupun sudah seminggu, batuknya pula jd makin teruk. Pada pagi khamisnya, keadaan arwah semakin teruk, apabila pakcik saya telefon ambulan untuk meminta mereka membawa isterinya ke hospital, jawapannya hampa. 'Kami takkan bawa pesakit yg hanya demam', itu kata pihak hospital. Padahal, pada waktu kejadian, arwah makcik saya sudah sesak nafas dan tidak mampu untuk berjalan. Pakcik saya malas nak bertekak dengan pihak hospital, dia angkat arwah dan bawanya turun ke bawah dari tingkat 4. Apabila sampai di hospital, arwah terus pengsan dan tidak sedar sehinggalah dia meninggal dunia.
Apabila di diagnos oleh doktor, beliau mengatakan arwah ada paru-paru berair, tekanan darah yg tinggi dan tahap kencing manis yang tinggi. Tetapi, apabila arwah didiagnos semula selepas meninggal dunia, doktor mengesahkan arwah positif H1N1. Selepas disahkan, pihak hospital menguruskan semua pengurusan jenazah dan keluarga arwah hanya boleh melihat jenazah dan tidak boleh menciumnya. Sebak rasa keluarga arwah, hanya boleh melihat sahaja. Jenazah juga hanya boleh dibawa balik ke rumah, tetapi tidak boleh dibuka kain kafannya dan hanya 15 minit sahaja boleh berada di dalam rumah. Selepas dibawa ke surau untuk disolatkan, jenazah dibawa terus kawasan perkuburan Bukit Aliff. Ketika di sana, org dari pihak hospital sudah menunggu. Hanya org hospital sahaja yg boleh membawa masuk mayat ke dalam liang, sambil memakai penutup mulut. Tetapi untuk urusan kambus tanah, boleh dilakukan oleh ahli keluarga. Sedih bila kami mengenangkan cara pengurusan jenazah arwah, walaupun sempurna dan tertib tetapi sedih juga bila tidak dapat sepenuhnya diuruskan keluarga. Keluarga arwah juga redha dan faham mengenai prosedur pihak hospital bila menguruskan jenazah yang melibatkan penyakit wabak.
Buat masa sekarang, saya dan keluarga juga kurang sihat dan demam, tetapi beransur pulih. Kepada rakan-rakan blogger sekalian, jika rasa kurang sihat atau demam, cepat-cepatlah ke klinik atau hospital. Bukan apa, sebagai langkah berjaga-jaga. Dulu saya hanya dengar org luar je yang kena H1N1, bila kena kepada saudara sendiri, saya jd takut kerana melihat sendiri bagaimana arwah kena H1N1 dan kesannya mmg sangat cepat tanpa kita sedar.
Kepada Uncle Shukor, Alip dan Nadia, saya dan keluarga ucapkan takziah dan semoga Allahyarham Pn. Jamilah Bt. Johan ditempatkan di kalangan org-org yang solehah dan beriman. Al-Fatihah...

Saturday, June 5, 2010

Kursus Internal Auditing for UTHM


Lepas habis satu kursus, sambung ke kursus yg lain pulak.... penat rasanya. Semasa saya tengah berkursus induksi, saya dapat sms yg mengatakan bahawa saya perlu ke Kursus Internal Audit For UTHM. La, apa la pulak kursus ni. Kursus induksi saya habis pada 27 Mei 2010, kursus audit tu pula bermula pada 30 mei hingga 1 jun 2010 di Melaka pula. Hmmm.... saya berkata dalam hati, seksa yang induksi ni belum lepas, ada pulak seksa lain yg menanti. Penatnyer badan. Lepas tu saya pikir, hmm..pergi je la, boleh juga saya penuhkan jam berkursus saya untuk tahun ini. Di UTHM, semua staf harus memenuhi 40 jam masa berkursus untuk setahun. Jam kursus ini akan dimasukkan di dalam Sasaran Kerja Tahunan staf tersebut dan akan dinilai. Saya rasa semua jabatan awam pun sama juga rasanya.
Berbalik kepada kursus auditor td, saya mcm berat hati juga nak pergi. Arahan hanya kepada semua ketua di Pusat Tanggung Jawab masing-masing. Hanya yg terpilih sahaja. Kalau la bole digantikan dengan orang lain, pasti saya tolak. Ini kerana, kursus ini melibatkan klausa-klausa yg digunakan ketika audit dijalankan. Macam manala nak ingat klausa-klausa MS ISO 9001:2008 ni. Nak tak nak, pergilah juga saya ke Melaka untuk megikuti kursus tersebut. Tetapi setelah mengikuti sesi pertama kursus, rasa mcm best pula. Mungkin kerana penceramah dari SIRIM, En. Suhaimi Mohd Daud @ En. Jimi tu, sangat menarik dan menyeronokkan. hehehe...Berbagai cara digunakan beliau untuk mengingatkan kami tentang klausa-klausa yg digunakan. Pop up questions selalu diuji ketika di dalam kelas. Cara beliau cuba mengingatkan kami juga amat kelakar, berdekah je kami semua ketika di dalam kelas. Terdetik juga saya, bagus juga pergi ke kursus ini, bole tahu apa yang auditor buat dan cari ketika mereka menjalankan sesi audit jabatan kami. Ilmu baru ni...bagus juga.
Tetapi diakhir kursus, kejutan pula yg kami dapat. Rupa-rupanya, staf yg hadir ke kursus ini secara automatiknya akan menjadi Internal Auditor untuk UTHM. Kami semua ternganga, terkejut dan bingung. Alamak, tak pasal-pasal jadi Internal Auditor UTHM, bertambahla lagi tanggungjawab...Adusssssssssssss...